Tarikh : 02 September 2021 Masa : 10.00 Am- 5.00 Pm Lokasi : Aplikasi Quizizz Peserta : 25 Orang |
Tujuan
Aktiviti kuiz ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan tema "Malaysia Prihatin"demi menyampaikan mesej setia kepada negara walaupun pada ketika ini negara berdepan Covid 19. Aktiviti menjawab kuiz dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan ahli komuniti PIK . Selain itu,ahli komuniti juga dapat memahami kepentingan sebuah negara merdeka, menghargai pemimpin dan jasa pejuang agar sejarah kemerdekaan ini tidak hilang ditelan oleh arus pemodenan.
Aktiviti
Petugas PIK menyediakan soalan kuiz menggunakan aplikasi Quizizz dan dihantar ke group whatsApp. Aktiviti menjawab kuiz kemedekaan diadakan untuk menghidupkan sambutan bulan kebangsaan. Peserta yang dapat menjawab dengan betul akan mendapat hadiah yang telah disediakan.
Tarikh : 14 Ogos 2021 Masa : 10.00Am- 11.30Am Lokasi : PIK Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah atau PdPR 2.0 telah bermula sejak pada 16 Mei 2021 kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa di sebabkan penularan penyakit Covid-19 banyak aktiviti terpaksa di hentikan buat sementara waktu. Oleh itu, para guru mengadakan pembelajaran atas talian dengan menggunakan platform aplikasi Zoom dan Google Meeting kepada para pelajar yang terjejas akibat pandemik tersebut.
Aktiviti
Pelajar yang menggunakan kemudahan di PIK perlu mematuhi SOP yang telah disediakan. Kaedah pembelajaran di PIK ini di lihat sangat efektif pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan kemudahan yang terdapat di PIK.
Tarikh : 20 Ogos 2021 Masa : 3.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Kelas ICT secara atas talian dengan kerjasama dari PIK Kluster Kota Marudu. Tenaga pengajar iaitu Cik Anim Sri Mastika pengurus PIK Kg Tingkalanon dan dibantu oleh petugas-petugas yang lain. Kelas Microsoft Word Level 2 diteruskan. Kelas ini bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2013 kepada para peserta seperti cara-cara membuat poster. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Kelas ICT ini dijalankan secara atas talian menggunakan google meet dan para peserta diajar untuk mngenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Word 2013. Cik Anim mengadakan sesi interaktif bersama peserta dengan bertanyakan soalan dan pendapat.Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka 2013 dengan adanya kelas ini.
Tarikh : 21 Ogos 2021 Masa : 2.30Pm- 3.30Pm Lokasi : Menggunakan aplikasi StreamYard dan Live Facebook Peserta : 214 Views |
Tujuan
Program Live Pusat Internet Komuniti Kg Ranau dengan tajuk Digital Entrepreneurship Komuniti Luar Bandar diadakan secara live di Page Facebook Menarik di Kota Marudu. Panel jemputan untuk program ini adalah Coach Farhana merupakan Master Trainer eUsahawan MDEC. Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat supaya golongan usahawan diluar bandar mengambil peluang untuk menyertai kelas eUsahawan yang dianjurkan oleh mana-mana agensi kerajaan dan NGO. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan dalam kemahiran keusahawanan untuk mengharungi cabaran global ini.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi pengenalan latar belakang panel jemputan iaitu Coach Farhana dan dibantu oleh Pn.Cerlinda sebagai moderator. Coach Farhana menerangkan cabaran-cabaran dan kebaikan menggunakan digital platform pada masa kini. Akhir daripada aktiviti ini sesi soal jawab bersama panel jemputan dan masyarakat. Walaupun masih dalam tempoh PKP perkongsian mengenai ilmu usahawan masih dapat disampaikan kepada masyarakat secara atas talian.
Tarikh : 19 Ogos 2021 Masa : 3.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Google Meet Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas ICT secara atas talian dengan kerjasama dari PIK Kluster Kota Marudu. Tenaga pengajar iaitu Cik Anim Sri Mastika pengurus PIK Kg Tingkalanon dan dibantu oleh petugas-petugas yang lain. Kelas Microsoft Word mempunyai 2 level, level 1 dijalankan pada hari ini. Kelas ini bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Office Word 2013 kepada para peserta. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.
Aktiviti
Kelas ICT ini dijalankan secara atas talian menggunakan google meet dan para peserta diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Word 2013. Secara keseluruhannya, para peserta dapat meningkatkan kemahiran ICT mereka 2013 dengan adanya kelas ini walaupun pada musim PKP.