Tujuan

En. Mursidi menggunakan perkhidmatan komputer dan internet bagi tujuan membuat permohonan lesen kejurulatihan baharu secara atas talian. Selain itu, komuniti juga boleh menggunakan perkhidmatan komputer dan lain-lain jenis perkhidmatan di PEDi Kg Ranau seperti menjadikan PEDi sebagai one-stop center. Oleh itu, aktiviti ini dapat mencapai objektif penubuhan PEDi yang memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar.

Aktiviti

En. Mursidi membuat permohonan lesen kejurulatihan baharu untuk mendapatkan kad lesen dan sijil kejurulatihan sebagai pengakuan pengiktirafan di peringkat kebangsaan. Objektif bagi program ini adalah untuk mengiktiraf jurulatih yang lulus Sijil Sains Sukan Spesifik mengikut tahap kepada kelayakan Lesen C, Lesen B, dan Lesen A. Di samping itu, petugas juga akan memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung yang berada di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini mengenai asas penyuntingan gambar yang bertujuan untuk membantu pelajar sekolah menengah dalam proses penyuntingan gambar dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. Selain itu, pelajar juga dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka pelajari dalam penyuntingan gambar untuk menghasilkan sebuah gambar yang menarik. Di samping itu, kelas ini dapat meningkatkan pengetahuan asas tentang cara melakukan proses penyuntingan gambar dengan pelbagai jenis grafik yang terdapat dalam adobe photoshop.

Aktiviti

Kelas ini dimulai dengan petugas memberi penerangan tentang fungsi-fungsi adobe Photoshop dan setiap komponen yang ada dalam aplikasi itu. Seterusnya, petugas juga telah menjelaskan fungsi utama adobe Photoshop yang membolehkan mereka menyunting imej dan poster mengikut kreativiti tersendiri. Di samping itu, petugas juga ada memberikan contoh untuk menghasilkan gambar dengan menggunakan adobe Photoshop.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

En. Sobri menggunakan perkhidmatan komputer dan internet bagi tujuan membuat permohonan baru sijil Pukonsa bagi kontraktor kerja secara atas talian. Selain itu, komuniti juga boleh menggunakan perkhidmatan komputer dan lain-lain jenis perkhidmatan di PEDi Kg Ranau seperti menjadikan PEDi sebagai one-stop center. Oleh itu, aktiviti ini dapat mencapai objektif penubuhan PEDi yang memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar.

Aktiviti

En. Sobri membuat permohonan baru dan kemaskini sijil Pukonsa untuk memastikan kontraktor beliau dapat diteruskan. Objektif bagi sistem ini adalah untuk mengurus kemudahan-kemudahan pinjaman dan lain-lain bagi kepentingan anggotan perkhidmatan awam dengan cekap dan berkesan. Di samping itu, petugas juga akan memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung yang berada di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Para pelajar lepasan Spm menggunakan perkhidmatan komputer dan internet di PEDi Kg Ranau sebagai tempat untuk menjawab peperiksaan (ujian kelayakan calon guru) secara atas talian. Selain itu, aktiviti ini dapat mencapai objektif penubuhan PEDi dengan memberi fokus perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar.

Aktiviti

Petugas membantu dari segi menyediakan komputer dan tempat untuk digunakan oleh para pelajar dalam menduduki peperiksaan secara atas talian. Sepanjang peperiksaan dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh setiap pengguna.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti e-learning bahasa melayu ini dijalankan untuk membantu meningkatkan ilmu kemahiran dan penguasaan tatabahasa para pelajar didalam menggunakan kata kerja bagi menyelesaikan latihan yang diberikan. Selain itu, aktiviti ini diadakan untuk mengisi masa lapang pelajar dengan perkara yang bermanfaat. Peserta yang mengikuti aktiviti ini merupakan pelajar darjah 3 Sk Ranau, Kota Marudu.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan di PEDi Kg Ranau. Para pelajar diberikan penerangan tentang e-learning bahasa malaysia khususnya penggunaan kata kerja. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan laman web https://wordwall.net/ms/resource/9902770/bahasa-melayu/darjah-2-3-kata-kerja untuk memudahkan para pelajar mengikuti aktiviti ini. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh setiap pengunjung yang berada di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini