Tujuan

Kelas masakan bersama cikgu lina dijalankan di PEDi Kg Ranau bersama komuniti setempat yang berminat untuk mengikuti kelas masakan ini. Selain itu, kelas ini juga bertujuan bagi berkongsi sedikit sebanyak kemahiran dalam pembuatan kek viral dalam kalangan wanita yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Di samping itu, kelas ini dapat membantu para peserta belajar membuat brownies, kek tapak kuda dan swiss roll yang merupakan kek viral pada masa kini.

Aktiviti

Para peserta terlebih dahulu diberikan penerangan berkenaan resipi kek yang akan digunakan untuk kelas masakan cikgu lina. Seterusnya, para peserta telah diberikan satu resipi dan teknik untuk membuat kek sambil dibimbing oleh cikgu lina dalam menghasilkan kek masing-masing secara praktikal dengan bantuan tenaga pengajar. Tambahan pula, tenaga pengajar juga telah berkongsi mengenai cara-cara untuk menjadi usahawan secara kecil-kecilan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas membuat resume ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para belia. Selain itu, kelas ini dapat membantu belia untuk mengetahui tentang cara menghasilkan resume yang betul dan lengkap. Tambahan pula, belia dapat menambahkan lagi kemahiran dalam penulisan resume yang perlu dikuasai oleh para belia bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang baik.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas PEDi mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Seterusnya, para belia diminta untuk menghasilkan resume mereka mengikut kreativiti masing-masing. Petugas PEDi juga akan terus membantu para belia yang ingin membuat penulisan resume.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar para peserta mencipta video persembahan animasi menggunakan aplikasi Powtoon. Selain itu, powtoon merupakan perisian animasi berasaskan web yang membenarkan pengguna mencipta video persembahan animasi dengan memanipulasikan objek yang telah dibuat terlebih dahulu, imej yang dimuatnaik, muzik yang disediakan dan penggunaan suara pengguna.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan kepada para peserta mengenai cara untuk menggunakan aplikasi powtoon terlebih dahulu. Seterusnya, para peserta boleh menghasilkan satu animasi mengikut kreativiti tersendiri dengan aplikasi webtoon yang boleh digunakan. Aktiviti ini dijalankan di PEDi Kg Ranau bersama peserta yang merupakan pelajar sekolah menengah.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar terus aktif terlibat dengan PEDi Kg Ranau dan mewujudkan aktiviti kreatif untuk mereka. Para peserta mempelajari kemahiran menyunting poster secara online melalui suntingan imej dengan menggunakan poster template www.canva.com dan hasil poster mereka boleh digunakan.

Aktiviti

Kelas multimedia ini diterangkan oleh petugas tentang cara untuk menghasilkan poster yang kreatif. Seterusnya, para pelajar diberikan tugasan untuk menghasilkan satu poster yang menarik mengikut hasil kreativiti masing-masing. Melalui aktiviti ini, para pelajar akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster secara atas talian dan menggunakan aplikasi lain seperti power point dan canva.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti advokasi klik dengan bijak ini bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang keselamatan komputer yang dilaksanakan oleh SKMM kepada para pelajar sekolah. Selain itu, dapat memberikan peringatan dan tip yang berguna mengenai keselamatan (akaun peribadi penting) kepada para pelajar sebagai pengguna siber di masa kini semasa melayari internet dengan menggunakan komputer awam.

Aktiviti

Para pelajar diberikan penerangan mengenai keselamatan komputer yang perlu diketahui oleh mereka. Seterusnya, petugas juga ada memberikan slide kepada pelajar untuk lebih memahami tentang keselamatan komputer. Petugas juga turut berkongsi tentang tip-tip keselamatan komputer yang mudah bagi memastikan mereka menjadi pengguna yang bijak dalam melayari internet.

Gambar Disini