Tarikh : 13 April 2022 Masa : 9.00 Am - 11.00 Am Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kelas Multimedia mengenai Adobe Photoshop bagi sesi 2 membincangkan tentang asas penyuntingan imej yang bertujuan untuk memberi kemahiran menyunting gambar secara berterusan kepada komuniti dengan mempelajari asas penggunaan perisian ini untuk membuat gambar seperti logo. Di samping itu, para komuniti dapat mengaplikasikan kemahiran yang mereka pelajari dalam menghasilkan sebuah grafik atau imej yang menarik bagi hasil kerja mereka dengan lebih kreatif.
Aktiviti
Kelas ini turut menerangkan tentang aplikasi adobe photoshop untuk menghasilkan gambar yang menarik dan kreatif. Petugas telah menjelaskan fungsi-fungsi adobe photoshop dan setiap komponen yang terdapat dalam aplikasi itu. Selain itu, petugas telah memberikan satu contoh untuk menghasilkan gambar logo dengan mudah dan menarik. Terdapat banyak kegunaan adobe photoshop yang boleh digunakan bagi menghasilkan gambar, poster, banner, dan logo.
Tarikh : 10 April 2022 Masa : 9.00 Am - 11.00 Am Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas Multimedia pembelajaran mengenai asas penyuntingan imej ini bertujuan untuk membantu komuniti dalam menyunting imej dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. Aktiviti ini dapat memberikan pengetahuan asas tentang cara melakukan proses penyuntingan gambar dengan pelbagai jenis grafik yang ada dalam adobe photoshop.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi adobe photoshop dan setiap komponen yang ada dalam aplikasi itu. Selain itu, petugas juga menjelaskan tentang fungsi utama adobe photoshop dimana ia boleh mencantikan lagi gambar atau membersihkan objek agar gambar kelihatan cantik dan menarik. Di samping itu, para peserta dapat mengetahui dengan menggunakan adobe photoshop ia dapat mengkombinasikan dua gambar dan meningkatkan keamatan cahaya gambar agar terlihat lebih terang. Secara keseluruhannya, petugas memastikan para peserta dapat memahami tentang asas penggunaan adobe photoshop.
Tarikh : 05 April 2022 Masa : 2.00 Pm - 4.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Advokasi youtube dan google ini dapat membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat tentang kerja-kerja sekolah dimana mereka boleh menggunakan perkhidmatan komputer dan internet di PEDi Kg Ranau bagi memudahkan mereka untuk membuat kerja sekolah. Aktiviti ini juga dapat mencapai objektif penubuhan PEDi yang memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Aktiviti
Peserta menggunakan perkhidmatan komputer untuk mencari maklumat mengenai kerja sekolah. Di samping itu, petugas juga akan memastikan SOP dipatuhi oleh pengujung yang menggunakan perkhidmatan ICT di PEDi Kg Ranau.
Tarikh : 07 April 2022 Masa : 10.00 Am - 12.00 Pm Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Kelas Excel bersama komuniti ini dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Excel 2016. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Excel 2016. Petugas menyediakan nota latihan dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Excel 2016. Selain itu, petugas juga menerangkan tentang fungsi asas simbol (pengiraan) dalam excel dan mengenali ruang seperti colum, row, dan cell. Di samping itu, para peserta dapat mengetahui cara meletak border dan charts untuk membantu mereka mengenali lebih banyak fungsi Ms Excel. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan adanya kelas ini.
Tarikh : 05 April 2022 Masa : 08.30 Am - 10.30 Am Lokasi : Aplikasi Google Meet Peserta : 12 Orang |
Tujuan
Latihan Keusahawanan dengan tajuk Wordpress bertujuan untuk memberi penerangan tentang bagaimana untuk membuat satu laman web bagi mempromosikan jualan produk secara atas talian. Latihan Keusahawanan merupakan satu usaha untuk membantu para peserta menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan secara online. Selain itu ia juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan para usahawan mikro perusahaan kecil dan sederhana.
Aktiviti
Kelas ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet. Kelas ini juga dimulai dengan sesi pengenalan latihan keusahawanan tentang penggunaan wordpress dengan mengakses template secara percuma untuk mendapatkan laman web yang diingikan bagi mempromosikan lagi produk jualan. Secara keseluruhannya, latihan keusahawan ini mendapat sambutan yang baik dan sangat bermanfaat kepada para usahawan yang berminat didalam dunia perniagaan secara online.