Tujuan

Kursus latihan pengendali makanan ini merupakan anjuran kerjasama NZ Bunga Venture Traning & Consultant. Selain itu, tujuan kursus ini ialah untuk membantu para peserta memahami isu-isu dan punca keracunan makanan. Peserta juga akan mempelajari cara mengendalikan makanan dengan selamat dan mempelajari cara penyimpanan makanan yang sesuai. Oleh itu, para peserta dapat mengetahui tindakan yang patut diambil untuk mengawal faktor-faktor kritikal keracunan makanan.

Aktiviti

Kursus ini diadakan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi zoom meeting. Seterusnya, dimulakan dengan sesi penerangan mengenai program latihan pengendali makanan yang diikuti oleh para peserta. Di samping itu, sesi soal jawab juga turut diadakan supaya peserta lebih memahami objektif taklimat ini. Oleh itu, peserta yang mengikuti kursus latihan pengendali makanan ini akan memperolehi sijil yang diiktiraf KKM dan sah seumur hidup.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk membantu usahawan dalam proses pemasaran produk dan mempromosikan lagi jualan produk usahawan PEDi Kg Ranau kepada komuniti setempat sempena Karnival STEM dan Pembelajaran Digital yang diadakan di SK Ranau, Kota Marudu. Selain daripada itu, produk jualan usahawan ini juga dibawah bimbingan Rakan Digital yang banyak membantu para usahawan baharu yang ingin memulakan perniagaan dengan memberikan bimbingan seperti kelas keusahawanan di PEDi Kg Ranau.

Aktiviti

PEDi Kg Ranau telah dijemput untuk membuka booth pameran sempena Program Karnival STEM dan Pembelajaran Digital di Sk Ranau, Kota Marudu. Selain daripada pameran mengenai PEDi, rakan digital juga telah membuat satu slot pameran khusus untuk usahawan PEDi Kg Ranau. Petugas juga telah membawa produk-produk usahawan yang boleh dipromosikan sempena Karnival itu berlangsung. Di samping itu, para usahawan juga dapat meningkatkan pasaran jualan mereka dengan bantuan rakan digital.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Pertandingan kuiz KDB kategori terbuka dijalankan agar golongan komuniti lebih memahami tentang program-program KDB yang sering dilaksanakan. Selain itu, mereka juga dapat melibatkan diri dengan mengikuti pertandingan yang dianjurkan oleh PEDi Kg Ranau sempena karnival STEM dan Pembelajaran Digital di SK, Ranau. 

Aktiviti

Petugas telah menyediakan kuiz KDB yang mempunyai dua jenis kategori iaitu, kuiz klik dengan bijak dan teka silang kata KDB. Aktiviti ini dapat menarik minat warga komuniti untuk mengikuti semua penyertaan yang dibuka khusus kepada mereka. Di samping itu, pertandingan ini juga dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang klik dengan bijak.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti kuiz ini dijalankan pada hari kedua karnival STEM dan Pembelajaran Digital di SK Ranau. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memastikan warga komuniti dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial.

Aktiviti

Pertandingan kuiz ini boleh dijawab dengan menggunakan telefon pintar yang memudahkan peserta untuk mengakses laman web yang digunakan untuk soalan kuiz tersebut. Seterusnya, peserta yang telah mengikuti pertandingan kuiz ini akan diberikan hadiah yang menarik daripada PEDi Kg Ranau. Aktiviti ini dapat memberikan manfaat kepada golongan komuniti untuk terus melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Kg Ranau khususnya kepada ahli PEDi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Hari Malaysia yang dianjurkan oleh KRT Kg Ranau dengan kerjasama PEDi Kg Ranau diadakan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara warga komuniti Kg Ranau. Selain itu, tujuan program ini dijalankan untuk meningkatkan semangat patriosme dalam kalangan komuniti dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak KRT Kg Ranau. Di samping itu, PEDi Kg Ranau juga dapat mempromosikan lagi kepada warga komuniti tentang kelebihan menjadi ahli PEDi serta aktiviti, kelas dan perkhidmatan yang dijalankan oleh PEDi. 

Aktiviti

Aktiviti ini melibatkan warga komuniti Kg Ranau dalam kalangan belia dan kanak-kanak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, pertandingan mewarna Hari Malaysia yang dibahagikan kepada dua kategori. Aktiviti seterusnya diikuti dengan pertandingan kuiz Hari Malaysia terbuka kepada komuniti Kg Ranau serta pertandingan pakaian beragam Hari Malaysia bagi kategori lelaki dan perempuan terbuka. Selain itu, petugas juga terlibat sebagai pengadil dalam pertandingan yang dianjurkan. Tambahan pula, penggunaan wifi komuniti secara percuma kepada pengunjung yang menjadi ahli PEDi dapat memberikan manfaat kepada warga komuniti. Di samping itu, agihan bendera Malaysia secara pandu lalu sempena Hari Malaysia turut diadakan untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Gambar Disini