Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memaklumkan kepada wakil komuniti/ Ajk Pelaksana tentang Program yang bakal diadakan di Pusat Internet Kg Ranau. Disamping itu bertujuan untuk menerangkan objektif Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan yang bakal diadakan di Pusat Internet dan bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan membina ikatan kerjasama yang baik dengan komuniti setempat.

Aktiviti

Aktiviti dimulai dengan memberi ucapan alu-aluan kepada Ketua Kampung dan AJK majlis yang hadir dan kemudian memberi penerangan tentang aturcara program yang akan dilaksanakan. Disamping itu juga, petugas mengambil kesempatan untuk menerangkan objektif atau capaian kpi Pi kepada AJK pelaksana program. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada para peserta yang baru mengikuti kelas ICT di Pi Kg Ranau. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang asas penjagaan komputer yang betul. Tujuan kelas ini juga agar dapat membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer sebelum peserta meneruskan pembelajaran mereka mengenai ICT.

Aktiviti

Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Diakhir kelas ini, kuiz dijalankan untuk menguji tahap kefahaman mereka. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan bagi mengasah bakat para pelajar dalam asas penyuntingan video animasi dan juga menarik minat mereka dalam bidang media animasi digital.  Akhir daripada kelas ini, peserta dapat video yang bermaklumat dan berpengetahuan untuk tatapan komuniti dan keluarga. Peserta akan memperolehi kemahiran menyunting video selain kemahiran menyunting imej.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan cara untuk menggunakan aplikasi filmora editing video  dan kepentingan menyunting video untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Kemudian para pelajar akan diajar oleh petugas untuk  membuat video secara satu persatu secara praktikal dan para pelajar akan mula menerokai komponen-komponen yang terdapat didalam aplikasi video animasi tersebut. Peserta dapat menggunakan hasil suntingan mereka dalam persembahan video. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Advokasi KDB & Kuiz ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu  keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikbertkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial seperti facebook dan whatsapp. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju.

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB & Media Sosial dengan menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my dan sumber maklumat daripada google mengenai Pengenalan Media Sosial.  Penayangan video dan sesi menjawab kuiz menggunakan laman web yang disediakan menggunakan https://quizizz.com dibuat supaya pelajar lebih mengingati tajuk ini. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa  tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai perkembangan arus media sosial dan menyampaikan mesej betapa pentingnya internet pada masa kini kepada golongan kanak-kanak dan belia . Internet of things bermaksud sebuah rangkaian alatan, kenderaan dan perkakasan rumah dan barang fizikal lain yang diterapkan dengan komponen elektronik, perisian dan sambungan yang menggunakan teknologi yang tinggi.  Melalui kelas ini  pada kanak-kanak dapat dididik bagaimana menggunakan internet secara betul dan selamat serta kebaikan dan fungsi internet pada masa kini yang boleh mendidik mereka untuk berfikir untuk inovasi yang melibatkan sains dan teknologi. Selain daripada itu juga, aktiviti ini dapat mengisi masa lapang para ahli PI dengan pengisian yang berguna dan dapat mendekatkan mereka dengan PI Kg Ranau.

Aktiviti

Kelas dimulai dengan sesi taklimat daripada petugas dan memberi sesi penerangan yang terperinci tentang apa itu internet  of things kepada para pelajar. Sesi penayangan video dan sesi soal jawab turut diadakan supaya mereka lebih memahami topik ini. 

Gambar Disini