Tarikh : 16 Oktober 2019 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kelas ini diteruskan pada sebelah petang bagi menyiapkan tugasan video yang diberikan oleh Petugas. Kelas ini adalah bertujuan bagi mengasah bakat para pelajar dalam pembikinan video animasi dan juga menarik minat mereka dalam bidang media animasi digital. Kelas ini juga agar para pelajar dapat menguasai akan kemahiran dalam penyuntingan video animasi secara online.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada tayangan video di laman youtube tentang bagaimana hendak menggunakan aplikasi editing video animasi online www.renderforest.com. Kemudian para pelajar akan diajar oleh petugas untuk mulai membuat video secara satu persatu secara praktikal dan para pelajar akan mula menerokai komponen-komponen yang terdapat didalam aplikasi video animasi tersebut.
Tarikh : 16 Oktober 2019 Masa : 9.00Am - 11.00Am Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan bagi mengasah bakat para pelajar dalam pembikinan video animasi dan juga menarik minat mereka dalam bidang media animasi digital. Kelas ini juga bertujuan untuk mendedahkan mereka akan penggunaan komputer yang betul dan kegunaan internet yang berfaedah selain daripada bermain game secara online atau sebaliknya sekaligus dapat mempelajari ilmu baharu di Pusat Internet.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada tayangan video di laman youtube tentang bagaimana hendak menggunakan aplikasi editing video animasi online www.renderforest.com. Kemudian para pelajar akan diajar oleh petugas untuk mulai membuat video secara satu persatu secara praktikal dan para pelajar akan mula menerokai komponen-komponen yang terdapat didalam aplikasi video animasi tersebut.
Tarikh : 09 Oktober 2019 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 11 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas penggunaan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dengan cara yang betul sekaligus pelajar akan dapat mempelajari membuat karangan laporan menggunakan perisian ini. Peserta akan dapat belajar bagaimana cara menggunakan papan kekunci untuk menaip melalui Microsoft Word dan mengenali komponen-komponen yang terdapat didalam Microsoft Office Word 2016. .
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi penerangan ringkas daripada Petugas PI mengenai kepentingan latihan asas menaip dan juga memberi penerangan format karangan laporan kepada pelajar yang terlibat. Selepas itu, peserta akan mengikuti arahan yang diberikan bagaimana untuk membuat karangan jenis laporan dan mengajar cara-cara mengunakan papan kekunci untuk menaip melalui Ms Word 2016 .Secara keseluruhannya, para peserta memahami akan cara penggunaan papan kekunci dan kemahiran menaip dengan betul dan dapat mempelajari cara membuat karangan secara bertaip.
Tarikh : 13 Oktober 2019 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Latihan ini bertujuan bagi mengasah bakat para pelajar dalam pembikinan video animasi dan juga menarik minat mereka dalam bidang media animasi digital. Latihan ini juga untuk melatih para peserta mahir dalam penggunaan aplikasi membuat video.
Aktiviti
Latihan hanya menggunakan laman web www.renderforest.com dan dibimbing oleh petugas semasa menyunting video animasi.
Tarikh : 08 Oktober 2019 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 17 Orang |
Kelas ICT pada kali ini adalah bertujuan untuk memberi latihan kemahiran secara praktikal Microsoft Publisher kepada para pelajar sekolah. Melalui aktiviti ini, para pelajar yang sudah pernah mengikuti kelas ict akan membuat Kad Ucapan terima kasih dan ucapan Hari jadi. Disamping itu juga, dapat memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Sekaligus, mendedahkan mereka bagaimana menggunakan komputer dengan baik.
Aktiviti
Terlebih dahulu, para pelajar di beri penerangan mengenai aktiviti menggunakan Ms Publisher dalam membuat kad ucapan terima kasih dan harijadi. Kemudian, para pelajar meneruskan tugasan mereka dan Petugas PI juga membantu pelajar sekiranya mereka memerlukan bantuan. Secara keseluruhannya, para peserta dapat memahami fungsi serta kegunaan komponen yang ada didalam Ms Publisher 2016 dengan lebih terperinci dengan adanya aktiviti ini.