Tujuan

Advokasi youtube ini dijalankan untuk membantu pelajar lebih memahami dan mengetahui cara penggunaan sempoa pada tahap 1. Selain itu, pelajar juga dapat menggunakan sempoa dengan formula tambah, tolak, darab dan bahagi yang membolehkan jumlah hitungan dapat diperolehi. Disamping itu, ia  juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu pengiraan dalam kalangan pelajar.

Aktiviti

Kelas ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas PEDi Kg Ranau mengenai asas-asas sempoa. Aktivit ini dijalankan di PEDi Kg Ranau dengan memastikan SOP dipatuhi oleh peserta. Peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang sempoa tahap 1.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan Keusahawanan dengan tajuk E-commerce bertujuan untuk memberi penerangan tentang proses jual beli produk dengan cara elektronik seperti aplikasi mudah alih dan internet dalam perniagaan yang dijalankan. Latihan Keusahawanan merupakan satu usaha untuk membantu para peserta menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan secara online. Selain itu ia  juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan para usahawan mikro perusahaan kecil dan sederhana. 

Aktiviti

Kelas ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet dan beberapa peserta yang mengikuti kelas ini di PEDi Kg Ranau. Kelas ini juga dimulai dengan sesi pengenalan latihan keusahawanan tentang E-commerce dengan topik google sites yang membantu para usahawan untuk membuat laman web tentang perniagaan mereka. Secara keseluruhannya, latihan keusahawan ini mendapat sambutan yang baik dan sangat bermanfaat kepada para usahawan yang berminat didalam dunia perniagaan secara online. 

Gambar Disini

Program Advokasi ini dijalankan secara atas talian melalui platform Google Meet. Bertujuan bagi memberi kesedaran kepada warga komuniti setempat atau ahli PEDi akan kebertanggungjawaban dalam menggunakan platfrom digital dan juga dalam mensahihkan sesebuah informasi atau berita secara alam maya. Memberi kesedaran agar sentiasa berhati-hati dalam mempercayai sesuatu sumber berita dan tidak menyebarkan tanpa membuat kesahihan.

Aktiviti

Program dimulai dengan sesi penerangan tentang maklumat palsu dan langkah-langkah menangani berita atau maklumat palsu di dalam kalangan Komuniti. Seterusnya, aktiviti kuiz dijalankan bagi menguji minda serta kefahaman para komuniti tentang pemahaman atau kesedaran maklumat palsu.

Gambar Disini

Pn.Julainah menggunakan perkhidmatan komputer dan internet bagi tujuan membuat permohonan pengeluaran khas kwsp 2022. Di samping itu, komuniti juga boleh menggunakan perkhidmatan komputer dan lain-lain jenis perkhidmatan di PEDi Kg Ranau seperti menjadikan PEDi sebagai one-stop center. Aktiviti ini dapat mencapai objektif penubuhan PEDi yang memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar bandar.

Aktiviti

Pn.Julainah membuat permohonan pengeluaran khas kwsp 2022. Petugas memastikan komuniti mematuhi setiap SOP semasa berada di PEDi.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan Keusahawanan dengan tajuk Perbezaan logo dan stiker label bertujuan untuk memberi penerangan tentang perbezaan logo dan stiker label dalam perniagaan yang dijalankan. Latihan Keusahawanan merupakan satu usaha untuk membantu para peserta menjana pendapatan menerusi platform digital dimana mereka akan mempelajari teknik-teknik asas perniagaan secara online. Selain itu ia  juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kalangan para usahawan mikro perusahaan kecil dan sederhana. 

Aktiviti

Kelas ini dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet  dan dimulai dengan sesi pengenalan latihan keusahawanan tentang perbezaan logo dan stiker label daripada petugas PEDi.  Secara keseluruhannya, latihan keusahawan ini mendapat sambutan yang baik dan sangat bermanfaat kepada para usahawan yang berminat didalam dunia perniagaan secara online. 

Gambar Disini