Tarikh : 16 Mei 2022 Masa : 2.00 Pm - 3.00 Pm Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu para pelajar lepasan spm membuat resume bagi permohonan pekerjaan. Selain itu, objektif kelas ini juga untuk memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan menggunakan aplikasi google meet. Selain itu, petugas juga memberikan sedikit penerangan mengenai Ms Word 2016 yang digunakan untuk membuat resume. Pelajar boleh mengakses template resume dengan menggunakan Ms Word 2016 kemudian memasukkan maklumat ke dalam template resume itu untuk melengkapkan profile maklumat diri. Petugas juga menjelaskan contoh resume terbaik yang boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.
Tarikh : 13 Mei 2022 Masa : 10.00 Am - 11.00 Am Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas ini sesuai bagi usahawan yang ingin memulakan perniagaan mereka dengan menggunakan aplikasi shopee untuk meningkatkan pemasaran perniagaan. Selain itu, petugas juga memberikan penerangan tentang cara-cara membuka akaun shopee dengan menunjukkan slide pembentangan. Latihan keusahawanan ini dapat membantu para peserta dengan lebih yakin membina kedai online menggunakan aplikasi shopee untuk menjual produk sekaligus dapat merapatkan jurang digital kepada usahawan di luar bandar.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan menggunakan aplikasi google meet. Petugas juga menerangkan tentang asas menjual di shopee dengan membincangkan cara mula berniaga, bagaimana mendapatkan free shiping serta cara untuk menguruskan tempahan di shopee. Di samping itu, sesi soal jawab juga diadakan untuk memastikan para peserta lebih memahami objektif kelas ini.
Tarikh : 12 Mei 2022 Masa : 11.00 Am- 12.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Siti Rafidah merupakan seorang pelajar uitm yang menggunakan perkhidmatan perisian komputer seperti Ms Word 2016 dan Google untuk menyelesaikan tugasan kerja beliau. Disamping itu, beliau turut menggunakan perkhidmatan cetakan yang terdapat di Pusat Internet. Oleh itu, aktiviti ini dapat mencapai objektif penubuhan PEDi dengan memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar.
Aktiviti
Siti Rafidah menggunakan Ms Word 2016 bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah beliau. Selain itu, Siti Rafidah juga dapat mengakses internet untuk membuat rujukan atau mencari maklumat tambahan mengenai tugasan beliau. Petugas memastikan komuniti mematuhi setiap SOP semasa berada di PEDi.
Tarikh : 12 Mei 2022 Masa : 2.00 Pm - 4.00 Pm Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan bagi mengasah bakat komuniti dalam asas menyunting video editing dan menarik minat mereka dalam bidang media digital. Selain itu, peserta juga dapat mengetahui tentang penyunting video yang menggunakan aplikasi CyberLink yang memudahkan peserta untuk menyunting video mengikut kreativiti masing-masing.
Aktiviti
Kelas bermula dengan sesi penerangan cara menggunakan aplikasi CyberLink dan kepentingan menyunting video untuk kegunaan pembelajaran dan penghasilan video produk usahawan. Seterusnya, peserta akan diajar oleh petugas untuk membuat video dan menerangkan komponen yang terdapat dalam aplikasi video tersebut. Oleh itu, peserta dapat menggunakan hasil suntingan mereka dalam menghasilkan video produk mereka.
Tarikh : 10 Mei 2022 Masa : 10.00 Am - 11.00 Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
En. Alexander menggunakan perkhidmatan komputer dan internet bagi tujuan membuat permohonan online e-filing (LHDNM) 2022. Di samping itu, komuniti juga boleh menggunakan perkhidmatan komputer dan lain-lain jenis perkhidmatan di PEDi Kg Ranau seperti menjadikan PEDi sebagai one-stop center. Aktiviti ini dapat mencapai objektif penubuhan PEDi yang memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar.
Aktiviti
En. Alexander membuat permohonan online e-filing bagi tahun 2022. Aplikasi e-filing merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar borang nyata cukai pendapatan serta borang anggaran secara dalam talian. Di samping itu, petugas juga memastikan komuniti mematuhi setiap SOP semasa berada di PEDi.