Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu para pelajar dalam membuat resume sebagai pendedahan awal kepada mereka. Selain itu, PEDi juga boleh dijadikan One-Stop Center untuk mendapatkan bantuan ICT dan memperolehi banyak maklumat terkini.

Aktiviti

Penulisan resume ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas PEDi mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Seterusnya, pelajar yang mengikuti kelas ini akan menggunakan aplikasi canva bagi menghasilkan resume yang baik untuk digunakan dalam mencari pekerjaan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas logo stiker ini diadakan di PEDi Kg Ranau bersama usahawan baru yang ingin mencipta logo tersendiri. Selain itu, latihan keusahawanan merupakan satu usaha untuk membantu para peserta menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan secara online. Banyak manfaat yang dapat dipelajari daripada kelas keusahawanan PEDi.

Aktiviti

Aktiviti membuat logo ini dilakukan secara teori dan praktikal iaitu dengan menggunakan perisian logo maker dan canva daripada petugas PEDi Kg Ranau. Peserta juga akan diajar secara asas bagaimana hendak mencipta sebuah logo dalam bidang usahawan. Logo berkait rapat dengan jenama tersendiri yang memboleh perniagaan mereka dikenali di pasaran. Sepanjang kelas berlangsung, petugas akan memastikan peserta dapat menyiapkan logo dengan kreativiti tersendiri.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas editing poster ini diadakan di PEDi Kg Ranau dengan menggunakan Ms Word 2021. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk memberi asas pengenalan kepada para pelajar tentang fungsi ms word yang akan digunakan dalam membuat poster. Seterusnya, kelas ini bertujuan agar para pelajar dapat menguasai kemahiran ICT yang penting untuk mereka pada masa akan datang.

Aktiviti

Para pelajar diberikan tugasan untuk membuat poster FREE PALESTINE dengan menggunakan ms word 2021. Hal ini demikian, pelajar dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer mereka dan menghasilkan poster-poster yang lebih menarik dengan lebih kreatif. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas membuat resume ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu pelajar untuk mengetahui tentang cara menghasilkan resume yang betul dan lengkap. Tambahan pula, dengan adanya pengetahuan asas mengenai resume para pelajar boleh terus memohon pekerjaan untuk mencari pengalaman selepas SPM.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas PEDi mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Seterusnya, para pelajar diminta menghasilkan resume mereka masing-masing mengikut kreativiti.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menguasai penggunaan komputer dan mengenali komponen yang terdapat dalam komputer itu. Selain itu, para pelajar juga dapat menambahkan ilmu ICT dalam mengikuti kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Ranau untuk melahirkan masyarakat yang celik IT.

Aktiviti

Pelajar yang mengikuti kelas ict ini diberikan penerangan mengenai susunan dan fungsi papan kekunci agar lebih memahami cara penggunaan yang betul. Seterusnya, petugas juga memberikan tugasan untuk menaip teks yang diberikan kepada para pelajar bagi melatih mereka dalam menggunakan komputer seperti latihan menaip. Di samping itu, pelajar juga dapat banyak manfaat dengan mengetahui fungsi papan kekunci dan komputer untuk kegunaan pada masa hadapan disebabkan peningkatan teknologi yang semakin canggih.

Gambar Disini