Tujuan

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar ahli PI Kg Ranau. Program e-learning maths sifir darab ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam bidang perkiraan (ilmu matematik) dengan lebih mencabar dan efektif secara online. Program e-learning ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PI Kg Ranau memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna. 

Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning maths sifir darab terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu https://www.sifirdarab.com/ dan menerokai dengan lebih terperinci permainan pendidikan yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Sesi soal jawab turut diadakan. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada para peserta yang baru  golongan ibubapa mengikuti kelas ICT di Pi Kg Ranau. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang asas penjagaan komputer yang betul. Tujuan kelas ini juga agar dapat membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer sebelum peserta meneruskan pembelajaran mereka mengenai ICT.

Aktiviti

Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Diakhir kelas ini, kuiz dijalankan untuk menguji tahap kefahaman mereka. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini adalah sambungan daripada aktiviti kuiz PI sebelum ini, juga bertujuan untuk menguji minda dan pengetahuan ahli  Pusat Internet mengenai objektif Penubuhan PI serta kepentingan PI kepada komuniti. Selain itu, dapat memberi serba sedikit pengetahuan asas kepada para pelajar tentang  Pusat Internet melalui soalan kuiz. Dan bertujuan bagi mendekatkan ahli PI dengan Pusat Internet Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti adalah berbentuk soalan subjektif dan para pelajar perlu menjawab dalam esei. Secara keseluruhannya, aktiviti kuiz ini memberangsangkan kerana melalui jawapan daripada para pelajar petugas dapat mengetahui tahap pemahaman para ahli PI yang sering berkunjung ke PI dan dari segi apa pembelajaran dan kesedaran yang sudah mereka pelajari di Pusat Internet.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai ICT. Pengenalan komputer merupakan salah satu modul yang diajar kepada peserta. Peserta dapat mengetahui kepentingan ICT dalam kehidupan seharian terutama dalam penggunaan komputer. Disamping itu juga, aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli sempena hujung minggu dan sekaligus mendekatkan ahli dengan Pusat Internet Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan pengenalan komputer dan ICT kepada peserta. Sesi soal jawa turut diadakan supaya peserta lebih memahami pelajaran ini. Secara keseluruhannya, aktiviti sebegini dapat meningkatkan lagi minat para ahli untuk menimba ilmu di Pusat Internet terutamanya dalam bidang ICT.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan menyampaikan mesej betapa pentingnya internet pada masa kini kepada golongan kanak-kanak menggunakan Microsoft Power Point 2016. Melalui kelas ini , kanak-kanak dapat dididik bagaimana menggunakan internet secara betul dan selamat serta kebaikan dan fungsi internet pada masa kini. Selain itu juga kelas ini untuk memberi mereka kesedaran awal untuk berwaspada ketika berinteraksi didalam talian internet. Justeru dengan adanya kelas seperti ini para kanak-kanak juga dapat didedahkan dengan penggunaan komputer dan mempelajari ilmu pengetahuan tentang kebaikan dan keburukan internet. 

Aktiviti

Kelas dimulai dengan sesi taklimat daripada petugas dan memberi sesi penerangan yang terperinci tentang apa itu internet kepada para pelajar. Kemudian mereka diarahkan untuk menerokai sendiri carian maklumat melalui google website akan fungsi internet dan keburukan kepada mereka sekiranya tidak berwaspada. Pelajar diberikan tugasan dalam kumpulan untuk membuat pembentangan mengenai Kepentingan Internet  menggunakan Microsoft Power Point. Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada peserta.

Gambar Disini