Tarikh : 21 Julai 2022 Masa : 9.00 Am- 11.00 Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Guru-guru dan kakitangan kerajaan telah menggunakan perkhidmatan perisian komputer seperti Ms Word 2016 dan Google untuk menyelesaikan tugasan kerja mereka. Selain itu, mereka juga merupakan ahli PEDi Kg Ranau yang sentiasa menggunakan perkhidmatan komputer dan lain-lain perkhidmatan seperti cetakan, fotokopi serta penggunaan internet. Oleh itu, aktiviti ini dapat mencapai objektif penubuhan PEDi dengan memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar.
Aktiviti
Ahli PEDi Kg Ranau menggunakan perkhidmatan komputer dan internet untuk membuat kertas kerja dan mencari maklumat yang diperlukan. Selain itu, Petugas juga memastikan komuniti mematuhi setiap SOP semasa berada di PEDi.
Tarikh : 18 Julai 2022 Masa : 2.00 Pm - 3.30 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Pelajar lepasan SPM menggunakan perkhidmatan komputer dan internet bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan di SPA9 secara atas talian. Selain itu, komuniti juga boleh menggunakan perkhidmatan komputer dan lain-lain jenis perkhidmatan di PEDi Kg Ranau seperti menjadikan PEDi sebagai one-stop center. Oleh itu, kemudahan yang ada di PEDi juga dapat membantu komuniti untuk menyelesaikan tugasan yang memerlukan komputer dan internet.
Aktiviti
Para pelajar yang merupakan ahli PEDi Kg Ranau telah mengisi permohonan spa9 dan mengemaskini maklumat yang perlu dilengkapkan. Selain itu, petugas juga telah membantu mereka untuk memastikan permohonan yang dibuat adalah betul. Di samping itu, Pelajar juga mematuhi SOP yang telah ditetapkan di PEDi Kg Ranau.
Tarikh : 16 Julai 2022 Masa : 10.00 Am - 12.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Bengkel rancangan perniagaan ini dijalankan di PEDi Kg Ranau yang dikendalikan oleh usahawan PEDi iaitu En Ardhani yang merupakan pengasas Zhas Studio. Bengkel ini juga bertujuan untuk membantu para usahawan yang ingin mempertingkatkan kefahaman tentang perniagaan yang sedang diceburi. Selain itu, Usahawan juga boleh mempelajari mengenai cara penyediaan rancangan perniagaan dengan cara yang betul. Oleh itu, En Ardhani bersama usahawan yang lain saling membantu untuk melihat potensi perjalanan perniagaan yang sedang dijalankan bagi mendatangkan hasil yang baik.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan di PEDi Kg Ranau, petugas juga telah memberikan sedikit penerangan tentang kemudahan yang terdapat di PEDi seperti komputer dan penggunaan internet yang membolehkan bengkel ini berlangsung. Seterusnya, En Ardhani menerangkan tentang rancangan perniagaan yang perlu diketahui oleh setiap usahawan untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka. Sepanjang bengkel ini berlangsung, SOP telah dipatuhi oleh peserta yang mengikuti bengkel tersebut.
Tarikh : 17 Julai 2022 Masa : 3.00 Pm - 4.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Advokasi KDB iaitu Kawalan Kendiri ini bertujuan untuk memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri khususnya pelajar sekolah. Selain itu, kelas advokasi ini juga dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya sentiasa beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Oleh itu, advokasi kawalan kendiri ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandunagan media baru (bijak internet).
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi tayangan video dilaman youtube yang telah disediakan oleh petugas PEDi. Seterusnya, petugas PEDi memberikan penjelasan mengenai kawalan kendiri yang perlu diambil tahu oleh semua pengguna internet. Hal ini kerana, pengguna boleh membantu mewujudkan persekitaran dalam talian yang positif dan selamat dengan memilih kandungan yang sesuai dan tidak menyalahi undang-undang, disamping mengawal emosi dan keinginan pengguna. Dengan adanya kawalan kendiri, ia dapat melindungi komuniti dan memastikan internet tidak dikawalselia dengan ketat oleh pihak berkuasa.
Tarikh : 15 Julai 2022 Masa : 10.00 Am - 12.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Calon temuduga rakan digital telah menggunakan perkhidmatan komputer dan internet untuk menghadiri temuduga secara atas talian. Selain itu, terdapat pelbagai jenis perkhidmatan lain juga telah disediakan oleh PEDi Kg Ranau seperti cetakan dan penggunaan komputer. Oleh itu, aktiviti ini dapat mencapai objektif PEDi iaitu memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Aktiviti
Petugas PEDi telah membantu untuk menyediakan komputer dan ruang untuk temuduga berlangsung. Para calon mengikuti temuduga rakan digital secara atas talian dengan menggunakan aplikasi zoom meeting. Sepanjang sesi temuduga berlangsung, petugas memastikan SOP dipatuhi semasa berada di PEDi Kg Ranau.