Tarikh : 10 Januari 2024 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Latihan Keusahawanan yang diadakan di PEDi Kg Ranau bertujuan untuk membantu para usahawan dalam proses jual beli produk dengan cara elektronik seperti aplikasi mudah alih dan internet. Selain itu, latihan keusahawanan juga merupakan satu usaha untuk meningkatkan pendapatan menerusi platform digitial di mana, para usahawan boleh mencipta satu laman web untuk memasarkan produk mereka ke pasaran yang lebih luas dan terbuka.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulaikan dengan sesi pengenalan latihan keusahawanan tentang asas pembangunan website dengan menggunakan google site sebagai aplikasi untuk membuat website dengan mudah. Seterusnya, para usahawan dapat meningkatkan lagi pendapatan mereka menerusi platform digital iaitu laman web. Oleh itu, para usahawan boleh mencipta satu laman web yang bertujuan untuk memasarkan produk mereka agar para pelanggan boleh mendapatkan produk mereka dengan lebih mudah.
Tarikh : 7 Januari 2024 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Ms Word ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pemahaman para pelajar mengenai komponen yang terdapat dalam ms word seperti mengenali papan kekunci. Selain itu, para pelajar juga dapat menambahkan lagi kemahiran menaip untuk kegunaan di masa akan datang. Oleh itu, para pelajar juga boleh memperolehi banyak manfaat dengan mengikuti kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Ranau.
Aktiviti
Para pelajar sangat berminat untuk mengikuti kelas ICT ms word yang diadakan di PEDi Kg Ranau. Petugas memberikan arahan kepada pelajar untuk memulakan sesi latihan menaip bagi menguji tahap kefahaman mereka dalam menggunakan ms word.
Tarikh : 2 Januari 2024 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : Terbuka |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk membantu komuniti mengemaskini maklumat bagi memastikan mereka tidak tercicir dari program bantuan/subsidi bersasar dan pelbagai jenis program yang dirancang oleh kerajaan di masa akan datang. Selain itu, PEDi Kg Ranau telah terpilih untuk pembukaan kaunter PADU yang membolehkan komuniti untuk terus hadir ke PEDi bagi mendapatkan perkhidmatan pengisian sistem padu.
Aktiviti
Petugas telah menyediakan ruang untuk kaunter PADU dan komuniti boleh menggunakan perkhidmatan komputer dan internet bagi mengemaskini sistem padu. Seterusnya, Pegawai Perangkaan juga turut hadir ke PEDi untuk membantu komuniti mengisi maklumat isi rumah serta pengesahan identiti yang perlu dilakukan oleh komuniti. Oleh itu, komuniti boleh terus berkunjung ke PEDi untuk mengemaskini sistem padu yang dibuka sehingga 31 mac 2024.
Tarikh : 3 Januari 2024 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 13 Orang |
Tujuan
Bengkel asas shopee bersama usahawan peladang kota marudu ini diadakan di PEDi Kg Ranau untuk memberikan kemahiran pemasaran digital melalui e-dagang shopee. Selain itu, petugas juga memberi tunjuk ajar cara membuat akaun kedai di shopee dan teknik yang betul bagi memasarkan link kedai shopee. Rakan Digital Kluster Kota Marudu juga turut membantu usahawan untuk mewujudkan kedai shopee masing-masing.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai kedai shopee yang semakin menjadi pilihan para usahawan untuk memasarkan produk mereka. Seterusnya, sesi praktikal juga dijalankan untuk memudahkan para usahawan membuka kedai shopee secara langsung di PEDi Kg Ranau dengan bantuan Rakan Digital. Hal ini bertujuan agar para peserta lebih memahami secara telus melalui bengkel shopee yang dibuat secara fizikal di PEDi Kg Ranau.
Tarikh : 22 Disember 2023 Masa : 09.00Am - 11.00Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Bertujuan memberi pendedahan awal kepada konsep pemahaman pengurusan kewangan khasnya didalam perniagaan Industri Kecil dan Sederhana. Mempelajari apa itu pengurusan kewangan perniagaan, siapa yang memerlukan asas ini dan bilakah ianya akan digunakan. Selain itu, kelas ini juga mendedahkan kenapa pentingnya asas ini kepada ahli usahawan serta mengetahui jenis-jenis akaun kewangan yang ada terutama didalam dunia perniagaan. Tujuan menjadi PEDi sebagai pusat transformasi usahawan.
Aktiviti
Petugas memulakan dengan sesi penerangan apa itu pengurusan kewangan kepada peserta kelas. Dan seterusnya menerangkan komponen-kompenan asas-asas prinsip perakaunan yang perlu diketahui sebagai seorang usahawan ataupun didalam bidang perniagaan.