Tujuan

Kursus pengendali makanan ini merupakan anjuran kerjasama Akademi 3S Sekolah Latihan Pengendali Makanan, Tuaran. Selain daripada itu, tujuan kursus ini ialah untuk membantu para peserta memahami isu-isu dan punca keracunan makanan. Peserta juga akan mempelajari cara mengendalikan makanan dengan selamat dan mempelajari cara penyimpanan makanan yang sesuai. Oleh itu, peserta dapat mengetahui tindakan yang patut diambil untuk mengawal faktor-faktor kritikal keracunan makanan. Tambahan pula, sijil pengendali makanan ini sangat penting bagi peniaga makanan.

Aktiviti

Kursus ini dijalankan di PEDi Kg Ranau dengan seramai 23 orang perserta. Petugas juga telah menyediakan tempat untuk sesi taklimat bagi kursus pengendali makanan ini. Aktiviti dimulakan dengan sesi penerangan mengenai program latihan pengendali makanan bersama Akademi 3S. Selain itu, penceramah bagi kursus ini ialah Pn. Yvonne Sipain. Seterusnya, sesi soal jawab juga turut diadakan agar peserta lebih memahami objektif kursus latihan pengendali makanan tersebut.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Advokasi klik dengan bijak iaitu maklumat palsu bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang kebertanggungjawaban dalam menggunakan platform digital dan juga memastikan kesahihan sebuah maklumat atau berita. Selain itu, advokasi ini juga boleh memberi pengetahuan awal agar sentiasa berhati-hati dalam mempercayai sesuatu sumber berita dan tidak menyebarkan tanpa membuat kesahihan.

Aktiviti

Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau dan dimulaikan dengan sesi penerangan tentang maklumat palsu dan langkah-langkah menangani berita atau maklumat palsu di dalam kalangan para pelajar. Seterusnya, aktiviti kuiz dijalankan bagi menguji minda serta kefahaman para komuniti tentang kesedaran maklumat palsu.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Hari pembukaan kedai IKS Mart KM ini adalah dua inisiatif yang diambil kerajaan bagi membantu usahawan IKS mempromosi dan menjual barangan keluaran mereka. Selain itu, program ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam membantu usahawan IKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Tambahan pula, Program Pemasaran Produk IKS sabah ini juga adalah kerjasama diantara DIDR bagi memasarkan produk keluaran Sabah ke seluruh cawangan.Petugas mengambil peluang kerjasama sebagai tenaga pengajar untuk melatih dan memberi bimbingan kepada usahawan-usahawan produk IKS yang berdaftar produk di IKS Mart Kota Marudu dan menambah bilangan Ahli PEDi Kg Ranau.

Aktiviti

PEDi Kluster KM berkerjasama dalam membimbing Usahawan ke arah Digital dan IKS mart KM merupakan platform atau tempat untuk membantu usahawan tempatan sabah dalam memasarkan produk tempatan agar lebih dikenali diseluruh tempat. Seterusnya, terdapat pelbagai jenis produk usahawan tempatan yang sudah berada di cawangan iks mart km. Antara produk usahawan tempatan seperti sambal, "frozen food", biskut kering, kerepek, kraftangan dan pelbagai jenis produk yang dikeluarkan oleh usahawan tempatan sabah. Oleh itu, usahawan IKS juga tidak hanya memfokuskan perniagaan mereka dalam pasaran tempatan sebaliknya menggunakan sepenuhnya platform e-dagang yang kini menjadi pilihan ramai.

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Karnival STEM & Pembelajaran Digital dibawah program TS25 2022 yang dianjurkan oleh SK Ranau, Kota Marudu pada 14 - 15 September 2022. Selain itu, majlis pembukaan program yang telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu dan majlis penangguhan dirasmikan oleh Yb Dato Dr Sri Ruddy Bin Awah selaku Pembantu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah.

Aktiviti

PEDi Kg Ranau juga telah dijemput untuk mengadakan pameran booth agar hebahan maklumat kepada komuniti dapat disampaikan melalui program tersebut. Seterusnya, Rakan Digital juga telah membawa dan mempromosikan produk-produk usahawan tempatan yang telah dibimbing oleh PEDi Kg Ranau. Disamping itu, petugas juga telah membuat beberapa aktiviti seperti kuiz dan pendaftaran ahli baharu PEDi serta mempromosikan lagi E-Tuisyen kepada komuniti setempat.

Gambar Disini