Tarikh : 05 November 2019 Masa : 2.00Pm- 3.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 13 Orang |
Tujuan
Aktiviti bertujuan untuk menguji minda dan pengetahuan para pelajar di Pusat Internet. Aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi serba sedikit pengetahuan asas kepada para pelajar tentang Pusat Internet melalui soalan kuiz. Dan bertujuan bagi mendekatkan ahli PI dengan Pusat Internet Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti adalah berbentuk soalan subjektif dan para pelajar perlu menjawab dalam esei. Secara keseluruhannya, aktiviti kuiz ini memberangsangkan kerana melalui jawapan daripada para pelajar petugas dapat mengetahui tahap pemahaman para ahli PI yang sering berkunjung ke PI dan dari segi apa pembelajaran dan kesedaran yang sudah mereka pelajari di Pusat Internet.
Tarikh : 04 November 2019 Masa : 2.00 Pm- 4.00 Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 12 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi suasana baharu kepada teknik pembelajaran advokasi yang menarik dan menyeronokkan kepada pelajar. Aktviti ini juga bertujuan menguji kreativiti para pelajar dalam menyampaikan sebuah maklumat melalui lagu dan muzik. Selain itu, aktiviti ini bertujuan bagi mendedahkan kepada mereka pentingnya medium ICT pada masa kini didalam penambahan ilmu dan pembelajaran.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan memberi tajuk tugasan kepada para pelajar dan menggunakan medium laman web google dan youtube sebagai sumber pencarian maklumat. Para pelajar diarahkan untuk menghasilkan sebuah pemasaran produk berdasarkan medium lagu dan muzik yang menarik perhatian pembeli. Secara keseluruhannya, aktiviti advokasi ini amat memberangsangkan kerana para pelajar terutamanya golongan anak-anak muda dapat menyemai minat dalam bidang keusahawanan dan karya produk melalui medium ICT yang digunakan.
Tarikh : 02 November 2019 Masa : 9.00Am- 12.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 11 Orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk membuat ujian melalui pelaksanaan pentaksiran kompetensi dan literasi sains, matematik dan bacaan (PKLSMB) yang berasaskan komputer bagi pelajar Sekolah Rendah SK Ranau Kota Marudu. Oleh Yang demikian, aktiviti ini dijalankan di Pusat Internet kerana kemudahan komputer dan internet yang ada disediakan. Program ini juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara pihak sekolah dengan Pusat Internet melalui kerjasama kemudahan tempat kepada para pelajar dan guru untuk melaksanakan aktiviti atau Program yang berasaskan penggunaan komputer dijalankan di Pusat Internet.
Aktiviti
Program ini dibawah bimbingan guru ICT Sk Ranau iaitu Cikgu Hanif Ariffin dan sepanjang kelas dijalankan petugas PI turut membantu dari segi penyediaan tempat. Program ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak.
Tarikh : 02 November 2019 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Bengkel ini bertujuan untuk memberi kemahiran dan latihan kepada peserta berasaskan bakat iaitu dalam bidang pengacaraan dan pengucapan spontan. Bengkel ini juga bertujuan untuk mengasah bakat para peserta untuk mempunyai keberanian dan keyakinan diri untuk bersuara atau bercakap secara rasmi atau tidak rasmi dihadapan orang ramai atau dalam majlis-majlis tertentu. Bengkel ini juga bertujuan untuk menambah keahlian baru Pusat Internet dan mempromosikan lagi kewujudan dan fungsi PI kepada sekitar masyarakat.
Aktiviti
Bengkel ini dibawah bimbingan Encik Jasni Yakub selaku pengasas JY Skills Talents & Management yang mana sudah berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang pengacaraan dan merupakan seorang aktivis seni dan penulisan kreatif di negeri Sabah. Sepanjang bengkel ini dijalankan, petugas turut mengambil kesempatan dalam memberi sedikit penerangan tentang fungsi Pusat Internet kepada peserta.
Tarikh : 01 November 2019 Masa : 2.00Pm- 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan program Klik Dengan Bijak yang dilaksanakan oleh SKMM kepada ahli baru dan pelawat PI Kg Ranau. Dengan itu, program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang tanggungjawab dan keselamatan sebagai pengguna internet dengan bijak. Program ini bertujuan untuk memberi peringatan dan taklimat keselamatan (akaun peribadi penting) kepada ahli baru dan pelawat sebagai pengguna siber di era masa kini.
Aktiviti
Para peserta diberi taklimat secara terperinci tentang program Klik Dengan Bijak yang dijalankan oleh Petugas PI. Kemudian peserta menonton video mengenai KDB dan sesi soal jawab diadakan supaya peserta lebih memahami dan mengingati konsep KDB. Seterusnya, peserta juga diberikan tugasan menyiapkan Puzzle Klik Dengan Bijak. Peserta yang berjaya menyiapkan puzzle dengan pantas akan diberikan hadiah. Secara keseluruhannya aktiviti ini berjalan dengan lancar.