Tarikh : 09 Mei 2022 Masa : 2.00 Pm - 3.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menyunting poster dengan menggunakan aplikasi canva secara percuma. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari asas penggunaan aplikasi ini bagi menghasilkan poster yang menarik dengan mengikuti kreativiti tersendiri.
Aktiviti
Kelas ini dimulakan dengan sesi penerangan kepada peserta iaitu cara yang lebih mudah untuk menyunting poster mereka. Selain itu, petugas juga turut memberikan contoh template yang boleh digunakan oleh peserta secara percuma. Aktiviti ini juga dapat memberikan pengetahuan asas kepada peserta dalam menyunting poster dan imej dengan menggunakan aplikasi canva. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh setiap pengguna.
Tarikh : 07 Mei 2022 Masa : 9.30 Am - 10.30 Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar sekolah rendah tentang maksud buli siber dan kesan buli siber kepada seseorang individu atau masyarakat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT dan keselamatan penggunaan internet seperti "Klik Dengan Bijak" sebagai pengguna internet pada masa kini. Aktiviti ini dijalankan agar pelajar sentiasa didedahkan dengan etika dan keselamatan internet agar tidak disalahgunakan dan juga sentiasa berwaspada apabila melayari internet.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan di PEDi Kg Ranau dengan 5 orang pelajar sekolah rendah. Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video buli siber dilaman youtube. Kemudian petugas memberikan sedikit penerangan tentang kesedaran keselamatan ketika menggunakan internet dan kuiz online juga diadakan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh setiap pengguna.
Tarikh : 16 April 2022 Masa : 2.00 Pm - 3.00 Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
En Yusup Bakrin merupakan seorang penjawat awam yang menggunakan PEDi Kg Ranau sebagai tempat menyiapkan tugasan akhir dan peperiksaan semester akhir sebagai pelajar OUM dalam jurusan Diploma Pengurusan Sumber Manusia.
Aktiviti
Petugas membantu dari segi menyediakan komputer dan tempat untuk digunakan oleh En Yusup dalam menduduki peperiksaan secara atas talian. Sepanjang peperiksaan dijalankan, petugas memastikan SOP dipatuhi oleh setiap pengguna.
Tarikh : 17 April 2022 Masa : 10.00 Am - 12.00 Pm Lokasi : Menggunakan aplikasi StreamYard dan Live Facebook Peserta : 146 Views & 12 Orang Peserta |
Tujuan
Program Live PEDi Kg Ranau dengan tajuk Ramadhan Norma Baharu & Advokasi KDB diadakan secara live di PEDi Kg Ranau. Panel jemputan untuk program ini adalah Ustaz Wan Mohd Nasir merupakan seorang guru pendidikan islam di Smk Mewah, Negeri Sembilan. Bicara santai ramadhan ini bertujuan untuk membincangkan tentang ramadhan norma baharu dan advokasi kdb yang membawa topik-topik hangat seperti keistimewaan ramadahan, hikmah dan kelebihan berpuasa, adab ketika berpuasa, juga perbezaan puasa sebelum norma baharu dan kini dalam norma baharu. Selain itu, bicara santai ramadhan ini juga ada diselitkan taklimat advokasi tentang cara menggunakan media sosial secara positif.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi pengenalan latar belakang panel jemputan iaitu Ustaz Wan Mohd Nasir dan dibantu oleh Pn. Wanrifah sebagai moderator. Ustaz Wan menerangkan tentang konsep ramadhan norma baharu dan amal ibadah di bulan ramadhan bersama hikmah berpuasa. Di samping itu, bicara santai ini juga ada mengupas isu viral azan radio awal yang menjadi bualan netizen. Akhir daripada aktiviti ini sesi soal jawab bersama panel jemputan dan komuniti juga dijalankan untuk lebih memahami tentang konsep ramadhan. Bicara santai ini dapat menyedarkan komuniti tentang keisitimewaan bulan ramadhan dalam norma baharu dan dapat sedikit ilmu tentang pentingnya penggunaan media sosial secara positif agar tidak disalahgunakan oleh golongan komuniti.
Tarikh : 16 April 2022 Masa : 9.00 Am - 11.00 Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Aktiviti advokasi youtube diy sampul raya ini dijalankan untuk meningkatkan tahap kekreatifan pelajar dalam menghasilkan sampul raya secara diy. Aktiviti ini juga boleh memberikan manfaat kepada pelajar tentang cara menyiapkan tugasan mengikut arahan yang diberikan. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat mencapai objektif penubuhan PEDi yang memberi fokus kepada perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan di PEDi Kg Ranau. Peserta telah diberikan kertas A4 dan warna untuk menghasilkan sampul raya mengikut kreativiti tersendiri. Di samping itu, petugas juga akan memastikan SOP dipatuhi oleh pengujung yang menggunakan perkhidmatan di PEDi Kg Ranau.