Tarikh : 06 Mac 2020 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 14 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi KDB & Dashboard Komuniti ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial. Disamping itu juga, mendedahkan dengan tidak pasti jangan kongsi kepada para pelajar melalui sebenarnya.my portal. Pembelajaran secara ringkas mengenai kepentingan Dashboard Komuniti turut diajar supaya para peserta lebih memahami kepentingan aplikasi ini untuk kegunaan komuniti setempat. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi. Melalui penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB dengan menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my dan para peserta dapat belajar keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan dan kesihatan melalui http://dashboard.pjk.com.my/home/main Penayangan video dan sesi menjawab kuiz yang telah disediakan oleh Petugas PI supaya pelajar lebih mengingati tajuk ini. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar.
Tarikh : 03 Mac 2020 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Kelas Animasi Ms Powerpoint 2016 ini dibuat supaya para pelajar mahir dan mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi-fungsi didalam microsoft power point. Para pelajar diajar cara memasukkan gambar dan memberi kesan (animasi) pergerakan keatas gambar dan teks yang digunakan. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas pembentangan dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian atau tugasan pada masa akan datang.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang fungsi-fungsi dan cara-cara menggunakan perisian Powerpoint. Pelajar akan menggunakan Ms Powerpoint 2016 untuk menulis dan membuat slide mereka. Setelah selesai , mereka dikehendaki membentangkan hasil kerja yang telah mereka buat. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar dapat meningkat kemahiran ICT mereka.
Tarikh : 15 Februari 2020 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Bengkel keusahawanan ini bertujuan supaya para peserta dapat belajar mengenal jenis-jenis sabun, mengenal cara memproses sabun yang betul. Para peserta juga dapat mengetahui dan menambah kemahiran serta peluang yang sedia ada untuk membantu meningkatkan pendapatan keluarga melalui penghasilan sabun handmade. Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama kakitangan Borneo Traditional Therapy Sdn Bhd sekaligus dapat memberi peluang - peluang keusahawan dalam kolongan belia dan surirumah. Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara peserta dan petugas PI.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan dengan memberi sedikit penerangan tentang kepentingan internet dalam bidang usahawan pada masa kini kepada para peserta. Selepas itu, pengajar dari Borneo Traditional Therapy menerangkan cara-cara untuk membuat sabun handmade secara praktikal 3 jenis sabun seperti buah, herba dan sabun biasa berpewangi dan bewarna. Seterusnya aktiviti membuat sabun tangan bersama peserta yang lain diteruskan.
Tarikh : 18 Februari 2020 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 15 Orang |
Tujuan
Kelas ICT Microsoft Paint 2016 ini diteruskan lagi untuk memberi kemahiran melukis kepada alhli baru dengan menggunakan komputer. Kelas ini juga bertujuan untuk mengasah bakat pelajar dalam bidang lukisan digital melalui komputer selain daripada menjadikannya sebagai satu pengalaman ilmu baru dan juga hobi mereka.
Aktiviti
Kelas dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi peralatan yang ada didalam Microsoft Paint kepada pelajar kemudian memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melakar lukisan dengan menggunakan perisian ini. Kemudian para pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik berdasarkan hasil kreativiti sendiri.
Tarikh : 13 Februari 2020 Masa : 8.30Am- 12.00Pm Lokasi : Sk Pekan Kota Marudu Peserta : 279 Orang |
Tujuan
Program ini merupakan Program Smart Junior yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu khas kepada para pelajar sekolah. Kluster Pusat Internet Kota Marudu mengambil kesempatan dengan melibatkan diri sebagai penceramah (Pengurus Pi Tandek) tentang Keselamatan penggunaan Internet (Klik Dengan Bijak) dan dibantu oleh Petugas dari Pi Kg Ranau dan juga Pi Tingkalanon. Program ini adalah bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturahim sekaligus mendapatkan kerjasama baik daripada pelbagai pihak. Selain itu juga, program adalah bertujuan menyampaikan kesedaran tentang kebaikan dan keburukan serta etika ketika melayari internet kepada para pelajar sekolah amnya.
Aktiviti
Aktviti dimulai dengan sesi ceramah Klik Dengan Bijak daripada Encik Boby addy Nasry (Pengurus Pi Tandek) dengan menekankan isu-isu keselamatan penggunaan internet kepada para pelajar iaitu oversharing, buli siber, sexting, cyber grooming dan sebagainya. Seterusnya perkongsian infografik video yang ditayangkan kepada para pelajar. Program ini juga diselangi dengan aktiviti menjawab kuiz dan hadiah diberikan kepada para pelajar yang menjawab dengan betul. Secara keseluruhannya, aktiviti sebegini amat baik sekiranya dapat diteruskan dan dijalankan di setiap Sekolah-sekolah untuk membuat program kesedaran Klik Dengan Bijak kepada para pelajar sebagai langkah pengetahuan dan pendedahan tentang keselamatan penggunaan Internet pada masa kini.