Tujuan

Kelas Advokasi ini dijalankan di PEDi Kg Ranau bersama pelajar sekolah menengah. Tajuk yang disampaikan dalam kelas ini berkaitan dengan klik dengan bijak iaitu kempen KDB positif & produktif. Selain itu, kempen KDB ini menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna. Aktiviti ini juga memberikan penjelasan kepada para pelajar sekolah menengah mengenai pendekatan yang difokuskan dalam kempen tersebut.

Aktiviti

Kelas advokasi ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas tentang kempen yang dilancarkan oleh klik dengan bijak dengan menggunakan medium youtube. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan kesedaran dalam diri para pelajar sebagai pengguna internet yang produktif dan menyebarkan kandungan positif kepada masyarakat. Oleh itu, aktiviti ini boleh dijalankan lagi bagi memberi pendedahan yang lebih luas kepada tontonan umum mengenai kempan klik dengan bijak.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Microsoft Word Level 1 bersama pelajar sekolah menengah ini dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran mengenai Microsoft Office Word 2016. Selain itu, objektif kelas ini juga dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini khususnya bagi pelajar yang menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan kertas kerja.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan mengenai komponen Microsoft word serta fungsi yang terdapat di dalam Ms Word 2016. Selain itu, petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat dalam Ms Word 2016. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas seperti ini. Sepanjang kelas ini berlangsung, para pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang Ms Word 2016 yang membantu para pelajar khususnya di peringkat Sekolah Menengah dalam penggunaan ICT.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada pelajar sekolah menengah. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Pengenalan komputer kepada para peserta dapat membantu mereka menyiapkan tugasan dengan cepat dan mudah. Selain itu, kepentingan penggunaan komputer dapat menghilangkan tekanan dengan menggunakan komputer kerana kita boleh mendengar lagu, bermain permainan komputer, melayari internet dan sebagainya. Di samping itu, para pelajar juga boleh mendapatkan maklumat tambahan bagi rujukan dalam pembelajaran.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan asas komputer oleh petugas. Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Selain itu, para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer dan peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Sepanjang kelas dijalankan, petugas memastikan SOP  dipatuhi oleh para peserta yang mengikuti kelas pengenalan komputer ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

En. Nasir menggunakan perkhidmatan komputer dan internet bagi mengikuti kursus pemerkasaan inovasi ekonomi komuniti rukun tetangga secara dalam talian. Selain itu, komuniti juga boleh menggunakan perkhidmatan komputer dan lain-lain jenis perkhidmatan di PEDi Kg Ranau seperti menjadikan PEDi sebagai one-stop center dan boleh menggunakan perkhidmatan yang sedia ada seperti mencetak serta fotokopi. Oleh itu, aktiviti ini dapat mencapai objektif penubuhan PEDi yang memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar.

Aktiviti

En. Nasir menghadiri kursus pemerkasaan inovasi ekonomi komuniti rukun tetangga secara dalam talian bagi tahun 2022 siri 2. Di samping itu, petugas juga akan memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung yang berada di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini