Aktiviti

Ahli PEDi mengikuti temuduga rakan digital secara atas talian dengan menggunakan zoom meeting. Sepanjang sesi temuduga ini berlangsung, petugas memastikan SOP dipatuhi semasa berada di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini

Pelajar boleh membuat permohonan, semakan, dan kemaskini hal ehwal berkaitan kemasukan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institut kemahiran awam.

Aktiviti

Ahli PEDi kampung Ranau menggunakan perkhidmatan komputer dan internet untuk membuat permohonan dan kemaskini sistem Upu. Ahli PEDi juga terdiri daripada pelajar lepasan spm dan stpm. Sepanjang kelas ini berlangsung, petugas memastikan SOP dipatuhi. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Teknik Mail Merge bersama ahli PEDi kampung Ranau dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan dengan Microsoft Word. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Bertujuan bagi memberi latihan yang lebih praktikal kepada peserta agar lebih memahami penggunaan teknik mail merge dalam menyediakan sijil penghargaan, sijil penyertaan dan sebagainya.

Aktiviti

Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Word 2016. Petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Word 2016. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka  dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung, petugas memastikan SOP dipatuhi. 

Gambar Disini

Aktiviti coloring dijalankan menggunakan perkhidmatan komputer di PEDi kampung RanauSelain itu, objektif aktiviti ini dijalankan bagi mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Bertujuan bagi meningkatkan daya tumpuan mereka untuk menyiapkan tugasan dan mereka juga dapat belajar merancang untuk memilih warna apa yang akan digunakan bagi mewarna gambar tersebut.

Aktiviti

Aktiviti dijalankan dengan menggunakan laman web https://my.qwertygame.com/tags/coloring-games/Para peserta telah diberikan satu gambar untuk mereka warnakan dengan mengikuti kreativiti masing-masing. Petugas juga telah memantau mereka dalam aktiviti ini dari segi penggunaan komputer tersebut. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka  dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung , petugas memastikan SOP dipatuhi. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Excel bersama pelajar sekolah menengah ini dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Excel 2016. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.

Aktiviti

Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Excel 2016. Petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Excel 2016. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka  dengan adanya kelas ini. Sepanjang kelas ini berlangsung, diharap dapat banyak membantu para pelajar khususnya di peringkat Sekolah Menengah mahir dalam penggunaan ICT.

Gambar Disini