Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada ahli pi tentang kesan viral bentuk baharu buli siber kepada seseorang individu dan juga kebaikan dan keburukan internet kepada mereka. Selain itu, memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT dan keselamatan penggunaan internet dengan "Klik Dengan Bijak" sebagai pengguna internet pada masa kini. Menurut Raskauskas dan Stolz (2007) mendefinisikan buli dalam kategori ini sebagai sebarang serangan bukan fizikal. Ia termasuk menghina, mengejek, menipu, mempersenda, menyebar berita palsu atau mengancam seseorang menggunakan medium siber. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli pi waktu petang dan mendekatkan lagi mereka dengan PI Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video siber buli dilaman youtube. Kemudian petugas pi memberi penerangan tentang kesedaran keselamatan ketika menggunakan internet melalui laman web www.klikdenganbijak.com . Seterusnya menjalankan aktiviti soal jawab untuk menguji kefahaman para ahli pi yang hadir. Kesan buli siber kepada sesorang terutamanya kanak-kanak boleh menganggu perkembangan emosi kanak-kanak dan menyebabkan rasa rendah diri. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji minda para ahli PI. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti yang menjana minda iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PI Kg Ranau. Disamping itu juga, aktiviti ini menyampaikan mesej betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya dapat mendekatakan ahli PI dengan PI Kg Ranau.

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.jigsawexplorer.com 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan bagi mengasah bakat para pelajar dalam pembikinan video animasi dan juga menarik minat mereka dalam bidang media animasi digital. Kelas ini juga bertujuan untuk mendedahkan mereka akan penggunaan komputer yang betul dan kegunaan internet yang berfaedah selain daripada bermain game secara online atau sebaliknya  sekaligus dapat mempelajari ilmu baharu di Pusat Internet. Kelas ini juga bertujuan untuk menggunakan aplikasi pembelajaran secara online selain daripada pembelajaran secara offline di Pusat Internet. 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada tayangan video di laman youtube tentang bagaimana hendak menggunakan aplikasi editing video animasi online www.renderforest.com. Kemudian para pelajar akan diajar oleh petugas untuk mulai membuat video secara satu persatu secara praktikal dan para pelajar akan mula menerokai komponen-komponen yang terdapat didalam aplikasi video animasi tersebut. Kelas ini adalah seramai 14 orang kerana aktiviti atau kelas dijalankan secara berkumpulan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan secara berterusan melalui suntingan imej menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6. Latihan ini  dapat membantu peserta mempromosikan dan mempelajari bagaimana untuk menyunting imej terutamanya poster iklan dan kad bisnes dalam pemasaran produk mereka di media sosial. Kesedaran pentingnya internet pada masa kini dan kesedaran kemahiran keusahawanan yang luas melalui penggunaan internet (Online Marketing).

Aktiviti

Petugas PI memberi penerangan tentang kepentingan internet dalam kemahiran keusahawanan pada masa kini kepada peserta. Kemudian kemahiran keusahawanan untuk suntingan imej diteruskan, Petugas PI mengajar cara-cara menyunting gambar menggunakan adobe photoshop. Peserta diberikan tugasan untuk menyunting imej dan akan dinilai oleh petugas PI Kg Ranau. Melalui aktiviti ini peserta akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster dan kad bisnes untuk kegunaan kerja mereka.

Gambar Disini