Tarikh : 11 November 2023 Masa : 9.00Am - 11.00Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Tujuan latihan keusahawanan ini dijalankan bagi membantu meningkatkan lagi kemahiran keusahawanan yang sudah pun ada dalam bidang perniagaan seperti tiktok shop. Selain itu, dapat memberikan latihan secara berterusan kepada usahawan PEDi Kg Ranau agar produk jualan mereka terus dapat ditingkatkan dalam proses pemasaran yang luas.
Aktiviti
Petugas telah membantu usahawan untuk mengemaskini akaun tiktok shop dengan memberikan penjelasan mengenai cara untuk melengkapkan akaun kedai tiktok shop mereka. Tambahan pula, kedai tiktok shop ini juga menjadi salah satu platform bagi usahawan untuk menambahkan lagi pendapatan bulanan mereka selain berjual secara bersemuka dengan pelanggan.
Tarikh : 11 November 2023 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kursus digital kompetensi ini adalah satu instrumen penilaian pelajar berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital pelajar dalam tiga aspek iaitu teknologi, etika dan kognitif.
Aktiviti
Para pelajar yang hadir ke PEDi Kg Ranau bagi mengikuti kursus ini dapat menggunakan perkhidmatan komputer dan internet dengan mudah. Seterusnya, petugas juga telah menyediakan tempat untuk para pelajar mengikuti kursus ini. Oleh itu, kemudahan yang ada di PEDi dapat memberikan manfaat kepada para pelajar untuk mendapatkan maklumat dan mencari bahan rujukan pembelajaran.
Tarikh : 09 November 2023 Masa : 2.30Pm - 3.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran secara atas talian yang dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka dalam pelajaran pelbagai jenis subjek. Selain itu, aktiviti ini sangat membantu pelajar untuk lebih memahami tentang pembelajaran seperti subjek bahasa melayu iaitu pengguanaan ayat majmuk dan penguasaan tatabahasa. Di samping itu, pelajar juga dapat mengakses banyak nota untuk dijadikan bahan rujukan.
Aktiviti
Adik Haziq sering berkunjung ke PEDi Kg Ranau untuk menggunakan perkhidmatan yang ada di PEDi seperti penggunaan komputer dan internet bagi tujuan pembelajaran secara atas talian. Seterusnya, aktiviti yang diikuti oleh adik haziq boleh meningkatkan lagi ilmu bahasa melayu yang perlu dipelajari dengan lebih mendalam. Kuiz yang diadakan di PEDi sangat membantu adik haziq untuk mengulang kaji mata pelajaran bahasa melayu.
Tarikh : 10 November 2023 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas ICT asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberikan pengenalan komputer kepada peserta. Sekaligus, mendedahkan kepada mereka mengenai kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Selain itu, dapat memberikan kelas kemahiran kepada peserta kerana kemahiran ICT ini sangat berkait rapat didalam bidang pembelajaran pada masa hadapan.
Aktiviti
Para peserta diberikan penerangan mengenai asas pengenalan komputer secara terperinci serta pengenalan kepada komponen yang ada dalam komputer. Aktiviti ini dapat membantu peserta yang tidak mempunyai asas mengenai komputer.
Tarikh : 08 November 2023 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan untuk memberi peluang kepada para pelajar bagi menarik minat mereka dan perasaan ingin tahu melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, mencabar dan bermakna. Selain itu, para pelajar yang mengikuti STEM akan mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, inovatif, celik teknologi dan mampu mereka cipta sesuatu benda. Maka pendidikan STEM ini berdasarkan 4 prinsip iaitu dengan mengintegrasikan dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memberikan penjelasan kepada para pelajar dengan memberikan tontonan video melalui youtube iaitu cara untuk membina kereta berasaskan botol mineral terpakai. Antara bahan yang digunakan, botol mineral, kayu lidi, penutup botol dan gam. Seterusnya, para pelajar akan menghasilkan model kereta botol mengikut langkah-langkah yang ditonton melalui youtube. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, petugas sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada para pelajar dalam menghasilkan model kereta botol.