Tarikh : 06 Januari 2020 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 11 Orang |
Tujuan
Kelas Ms Powerpoint dengan tajuk Azam Baru Tahun 2020 ini dibuat supaya para pelajar mahir dan mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi-fungsi didalam microsoft power point. Tajuk azam tahun baru 2020 dipilih supaya para pelajar dapat merancang azam dan matlamat mereka. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian atau tugasan pada masa akan datang.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik Azam Tahun baru 2020 dan cara-cara menggunakan perisian Powerpoint. Pelajar akan menggunakan Ms Powerpoint 2016 untuk menulis dan membuat slide mereka. Setelah selesai , mereka dikehendaki membentangkan hasil kerja yang telah mereka buat. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar dapat merancang azam dan matlamat mereka.
Tarikh : 06 Januari 2020 Masa : 8.30Am- 11.30Am Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas asas penjagaan komputer dan pengenalan internet ini bertujuan untuk memberi asas cara untuk menjaga komputer dengan cara yang betul kepada para peserta dan memberi kesedaran betapa pentingnya internet didalam kehidupan masyarakat pada masa kini. selain itu juga, tujuan kelas ini juga agar dapat membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan internet dalam komputer dan komponen-komponen yang terdapat dalam komputer. Kelas ini juga adalah bertujuan bagi memenuhi modul pembelajaran para peserta kelas Ict Pi Kg Ranau.
Aktiviti
Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Disamping itu, para peserta diajar bagaimana hendak menggunakan internet ketika menggunakan gadget. Sesi soal jawab turut diadakan supaya peserta lebih memahami dn mengingati apa yang mereka sudah belajar.
Tarikh : 04 Januari 2020 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi Klik Dengan Bijak Media Sosial ini dijalankan supaya pelajar lebih memahami dan dapat membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikbertkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penggunaan internet dalam media sosial seperti facebook dan whatsapp. Selain itu juga, aktiviti ini dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru yang semakin berkembang maju.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi KDB & Media Sosial dengan menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my dan sumber maklumat daripada google mengenai Pengenalan Media Sosial. Penayangan Video dan sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini. Melalui aktiviti ini juga dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet ketika melayari internet menggunakan media sosial.
Tarikh : 05 Januari 2020 Masa : 2.00Pm- 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 13 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta membuat jadual kelas sekolah sempena tahun baru persekolahan. Disamping itu, aktiviti sebegini dapat menyampaikan kepentingan ilmu internet pada masa kini dan juga dapat mendekatkan ahli pi dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan dengan menggunakan perisian Microsoft Word. Petugas PI Kg Ranau memberi penerangan cara-cara membuat jadual kelas sekolah. Selain itu, Petugas PI sekaligus memberi tunjuk ajar cara menaip, membuat kotak jadual dan memasukan gambar. Peserta di berikan tugasan membuat jadual kelas sekolah mengikut hasil kreativiti mereka dan mencetak jadual tersebut dengan bantuan Petugas PI. Melalui aktiviti ini mereka akan lebih mengingati dan boleh menggunakan perisian ini.
Tarikh : 18 Disember 2019 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk merangsang dan mendidik kemampuan pemikiran dan kreativiti mereka dengan menggunakan kertas terpakai sambil menonton video dari Youtube . Selain itu, aktiviti ini boleh mengajak komuniti terutamanya kanak-kanak dan remaja dalam melakukan aktiviti berfeadah semasa waktu petang dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta dengan Petugas Pi Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai program Kreatif DIY Origami dengan Youtube dengana menggunakan kertas-kertas terpakai. Selepas itu, aktiviti Kreatif DIY Paper diteruskan dengan pembahagian bahan-bahan kepada para peserta yang telah disediakan oleh petugas PI Kg Ranau. Peserta boleh memilih kreatif DIY Origami mengikut kebolehan mereka, setelah siap para peserta dapat membawa balik hasil kreativiti mereka. Secara keseluruhannya, para peserta berjaya untuk menyelesaikan hasil kreatif mereka dengan pelbagai bentuk.