Tujuan

Program Pendaftaran Vaksin Covid 19 yang dianjurkan di PIK Kg Ranau bertujuan membantu komuniti kampung termasuk warga emas yang berdepan kesukaran mendaftar program berkenaan melalui aplikasi MySejahtera. Usaha paparan poster di media sosial seperti Facebook, Group WhatsApp dan Instagram PIK mengenai pendaftaran vaksin Covid -19 melalui MySejahtera bagi memaklumkan kepada orang awam. Menerusi usaha itu, ia diharap dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan memerangi pandemik COVID-19.

 Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang cara-cara pendaftaran menggunakan MySejahtera secara ringkas kepada penerima vaksin Covid 19 tentang program ini. Diharapkan lebih ramai komuniti memanfaatkan kemudahan yang disediakan di PIK oleh SKMM untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.  Sepanjang program dijalankan, petugas  turut memastikan setiap komuniti mematuhi Sop PKPP.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Microsoft Paint 3D Animasi ini bertujuan untuk memberi kemahiran melakar lukisan berbentuk 3D kepada para pelajar dengan menggunakan komputer. Kelas ini juga bertujuan untuk mengasah bakat para pelajar dalam bidang lukisan digital melalui komputer selain daripada menjadikannya sebagai satu pengalaman ilmu baru dan juga hobi mereka. Kelas ini juga bertujuan agar mereka tahu fungsi-fungsi peralatan yang terdapat didalam Ms Paint 3D yang lebih menarik dan menyeronokkan dengan hasil lukisan gambar berbentuk model animasi 3D.  

Aktiviti

Petugas memberi penerangan tentang fungsi-fungsi peralatan yang ada didalam microsoft paint 3D dengan memberi tayangan video youtube tutorial kepada para pelajar.  Kemudian para pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik berdasarkan hasil kreativiti sendiri. Sepanjang aktiviti dijalankan, petugas  turut memastikan para peserta kelas mematuhi Sop PKPP.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kemahiran pembelajaran melalui online. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menguji minda para peserta, melatih kesabaran dan ketabahan dengan aktiviti permainan pembelajaran iaitu berdasarkan susunan gambar (Jigsaws Puzzle). Disamping itu, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan dapat memantapkan pengetahuan pelajar terhadap penggunaan ICT.

Aktiviti

Aktiviti dijalankan dengan menggunakan laman web www.jigsawsplanet.com. Sepanjang aktiviti dijalankan, petugas  turut memastikan para peserta kelas mematuhi Sop PKPP.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada ahli pi tentang kesan siber buli kepada seseorang individu dan juga kebaikan dan keburukan internet kepada mereka. Selain itu, memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT dan keselamatan penggunaan internet dengan "Klik Dengan Bijak" sebagai pengguna internet pada masa kini. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli pi waktu petang dan mendekatkan lagi mereka dengan PI Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video siber buli dilaman youtube. Kemudian petugas pi memberi sedikit penerangan tentang kesedaran keselamatan ketika menggunakan internet melalui laman web www.klikdenganbijak.com . Sepanjang aktiviti dijalankan, petugas  turut memastikan para peserta kelas mematuhi Sop PKPP.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Persatuan Guru-Guru KAFA Kota Marudu, Sabah menggunakan perkhidmatan komputer PIK Kg Ranau untuk mengemaskini  ( SIMPENI ) data maklumat kemasukan pelajar baru  . Mereka menggunakan laman web Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam ( SIMPENI ). Selain itu, tujuan lain program ini ialah bagi menyampaikan objektif Pusat Internet kepada komuniti kepada guru-guru Kafa Kota Marudu. 

Aktiviti

Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli baru PIK Kg Ranau dalam kalangan guru-guru kafa kota marudu.  Selepas itu, Para Petugas PI Kg Ranau menerangkan secara ringkas tentang Kemudahan yang terdapat dalam Pusat Internet ini. Guru-guru Kafa meneruskan tugasan mereka dengan menggunakan komputer dan kemudahan WIFI yang disediakan dalam PIK Kg Ranau. Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dengan baik. Sepanjang bengkel dijalankan, petugas memastikan SOP PKPP dipatuhi.

Gambar Disini