Tarikh : 08 Disember 2023 Masa : 8.00Am - 1.00Pm Lokasi : SK Tagaroh, Kota Marudu Peserta : 178 Orang |
Tujuan
Program ini dijalankan di SK Tagaroh, Kota Marudu dengan penglibatan para pelajar sekolah rendah tahap 2 iaitu seramai 178 orang pelajar. Selain itu, Kluster PEDi Kota Marudu turut hadir untuk memberikan taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dan SAFE Internet kepada para pelajar. Hal ini demikian, program ini amat baik untuk diadakan di setiap sekolah agar dapat membimbing para pelajar dalam penggunaan internet secara betul.
Aktiviti
Para petugas memberikan penerangan mengenai PEDi iaitu Pusat Ekonomi Digital yang semakin dikenali dalam kalangan pelajar. Seterusnya, petugas PEDi telah menyampaikan taklimat mengenai advokasi klik dengan bijak dan penggunaan internet yang betul. Tambahan pula, objektif program ini agar dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan internet. Selain itu, petugas juga turut berkongsi tips keselamatan untuk melayari internet dengan lebih selamat. Bagi slot terakhir, aktiviti kuiz dijalankan bagi menguji tahap pemahaman para pelajar mengenai taklimat yang disampaikan.
Tarikh : 07 Disember 2023 Masa : 9.00Am - 5.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Program ini dilaksanakan oleh Institut Kajian Pembangunan (Sabah) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) untuk memberikan pendedahan mengenai data strategi yang perlu dipelajari oleh para peserta. Selain itu, program ini dijalankan secara atas talian dan bersemuka di setiap PEDi yang ada di Sabah. Para peserta juga dapat meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan atau mengumpul data yang diperlukan.
Aktiviti
PEDi Kg Ranau juga telah menjadi salah satu tempat untuk para peserta mengikuti program ini. Seterusnya, program yang dikendalikan oleh Institut Kajian Pembangunan (Sabah) ini membantu para peserta untuk menghasilkan satu data yang lengkap bagi memudahkan satu organisasi pengumpulan data. Di samping itu, para peserta juga diberikan tugasan dan ujian dalam program ini bagi menguji tahap pemahaman mereka.
Tarikh : 06 Disember 2023 Masa : 8.00Am - 1.00Pm Lokasi : SK Simpangan, Kota Marudu Peserta : 128 Orang |
Tujuan
Program Kami Peduli yang dianjurkan oleh PKKK Kota Marudu dan PPKK Kota Marudu dengan kerjasama jabatan yang lain seperti PEDi, PDRM, dan KKM Kota Marudu. Program ini diadakan di SK Simpangan Kota Marudu dengan seramai 128 orang pelajar sekolah rendah. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kanak-kanak mengenai undang-undang yang diwujudkan bagi melindungi mereka.
Aktiviti
Kluster PEDi Kota Marudu juga turut hadir bagi menyampaikan taklimat dengan topik Advokasi KDB dan SAFE Internet. Seterusnya, taklimat ini dijalankan untuk menyampaikan kesedaran awam berkaitan keselamatan internet kepada pelajar dengan menekankan tigas aspek utama iaitu, keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Di samping itu, aktiviti lain yang telah diadakan seperti slot bersama JKM dengan topik hak kanak-kanak, bersama PDRM topik akta jenayah seksual kanak-kanak 2017 dan slot terakhir bersama Pegawai Psikologi dengan topik kesihatan mental remaja pada masa kini.
Tarikh : 06 Disember 2023 Masa : 3.00Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti E-Learning kemahiran membaca ini dijalankan bagi membantu para pelajar sekolah rendah tahap 1 dengan meningkatkan kemahiran membaca dan menambahkan lagi keyakinan mereka. Selain itu, para pelajar juga dapat mengenal pasti sebutan suku kata bagi setiap perkataan yang diberikan kepada mereka. Oleh itu, para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam mengenali suku kata yang perlu dikuasai oleh mereka.
Aktiviti
Petugas telah memberikan satu kuiz kepada para pelajar untuk membantu mereka dalam kemahiran membaca agar dapat mengenali huruf dengan baik dan lebih banyak suku kata yang perlu diketahui. Seterusnya, petugas juga menggunakan modul intensif membaca bagi melatih pelajar dalam meningkatkan kemahiran membaca tahap 1.
Tarikh : 05 Disember 2023 Masa : 2.00Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti STEM (penghasilan model buruj) ini telah disertai oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah sekitar PEDi Kg Ranau. Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk membantu para peserta mengenalpasti bentuk dan jenis-jenis buruj. Di samping itu, aktiviti STEM ini dapat mengaplikasikan pemahaman STEM dalam pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan di PEDi Kg Ranau.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai jenis buruj dan bentuk yang perlu dihasilkan oleh para peserta. Aktiviti ini juga dapat mendedahkan peserta dengan penerokaan alam semesta iaitu pendedahan kepada bentuk dan jenis buruj. Para peserta juga diberikan tugasan untuk menghasilkan bentuk buruj dan menjelaskan tentang komponen yang ada dalam buruj tersebut.