Tarikh : 16 Ogos 2022 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakan pelajar terus aktif terlibat dengan PEDi Kg Ranau dan mewujudkan aktiviti kreatif untuk mereka. Selain itu, para pelajar juga dapat mempelajari kemahiran menyunting poster secara online melalui suntingan imej dengan menggunakan online Photo Editor www.canva.com. Disamping itu, hasil poster mereka juga boleh disimpan dan digunakan pada bila-bila masa.
Aktiviti
Petugas memberikan sedikit penerangan tentang penggunaan canva kepada pelajar untuk menghasilkan poster dengan mudah. Seterusnya, para pelajar juga diberikan tugasan untuk menghasilkan poster mengikut kreativiti masing-masing dengan bertemakan hari kemerdekaan. Dengan adanya aktiviti ini, pelajar akan lebih memahami cara untuk menyunting imej bagi membuat poster secara online dan dapat mengasah bakat terpendam para pelajar dalam kelas editing poster ini.
Tarikh : 17 Ogos 2022 Masa : 9.30 Am - 10.30 Am Lokasi : Google Meet Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Mesyuarat Bil 2 Bersama Ahli Panel Penasihat PEDi Kg Ranau menggunakan aplikasi Google Meet yang bertujuan untuk membentangkan program pelupusan komputer PEDi Kg Ranau bersama ahli panel penasihat. Selain itu, objektif mesyuarat ini juga untuk memperkenalkan rakan digital PEDi Kg Ranau kepada ahli panel penasihat dan membincangkan tentang program hari bersama komuniti.
Aktiviti
Pengurus menerangkan kepada ahli panel penasihat tentang program pelupusan komputer PEDi Kg Ranau. Seterusnya, pengurus juga memberi maklum tentang program yang akan dijalankan iaitu program Hari Bersama Komuniti. Setiap panel penasihat yang hadir memberi cadangan dan kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat ini berjalan.
Tarikh : 13 Ogos 2022 Masa : 09.30Am- 12.30Pm Lokasi : Online WEBEX Peserta : Terbuka |
Tujuan
Program perkongsian bersama belia dan komuniti ini merupakan kolaborasi diantara Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia dan juga Universiti Malaysia Sabah. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia diseluruh Sabah memberi penglibatan didalam program ini. Program ini adalah bertujuan untuk memberi perkongsian tentang bagaimana teknologi internet membantu pencari pekerjaan dan seterusnya perkongsian tentang hak dan tanggungjawab belia sebagai warga digital. Turut dihadiri oleh Pengarah MCMC Negeri Sabah iaitu Encik Izhani Bin Othman.
Aktiviti
Program dijalankan secara atas talian iaitu menggunakan aplikasi Webex. Peserta adalah seramai 333 Orang yang mana separuh adalah daripada belia dan komuniti setempat dan separuh lagi adalah petugas PEDi seluruh Sabah. Sepanjang program ini berlangsung, banyak manfaat dan pengetahuan yang dapat membantu belia dan komuniti diluar sana dan aktiviti Kuiz juga turut dijalankan.
Tarikh : 14 Ogos 2022 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya ICT dan Komputer pada masa kini. Banyak manfaat dan kebaikan sekiranya digunakan secara betul terutamanya medium platform media sosial atau laman-laman web seperti Youtube dan google. Aktiviti ini juga bertujuan agar PEDi Kg Ranau menjadi One Stop Center kepada komuniti setempat.
Aktiviti
Peserta menggunakan perkhidmatan komputer untuk melayari laman web youtube dan petugas sentiasa memberi bimbingan sebagai pengguna digital yang betul dan sentiasa berwaspada.
Tarikh : 12 Ogos 2022 Masa : 3.00Pm- 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Paint 3D Animasi ini bertujuan untuk memberi kemahiran melakar lukisan berbentuk 3D kepada para pelajar dengan menggunakan komputer. Kelas ini juga bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar dalam bidang lukisan digital melalui komputer selain daripada menjadikannya sebagai satu pengalaman ilmu baru dan juga hobi mereka. Kelas ini juga bertujuan agar mereka tahu fungsi-fungsi peralatan yang terdapat didalam Ms Paint 3D yang lebih menarik dan menyeronokkan dengan hasil lukisan gambar berbentuk model animasi 3D.
Aktiviti
Petugas memberi penerangan tentang fungsi-fungsi peralatan yang ada didalam microsoft paint 3D dengan memberi tayangan video youtube tutorial kepada para pelajar. Kemudian para pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik berdasarkan hasil kreativiti sendiri. Aktiviti ini amat menarik kerana pelajar dapat mencungkil kemahiran mereka melakar animasi secara digital.