Tujuan

Program Lawatan ini bertujuan untuk memberi info tentang pengenalan, fungsi serta objektif Pusat Internet Kg Ranau  serta menjayakan Program "Komunikasi dan ICT" kepada pihak guru serta murid Tadika Ria Ceria Tagaroh, Kota Marudu, Sabah. Selain itu juga, program lawatan ini dijalankan untuk memberi info tentang ilmu pengetahuan mengenai KDB dan pembelajaran e-learning melalui laman sesawang yang ada kepada murid tabika. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta yang terlibat akan kepentingan Komputer dan pengetahuan ICT pada masa kini. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama komuniti dan juga para guru serta petugas PI Kg Ranau. 

Aktiviti

Program ini dihadiri dengan para guru serta murid-murid daripada Tadika Ria Ceria Tagaroh. Program dimulai dengan sesi pengenalan tentang Pusat Internet Kg Ranau dan menerangkan tentang kebaikan sekiranya menjadi Ahli PI kepada ibubapa dan juga guru. Pengenalan ringkas KDB turut diadakan supaya murid dan guru memahami konsep KDB. Sesi pengenalan kepada perkakasan komputer dijalankan kepada murid tadika. Para murid diajar satu persatu tentang komponen-komponen asas komputer dan seterusnya mereka diajar menggunakan laman web www.hellokids.com  dan www.onlinepianist.com    untuk sesi e-learning mewarna secara atas talian dan bermain muzik seperti piano dan drum. Selain itu, aktiviti Orgami DIY with Youtube turut diadakan.   Akhir sekali, program ditutup dengan majlis penyerahan cenderahati ikhlas daripada pihak PI Kg Ranau atas kehadiran dan kerjasama daripada Pihak Guru dan juga murid tabika. Secara keseluruhannya, program ini disambut dengan baik dan mendapat pujian daripada para peserta program yang hadir. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti advokasi teknologi & seni terapan dalam dunia teknologi informasi ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan minat dalam mempelajari teknologi informasi kepada masyarakat serta dapat meningkatkan kemampuan berfikir. Teknologi informasi ialah satu istilah untuk teknologi maklumat yang menekankan peranan komunikasi bersatu dan penyepaduan telekomunikasi dalam kehidupan manusia. Melalui aktiviti ini juga, peserta mendapat manfaat menerusi penggunaan ICT dalam pembelajaran menggunakan komputer sekarang seperti kemudahan internet yang terdapat di Pusat Internet.

Aktiviti

Aktiviti ini bermula dengan sesi penayangan video mengenai perkembangan teknologi informasi di malaysia, kemudian petugas memberi penerangan kepada peserta supaya mereka lebih memahami konsep ini. Sesi soal jawab turut diadakan bagi menyelesaikan setiap persoalan daripada peserta. Akhir daripada aktiviti ini, peserta dapat menyedari betapa petingnya kesedaran kepada pelajar untuk manfaatkan setiap kemudahan teknologi khusus dalam teknologi informasi dalam mencapai objektif untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang maju.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti advokasi Youtube ( National Geographic ) dengan tajuk How Our Earth Today bertujuan untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan terhadap usaha melestarikan alam sekitar dalam kalangan pelajar. Tidak dinafikan perkembangan terhadap revolusi industri sebenarnya adalah satu usaha untuk memperbaiki kualiti hidup manusia, tetapi tanpa disedari usaha tersebut tutut memberikan kesan terhadap kerosakan alam sekitar. Melalui aktiviti ini pelajar dapat mengetahui keadaan bumi yang telah sekian lama terkesan akibat kegiatan manusia yang semakin berleluasa melalui penayangan video.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulai dengan sesi menerokai laman sesawang youtube dimana petugas mengarahkan para pelajar untuk mencari maklumat dan informasi tentang National Geographic yang memiliki beberapa dokumentari seperti alam sekitar, ilmu pengetahuan , budaya dan sejarah. Penayangan video menggunakan youtube dapat memberi pengetahuan lebih kepada pelajar kerana aplikasi ini mempunyai interaktif yang menarik. Petugas juga memberikan penerangan dan membuat sesi soal jawab kepada pelajar. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami pembelajaran yang dibuat oleh petugas Pusat Internet dan dapat menarik minat mereka untuk menggunakan Pusat Internet sebagai One Stop centre. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silatulrahim di antara pusat internet dengan komuniti. Program ini di anjurkan oleh SKMM bersama Pusat Internet Kluster Kota Marudu yang terpilih iaitu Pusat Internet Ranau, Pusat Internet Tingkalanon dan Pusat Internet Tandek. Program MIV (Malaysian ICT Volunteer)  bertujuan untuk membantu sukarelawan mempromosikan rancangan tv digital Myfreeview kepada komuniti setempat.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan penerangan dan pengenalan Program MIV (Malaysian ICT Volunteer)  bersama DTT (Digital Terrestrial Televison) kepada peserta.  Walaubagaimanapun bagi area kawasan Kota Marudu menggunakan liputan siaran DTH. Kemudian sesi soal jawab turut diadakan supaya peserta dapat memahami objektif program ini. Secara keseluruhan program ini berjalan baik dan mendapat kerjasama daripada peserta serta wakil MCMC. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dijalankan melalui program Mydashboard komuniti iaitu kempen myhealth. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang boleh dilakukan di Pusat Internet selain daripada memberi kemudahan ICT. Oleh yang demikian aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih celik kesihatan dan berinisiatif tinggi dalam meningkatkan tahap kesihatan mereka sepertimana menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui program myhealth dasboard komuniti anjuran Pusat Internet. Program ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan memupuk kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti

Aktiviti dijalankan dengan membuat pemeriksaan kesihatan iaitu memeriksa tekanan darah dan juga BMI. 

Gambar Disini