Tarikh :14 Ogos 2019 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kemahiran digital kepada ahli dengan aktiviti mewarna menggunakan komputer. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang mereka pada waktu petang dan mendekatkan lagi ahli dengan Pi Kg Ranau. Selain daripada itu aktiviti ini memberi pendedahan tentang pentingnya komputer pada masa kini.
Aktiviti
Aktiviti mewarna dijalankan secara online iaitu melalui laman web www.hellokids.com.
Tarikh :12 Ogos 2019 Masa : 2.00PM- 5.00PM Lokasi :PI Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan Bahasa Malaysia secara atas talian kepada pelajar yang akan menghadapi UPSR tahun ini dan pelajar sekolah menengah. Program e-learning bahasa malaysia ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran dan penguasaan tatabahasa para pelajar didalam penggunaan bahasa malaysia dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PI Kg Ranau memanfaatkan keahlian dan masa terluang mereka dengan baik dan berguna.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa Malaysia terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu E-learning www.proprofs.com/quiz-school dan menerokai dengan lebih terperinci kuiz secara atas talian bahasa malaysia yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Kemudian, peserta akan mengingat semula perkataan-perkataan yang telah dipelajari dalam Microsoft Word. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini. Peserta yang dapat menjawab kuiz dengan betul akan diberikan hadiah daripada petugas PI.
Tarikh :05 Ogos 2019 Masa : 3.00PM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Aktiviti advokasi Kepentingan Pusat Internet kepada pelajar sekolah ini bertujuan supaya pelajar dapat mengetahui objektif penubuhan Pusat Internet kepada warga komuniti. Aktiviti ini juga, dapat meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pemberian perkhidmatan sejagat yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Disamping itu, aktiviti ini dapat membantu pelajar melakukan aktiviti berfeadah semasa berada di Pusat Internet dan dapat menggunakan kemudahan yang terdapat di PI dengan sebaik mungkin.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi Kepentingan Pusat Internet kepada warga komuniti. Para pelajar diedarkan buku panduan pelajar supaya mereka boleh merujuk nota-nota penting yang disampaikan oleh Petugas PI Kg Ranau. Sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini.
Tarikh : 10 Ogos 2019 Masa : 10.00 AM- 12.00 PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman kepada pelajar tentang satu kewajipan atau tanggungjawab pihak pengurusan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan yang perlu demi menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat serta sesuatu organisasi. Melalui aktiviti ini pelajar dapat membezakan pihak berkepentingan dalam komuniti besar seperti pihak berkepentingan priemer (dalaman) dan sekunder (luaran). Sebagai contoh, masyarakat golongan muda yang masih mencari peluang pekerjaan onsep tanggungjawab sosial dapat dipraktikan. Disamping itu, pelajar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir melalui aktiviti ini.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi penerangan daripada Petugas PI mengenai Advokasi tanggungjawab sosial dalam masyarakat komuniti, seterusnya penayangan video diteruskan supaya pelajar lebih memahami tajuk ini. Petugas mengadakan sesi soal jawab kepada pelajar dengan menjawab soalan dan menulis jawapan di papan tulis. Aktiviti ini berjalan dengan lancar daripada sokongan pelajar.
Tarikh : 03 Ogos 2019 Masa : 9.00 AM- 12.00 PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas penggunaan komputer dan cara memasukkan gambar ke dalam Ms Word 2016 . Peserta akan dapat belajar bagaimana cara menggunakan kamera yang terdapat di komputer. Disamping itu aktiviti ini adalah untuk menyampaikan betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya adalah untuk mendekatkan mereka dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi penerangan ringkas daripada Petugas PI mengenai kepentingan ICT dalam kehidupan. Selepas itu, peserta akan mengikuti latihan yang diberikan cara-cara memasukan gambar menggunakan Ms Word 2016 dan menggunakan Font yang betul berdasarkan kesesuaian gambar .Secara keseluruhannya, para peserta memahami akan cara penggunaan komponen-komponen yang terdapat dalam perisian ini.