Tarikh : 19 Oktober 2022 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas cipta logo stiker ini bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para pelajar bagi menghasilkan sebuah logo stiker yang menarik untuk kegunaan dimasa akan datang. Kewujudan teknologi yang digunakan dapat memberi manfaat terhadap para pelajar sekolah disamping dapat menimba ilmu akan penggunaan ICT.
Aktiviti
Kelas cipta logo produk ini dikendalikan oleh petugas PEDi Kg Ranau. Para pelajar sekolah juga telah diberikan tugasan untuk menghasilkan sebuah logo mengikuti kreativiti masing-masing mereka. Secara keseluruhannya, aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran para pelajar dalam pengeditan logo stiker.
Tarikh : 18 Oktober 2022 Masa : 2.00Pm- 3.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Kelas keusahawanan iaitu kelas membuat logo produk ini bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana menghasilkan sebuah logo yang menarik bagi kegunaan produk dan perkhidmatan mereka. Kewujudan teknologi yang digunakan dapat memberi manfaat terhadap pekerjaan mereka serta dapat menimba ilmu tentang penggunaan ICT.
Aktiviti
Kelas membuat logo produk ini dilakukan secara teori dan praktikal iaitu dengan menggunakan perisian canva daripada petugas PEDi Kg Ranau. Kelas ini dijalankan untuk membantu para usahawan mencipta logo produk mereka dengan penggunaan aplikasi canva. Hal ini kerana, logo yang mereka hasilkan akan diletakan di produk mereka untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran. Oleh itu, usahawan telah mengambil peluang untuk mengikuti latihan keusahawanan ini agar kemahiran dalam mencipta logo produk dapat ditingkatkan lagi.
Tarikh : 12 Oktober 2022 Masa : 2.00Pm- 3.00Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas keusahawanan iaitu cipta stiker labeling produk bertujuan untuk memberi penambahbaikan dalam perniagaan yang dijalankan oleh para usahawan. Latihan keusahawanan ini dapat membantu usahawan untuk mencipta stiker bagi produk mereka untuk meningkatkan kualiti pembungkusan produk. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan para usahawan mikro perusahaan kecil dan sederhana.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet dan dimulaikan dengan sesi pengenalan latihan keusahawanan stiker labeling produk daripada petugas PEDi. Selain itu, penghasilan stiker ini juga merupakan platform maklumat tentang produk tersebut. Dengan adanya, stiker label pelanggan dapat mengetahui maklumat perniagaan terutamanya bagi perniagaan produk makanan dan minuman dimana ramuan yang usahawan gunakan serta fakta pemakanan adalah penting untuk diletakkan sebagai salah satu aspek packaging dan melabelkan produk.
Tarikh : 17 Oktober 2022 Masa : 2.00Pm- 3.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas asas penjagaan komputer ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas dalam menjaga komputer dengan cara yang betul kepada para peserta. Selain itu, kelas ini dapat memperkenalkan lagi kepada para pelajar khususnya pelajar sekolah rendah tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Oleh itu, kelas ini juga boleh membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang komponen-komponen yang terdapat dalam komputer.
Aktiviti
Para peserta diberikan penerangan tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal oleh petugas. Selain itu, para peserta juga diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer untuk memudahkan mereka lebih memahami mengenai penjagaan komputer yang betul. Tambahan pula, para peserta diberikan sedikit pengenalan mengenai virus-virus yang boleh mengakibatkan komputer dalam keadaan bahaya dan bagaimana cara untuk mengelakkan komputer daripada terkena virus. Di samping itu, petugas juga mengadakan aktiviti kuiz bagi menguji tahap kefahaman para pelajar tentang asas penjagaan komputer.
Tarikh : 11 Oktober 2022 Masa : 2.00Pm- 3.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan Whatsapp Business ini bertujuan untuk membantu usahawan yang ingin mempromosikan lagi produk mereka dengan menggunakan aplikasi whatsapp business selain daripada aplikasi shopee. Selain itu, petugas juga telah memberikan penerangan tentang cara-cara untuk membuat whatsapp business dengan lebih terperinci. Dengan adanya aplikasi whatsapp business ini, ia dapat memudahkan para usahawan untuk berhubung dengan pelanggan secara lebih cepat.
Aktiviti
Petugas memberikan sedikit penerangan mengenai cara untuk membuat whatsapp business dengan menggunakan telefon pintar. Seterusnya, whatsapp business juga dapat memudahkan usahawan untuk membuat profil bisnes dan katalogue bagi produk mereka. Kelebihan yang ada pada whatsapp business ini boleh meningkatkan lagi jualan produk usahawan dengan membuat iklan. Oleh itu, para usahawan kini mudah untuk berkomunikasi dengan pelanggan secara atas talian.