Tarikh : 20 Ogos 2022 Masa : 11.30Am - 12.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Aktiviti kuiz Klik Dengan Bijak yang dijalankan di PEDi Kg Ranau melibatkan golongan ibubapa yang merupakan ahli PEDi Kg Ranau. Selain itu, tujuan kuiz ini diadakan untuk menguji tahap kefahaman ibubapa mengenai klik dengan bijak yang dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial.
Aktiviti
Petugas telah menyediakan kuiz KDB bagi golongan ibubapa. Seramai 10 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan kuiz KDB ini. Aktiviti ini dapat menarik minat mereka untuk menyertai kuiz yang diadakan untuk melahirkan pengguna yang celik teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju.
Tarikh : 20 Ogos 2022 Masa : 10.00Am - 11.30Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Pertandingan kuiz KDB bagi pelajar sekolah menengah dijalankan supaya pelajar lebih memahami tentang program-program KDB yang sering diadakan. Selain itu, pelajar juga dapat melibatkan diri dengan mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh PEDi Kg Ranau bagi meraihkan program hari bersama komuniti. Di samping itu, aktiviti mewarna online yang melibatkan pelajar sekolah rendah tahap 2 turut mendapat sambutan yang baik.
Aktiviti
Petugas telah menyediakan kuiz KDB dan laman web mewarna online bagi pelajar sekolah menengah dan rendah. Aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar untuk mengikuti semua penyertaan yang dibuka kepada mereka. Seterusnya, pertandingan ini juga dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar tentang program KDB. Manakala, bagi aktiviti mewarna secara online yang menggunakan laman web https://www.hellokids.com/ dapat mengasah bakat pelajar sekolah rendah dalam meningkatkan kemahiran ICT mereka.
Tarikh : 20 Ogos 2022 Masa : 8.30Am - 11.30Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 74 Orang |
Tujuan
Program Hari Bersama Komuniti ini diadakan di PEDi Kg Ranau bagi memperkenalkan kepada penduduk setempat tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PEDi Kg Ranau serta untuk membina hubungan yang baik di antara komuniti setempat dengan petugas PEDi Kg Ranau. Selain itu, tujuan program ini dijalankan bagi meningkatkan bilangan keahlian baru PEDi Kg Ranau dan menjadikan PEDi sebagai pusat tumpuan ICT. Oleh demikian, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari program berlangsung bersama warga komuniti.
Aktiviti
Aktiviti hari bersama komuniti dimulakan dengan pengenalan PEDi kepada komuniti setempat dan pendaftaran ahli baru juga diadakan bagi mereka yang belum menjadi ahli PEDi Kg Ranau. Seramai 20 orang ahli baru yang mendaftar di PEDi Kg Ranau. Selain itu, saringan kesihatan dan kecergasan turut dijalankan pada hari tersebut yang dikendalikan oleh klinik kesihatan tandek. Tambahan pula, aktiviti senamrobik yang dibuat oleh wellnes hub tandek juga dapat menarik minat para komuniti yang berkunjung. Terdapat pelbagai jualan usahawan yang hadir pada hari bersama komuniti dan pameran juga diadakan daripada Ct Eyewear Optical serta orang ramai juga boleh membuat pemeriksaan mata secara percuma.
Tarikh : 20 Ogos 2022 Masa : 2.30Pm - 3.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk membimbing para usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka dengan menggunakan aplikasi shopee bagi meningkatkan lagi pasaran perniagaan mereka. Selain itu, petugas juga memberikan penerangan tentang cara-cara untuk membuka akaun shopee dengan lebih terperinci. Latihan keusahawanan ini dapat membantu para peserta dengan lebih yakin untuk membina kedai secara atas talian. Oleh itu, para usahawan dapat menggunakan shopee sebagai platform untuk memasarkan produk yang mereka jual sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada usahawan diluar bandar.
Aktiviti
Para usahawan diberikan sedikit penerangan mengenai cara untuk membuka akaun shopee oleh petugas. Seterusnya, usahawan diberikan tugasan untuk membuat nama kedai di shopee bagi memastikan produk mereka dapat dipasarkan di aplikasi shopee. Di samping itu, sesi soal jawab juga diadakan untuk memastikan para usahawan lebih memahami objektif kelas ini.
Tarikh : 18 Ogos 2022 Masa : 2.00Pm - 3.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan untuk memberikan pendedahan pendidikan Bahasa Melayu secara atas talian kepada para pelajar sekolah menengah dan rendah. Aktiviti e-learning bahasa melayu ini sangat membantu pelajar untuk meningkatkan ilmu kemahiran dan penguasaan tatabahasa para pelajar didalam pengunaan bahasa melayu dalam kalangan pelajar sekolah. Selain daripada itu, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memanfaatkan masa lapang para pelajar dengan lebih berguna.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa melayu terlebih dahulu oleh petugas. Seterusnya, pelajar diberikan tugasan untuk menonton video dilaman youtube untuk mencari kisah tauladan yang boleh diambil. Secara keseluruhannya, aktiviti ini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.