Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu usahawan dalam proses pemasaran produk yang memerlukan kelas keusahawanan seperti suntingan imej produk serta suntingan video editing. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan para usahawan mikro perusahaan kecil dan sederhana. Kelas bimbingan ini merupakan satu usaha untuk membantu para peserta menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan.

Aktiviti

Kelas bimbingan ini dijalankan di PEDi Kg Ranau dengan seorang usahawan sambal ikan masin yang masih baharu dalam bidang perniagaan digital. Secara keseluruhannya, kelas bimbingan ini dapat memberikan manfaat kepada usahawan yang ingin membangunkan produk mereka dengan menggunakan platform digital.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini diadakan untuk bertujuan menguji minda para pelajar dengan satu permainan iaitu puzzle yang berkonsep klik dengan bijak yang menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti yang menjana minda. Selain itu, aktiviti ini diadakan untuk mengisi masa lapang pelajar dengan perkara yang bermanfaat. Peserta yang mengikuti aktiviti ini merupakan ahli PEDi Kg Ranau.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan laman web www.jigsawsplanet.com. Petugas juga memberikan penerangan kepada peserta tentang cara-cara menggunakan laman web ini. Aktiviti permainan puzzle ini juga dapat menguji ketangkasan para pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan komputer.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta membuat Biodata Diri menggunakan Ms Word 2016. Seterusnya, para peserta juga dapat belajar memperkenalkan diri melalui penulisan yang dibuat. Disamping itu, aktiviti seperti ini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan juga dapat memberikan manfaat kepada pelajar sekolah.

Aktiviti

Aktiviti dijalankan dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Petugas memberi penerangan dan panduan cara-cara membuat biodata diri yang boleh diedit menggunakan perisian ini. Selain itu,  Petugas juga memberikan tunjuk ajar cara menaip, membuat kotak jadual dan memasukan gambar. Para pelajar di berikan tugasan untuk membuat  biodata diri berdasarkan maklumat yang telah diajar kepada mereka. Melalui aktiviti ini mereka akan lebih mengingati dan boleh menggunakan perisian ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Advokasi penipuan kewangan ini merupakan inisiatif keselamatan internet dalam memastikan para pengguna tidak mudah terpedaya dengan penipuan secara atas talian. Selain itu, kelas ini juga dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang jenis penipuan yang sering berlaku di laman internet dan punca berlakunya penipuan tersebut. Meskipun internet memberikan akses pada maklumat pantas, pengguna patut berhati-hati sebelum terkena pada penipuan yang berlaku.

Aktiviti

Aktiviti dijalankan di PEDi Kg Ranau dengan peserta dalam kalangan pelajar sekolah. Seterusnya, petugas juga memberikan penerangan kepada peserta tentang cara untuk mengetahui jenis penipuan dan langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan penipuan berlaku. Di samping itu, aktiviti kuiz juga diadakan untuk menguji kefahaman para pelajar mengenai penipuan kewangan. Oleh itu, para peserta dapat sedikit pendedahan mengenai penipuan yang sering berlaku seperti penipuan melalui panggilan telefon, penipuan pinjaman tidak wujud dan scam 409.

Gambar Disini