Tujuan

Advokasi KDB Oversharing bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah tentang kesan yang berlebihan kongsi maklumat peribadi di media sosial. Selain itu, advokasi ini membolehkan pelajar mengetahui tentang cara untuk menangani sikap yang suka berkongsi di media sosial secara bebas. Tambahan pula, pelajar boleh mendapatkan manfaat mengenai advokasi kdb oversharing untuk dijadikan sebagai panduan tentang keselamatan ketika menggunakan internet.

Aktiviti

Aktiviti ini bermula dengan sesi tayangan video overshare dilaman youtube. Seterusnya, petugas juga memberikan sedikit penerangan mengenai oversharing dan risiko sekiranya terlebih kongsi di media sosial. Di samping itu, aktiviti kuiz juga turut dijalankan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar yang hadir. Oleh itu, para pelajar perlu lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat kerana ia melibatkan isu keselamatan dan privasi masing-masing.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan Keusahawanan yang dijalankan oleh petugas PEDi Kg Ranau bertujuan untuk membantu para usahawan dalam proses jual beli produk dengan cara elektronik seperti aplikasi mudah alih dan internet. Selain itu, latihan keusahawanan juga merupakan satu usaha untuk meningkatkan pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan secara online.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulaikan dengan sesi pengenalan latihan keusahawanan tentang asas pembangunan website dengan menggunakan google site sebagai applikasi untuk membuat website dengan mudah. Di samping itu, dengan adanya website bagi perniagaan mereka ia dapat meningkatkan lagi pendapatan para usahawan menerusi platform digital. Secara keseluruhan, para usahawan dapat membangunkan laman website perniagaan masing-masing dengan mengikuti latihan keusahawanan yang telah dianjurkan oleh PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas asas penjagaan komputer ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas dalam menjaga komputer dengan cara yang betul kepada para peserta. Selain itu, kelas ini juga dapat memperkenalkan lagi kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini khususnya buat pelajar sekolah. Oleh itu, kelas ini juga boleh membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang komponen-komponen yang terdapat dalam komputer.

Aktiviti

Para peserta diberikan tunjuk ajar tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal oleh petugas. Seterusnya, para peserta juga diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer untuk memudahkan mereka lebih memahami mengenai penjagaan komputer yang betul. Disamping itu, para peserta diberikan pengenalan sedikit mengenai virus-virus yang boleh mengakibatkan komputer dalam keadaan bahaya dan bagaimana untuk mengelakkan komputer daripada terkena virus. Sepanjang kelas berlangsung, petugas memastikan para peserta mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Advokasi semak fakta ini merupakan inisiatif keselamatan internet dalam mempromosikan penggunaan secara positif di kalangan pelajar sekolah berdasarkan 3 teras iaitu, selamat, waspada dan tanggungjawab. Selain itu, kelas ini juga dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang fakta yang dikongsi hendaklah disemak sebelum berkongsi dengan masyarakat setempat. Meskipun internet memberi kita akses pada maklumat dengan pantas, kita patut berhenti seketika dan bertanya tentang maklumat yang mempunyai fakta sama ada sahih atau tidak.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalan di PEDi Kg Ranau dengan peserta dalam kalangan pelajar sekolah. Petugas juga memberikan penerangan kepada peserta tentang cara untuk menilai maklumat dengan cara yang betul iaitu dengan mengetahui sumber seterusnya memahami fakta tersebut dan menyelidik serta menilai fakta yang ingin dikongsi. Oleh itu, para peserta dapat menambah pengetahuan tentang sesuatu maklumat dan kesahihan fakta tersebut.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini dijalankan untuk membantu usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka dengan menggunakan pelbagai aplikasi seperti shopee bagi meningkatkan pemasaran perniagaan mereka. Selain itu, petugas juga turut membantu mereka dari segi mengajar mereka tentang cara-cara membuka akaun kedai perniagaan mereka sendiri di shopee dengan menunjukkan slide pembentangan agar mereka lebih mudah memahami. Oleh itu, latihan keusahawanan ini dapat membantu para usahawan untuk membuka kedai secara atas talian menggunakan shopee untuk menjual produk mereka sekaligus boleh merapatkan jurang digital kepada usahawan luar bandar.

Aktiviti

Kelas ini diadakan di PEDi Kg Ranau dengan dua orang usahawan yang hadir untuk mengikuti latihan keusahawan ini. Petugas juga memulakan sesi penerangan mengenai asas menjual produk-produk di shopee dengan membincangkan bagaimana untuk memulakan perniagaan secara atas talian dan cara untuk menguruskan tempahan produk yang dibuat melalui shopee. Sepanjang kelas ini berlangsung, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini