Tarikh : 04 Disember 2023 Masa : 10.00Am - 11.30Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu belia dalam membuat resume bagi mereka yang ingin memohon pekerjaan. Selain itu, aktiviti ini juga boleh memberikan pendedahan mengenai penghasilan resume yang boleh dibuat oleh belia itu sendiri. Di samping itu, PEDi juga boleh dijadikan one-Stop Center untuk mendapatkan bantuan ICT dan memperolehi banyak maklumat terkini.
Aktiviti
Penulisan resume ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas PEDi mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Seterusnya, belia akan melengkapkan maklumat peribadi dan semua maklumat penting untuk menghasilkan satu resume yang lengkap. Oleh itu, para belia boleh menghasilkan resume tersendiri mengikut kreativiti masing-masing.
Tarikh : 03 Disember 2023 Masa : 3.00Pm - 5.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran melalui online. Aktiviti ini juga dapat menguji minda para peserta, melatih kesabaran dan ketabahan dengan aktiviti permainan pembelajaran iaitu berdasarkan susunan gambar (flag puzzle). Di samping itu, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan boleh memantapkan pengetahuan pelajar penggunaan ICT.
Aktiviti
Aktiviti ini dilaksanakan dengan menggunakan laman web https://www.tinytap.com/activities/g99y/play/flag-puzzles. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, petugas akan memastikan para pelajar dapat menggunakan perkhidmatan komputer untuk tujuan pembelajaran secara atas talian.
Tarikh : 01 Disember 2023 Masa : 2.30Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Aktiviti STEM yang diadakan di PEDi Kg Ranau bertujuan untuk menarik minat para peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan juga tadika. Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan lagi kreativiti dan kerjasama antara satu sama lain dengan melibatkan diri dalam aktiviti STEM yang diadakan di PEDi Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulaikan dengan sesi penerangan mengenai skop atau definisi STEM secara umum kepada para peserta. Selepas itu, para peserta perlu mempelajari beberapa teknik dalam aktiviti stem (stacks cups). Dalam hal ini, para peserta perlu berkerjasama dalam satu pasukan untuk menghasilkan susunan gelas secara teratur.
Tarikh : 02 Disember 2023 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Power Point bersama pelajar sekolah rendah yang merupakan ahli PEDi Kg Ranau dijalankan bagi memberikan asas pengenalan kemahiran berkaitan MS power point 2023. Selain itu, objektif kelas ini adalah untuk memperkenalkan kepada mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini khususnya bagi pelajar sekolah.
Aktiviti
Para pelajar diberikan penerangan untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat dalam Ms Power Point 2023. Seterusnya, petugas akan memantau para pelajar dalam menggunakan ms power point untuk memastikan mereka dapat mengetahui cara bagi menghasilkan slide pembentangan yang menarik. Para pelajar juga dapat manfaat mengikuti kelas ini dengan adanya pendedahan awal mengenai microsoft yang akan digunakan oleh mereka. Secara keseluruhannya, para pelajar kini dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka.
Tarikh : 22 November 2023 Masa : 2.00Pm - 3.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan menggalakkan pelajar terus aktif terlibat dengan PEDi Kg Ranau dan mewujudkan aktiviti kreatif untuk mereka. Para pelajar mempelajari kemahiran menyunting poster secara online melalui suntingan imej dengan menggunakan online photo editor www.canva.com dan hasil poster mereka boleh digunakan.
Aktiviti
Kelas software atau aplikasi turut diterangkan oleh petugas untuk menghasilkan poster yang kreatif. Seterusnya, para pelajar diberikan tugasan untuk menghasilkan satu poster yang menarik mengikut hasil kreativiti masing-masing. Melalui aktiviti ini, para pelajar akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster secara online dan menggunakan aplikasi lain seperti microsoft word, power point dann canva.