Tarikh : 18 September 2019 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 16 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengetahuan isu-isu semasa kepada para pelajar mengenai fenomena jerebu yang sedang melanda negara pada saat ini. Masalah pencemaran udara yang dialami oleh negara pada masa kini banyak memberi kesan kepada masyarakat seperti masalah kesihatan akibat lelah, jangkitan pernafasan serta iristasi kulit dan mata. Melalui aktiviti ini, pelajar akan lebih mengetahui tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dalam mengatasi masalah jerebu ini. Disamping itu, pelajar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan semasa berada di Pusat Internet dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang berfeadah.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan menggunakan slide pembentangan yang telah disediakan oleh petugas mengenai isu jerebu. Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat mengetahui punca-punca jerebu dan kesan masalah ini kepada masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Penayangan video dan sesi soal jawab turut diadakan supaya pelajar lebih memahami tajuk ini sekaligus dapat menjadikan Pusat Internet sebagai One Stop Center kepada masyarakat.
Tarikh : 19 September 2019 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 13 Orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk melatih para peserta mahir dalam menggunakan perisian komputer iaitu Microsoft Office Power Point 2016. Kelas atau aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada penggunaan Ms Power Point kepada pelajar muda diperingkat sekolah dan mengetahui akan komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Power Point 2016. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan agar para peserta dapat mengikuti kelas ICT dengan lebih menarik iaitu dengan menerapkan aktiviti tugasan atau topik yang menarik sebagai contoh isu-isu semasa untuk mempermudahkan pembelajaran penggunaan Ms Power Point 2016. Selain itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta akan aplikasi Dashboard Komuniti dan mengetahui lebih lanjut tentang fungsi Dashboard Komuniti kepada mereka terutama myskool.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan menggunakan Ms Power Point 2016 dan juga laman web Dashboard Komuniti, petugas memberikan penerangan kepada peserta mengenai penggunaan Ms Power Point dan menerangkan komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Power Point. Melalui aktiviti ini, peserta dibimbing untuk menyiapkan sebuah pembentangan dan topik yang menarik iaitu berkenaan isu-isu semasa yang terkini berkenaan dengan bencana iklim/cuaca (Jerebu) yang sedang melanda di Negara kita. Hal ini agar para pelajar peka dengan isu-isu semasa kini dan dapat mengetahui serba sedikit sebanyak ilmu pengetahuan semasa mengikuti aktiviti/kelas ini di Pusat Internet. Secara keseluruhannya, para pelajar memahami menggunakan Ms Power Point dan ada yang sudah mahir dan cepat mempelajarinya.
Tarikh : 14 September 2019 Masa : 3.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti penulisan kreatif kanak-kanak ini diadakan untuk menjana minda dan membentuk minat untuk menulis dan menjadi seseorang penulis. Selain itu, aktiviti ini dapat untuk mewujudkan budaya kritikal penuh kreatif serta inovatif dalam pemikiran budaya, sastera dan budaya. Penulisan kreatif ini bertujuan untuk menyatakan pemikiran , perasaan dan emosi dan daya kreativiti yang tentunya unik dalam memyampaikan sesuatu maklumat dan berita. Para peserta menggunakan Ms Word 2016 untuk menaip hasil penulisan mereka seterusnya kemahiran ICT dapat dipraktikan secara langsung.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan menggunakan Ms Word 2016, petugas memberikan penerangan kepada peserta mengenai maksud penulisan kreatif. Melalui aktiviti ini, peserta dibimbing bagi menghasilkan karya dalam bentuk cerita pendek. Mereka didedahkan kepada bentuk asas penulisan dan cara untuk mencari ilham. Petugas juga memberikan beberapa contoh hasil karya penulisan kreatif kepada peserta supaya mereka lebih memahami konsep penulisan ini. Peserta juga menghasilkan beberapa cerita pendek mengikut kreativiti dan minat mereka. Seterusnya teknik asas penulisan kreatif dapat dipraktikan dan dilaksanakan kepada peserta.
Tarikh : 17 September 2019 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas Asas Adobe Photoshop cs6 tahap 2 ini diteruskan lagi dengan pembelajaran latihan pembinaan layer menggunakan perisian ini. Objektif kelas ini supaya pelajar dapat memahami teknik asas reka letak dan meningkatkan daya kreativiti dalam menghasilkan imej berkualiti. Selain itu, aktiviti ini bertujuan supaya pelajar mahir menggunakan alatan (tool) perisian ini.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan cara- cara menyunting grafik atau imej daripada Petugas PI Kg Ranau. Pelajar akan dapat membina imej komposit dalam penggunaan alatan ( tool ) dalam perisian ini. Sebagai contoh penggunaan tool Rectangular Marquee Tool digunakan untuk memilih kawasan bagi layer pemandangan. Petugas Pi memberikan satu tugasan untuk menghasilkan sebuah hasil karya penulisan yang berbentuk majalah yang dihasilkan sendiri oleh para peserta.
Tarikh : 14 September 2019 Masa : 9.00Am- 10.00Am Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 7 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji minda para ahli PI. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti yang menjana minda iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PI Kg Ranau. Disamping itu juga, aktiviti ini menyampaikan mesej betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya dapat mendekatakan ahli PI dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.jigsawexplorer.com