Tujuan

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan dan memaklumkan kepada wakil komuniti setempat tentang Program Hari Bersama Komuniti yang bakal diadakan pada bulan Ogos 2019 anjuran Pusat Internet. Disamping itu, perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membentangkan secara ringkas tentang pengenalan dan fungsi Pusat Internet kepada Ketua Kampung Ranau dan memberi sedikit sebanyak info dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet untuk dijadikan sebagai One-Stop center didalam komuniti setempat. Hal ini kerana beliau merupakan lantikan baharu sebagai Ketua Kampung Ranau oleh yang demikian perbincangan dan sesi taklimat ringkas tentang kewujudan Pusat Internet harus dilakukan oleh Petugas bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan mendapatkan kerjasama daripada Ketua Kampung Ranau. 

Aktiviti

Mesyuarat ini dimulai dengan sesi pengenalan diri daripada petugas dan membuat pembentangan slide tentang pengenalan dan fungsi Pusat Internet didalam komuniti setempat. Disamping itu juga, petugas turut membentangkan tujuan Program Hari Bersama Komuniti yang bakal akan diadakan pada bulan Ogos dan memberitahu tentang objektif Program tersebut kepada komuniti. Petugas juga turut membuat sesi tayangan video terhadap aktiviti-aktiviti atau program yang pernah atau sudah dijalankan di Pusat Internet sepanjang tahun lepas dan yang terkini. Secara keseluruhannya, mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada wakil komuniti dan Ketua Kampung. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cita-cita mereka yang bersesuaian dengan minat mereka. Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melihat kerjaya yang mereka minati disamping bidang pengajian di universiti dan kolej yang sesuai dengan kerjaya yang ingin mereka ceburi dengan menggunakan kemudahan yang terdapat dalam Google search explore.

Aktiviti

Aktiviti ini dilakukan dengan penayangan video lagu apakah cita-cita anda dan kemudian petugas memberi penerangan kepada setiap pelajar mengenai tajuk Apakah cita-cita anda. Melalui aktiviti ini pelajar akan dapat melihat gambaran yang lebih jelas dan panduan berhubung aliran pelajaran yang mereka ingin sambung untuk meneruskan cita-cita mereka. Aktiviti soal jawab turut dibuat supaya pelajar lebih memahami dan mengingati aktiviti ini.

Gambar Disini 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menguji minda para peserta melalui permainanan kuiz yang dilakukan secara online. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan dan pemahaman para peserta ahli Pusat Internet yang sudah pernah mengikuti kelas ICT yang dijalankan iaitu kelas asas pengenalan komputer. Disamping itu juga, aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli sempena hujung minggu dan sekaligus mendekatkan ahli dengan Pusat Internet Kg Ranau. 

Aktiviti

Aktiviti ini dijalankan dengan menjawab soalan kuiz secara online yang direka sendiri oleh petugas di laman web https://quizizz.com/. Para peserta yang mendapat markah tertinggi akan mendapat hadiah daripada petugas. Secara keseluruhannya, aktiviti sebegini dapat meningkatkan lagi minat para ahli untuk menimba ilmu di Pusat Internet terutamanya dalam bidang ICT.

Gambar Disini


 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT ini diteruskan dengan pembelajaran mengenai Microsoft Office Excel. Pembelajaran kali ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas microsoft office excel dengan menerokai komponen-komponen di dalam Microsoft excel. Pelajar juga akan dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungi-fungsi di dalam Microsoft excel. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para belia tentang asas pengiraan dengan menggunakan Microsoft excel sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian /pejabat atau tugasan pada masa akan datang.

 Aktiviti

Para peserta terlebih dahulu di beri pengenalan mengenai asas Microsoft Office Excel secara teori. Mereka perlu memahami dan mengetahui setiap komponen-komponen di dalam Microsoft excel sebelum membuat kerja dengan menggunakan Microsoft excel. Disamping itu juga, para peserta di dedahkan mengenai asas pengiraan dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel. Selepas mempelajari secara teori mengenai asas Microsoft excel, mereka telah belajar cara  untuk membuat jadual pengiraan dengan mengaplikasikan cara-cara mengira dengan menggunakan formula atau rumus di dalam Microsoft excel secara automatik tanpa mengira sendiri.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang isu buli siber yang memberi kesan buruk kepada masyarakat dan juga individu. Disamping itu juga, dapat mendidik para pelajar untuk bijak dalam melayari internet dan menggunakan internet terutama didalam media sosial. Aktiviti ini juga memberi kesedaran bahawa pentingnya ilmu ICT didalam kehidupan dan mendekatkan ahli Pi dengan Pusat Internet. 

Aktiviti

Aktiviti ini dilakukan dengan penayangan video buli siber dan kemudian petugas menjalankan aktiviti kuiz secara online tentang KDB untuk menguji tahap pemahaman para peserta sepanjang kelas dijalankan. Platform kuiz yang digunakan ialah www.proprofs.com, www.GoToQuiz.com , dan juga www.quizziz.com dengan carian kuiz klik dengan bijak buli siber. Aktiviti dijalankan dengan memberi hadiah kepada peserta yang mendapat markah tertinggi didalam menjawab kuiz secara online bagi menarik minat didalam subjek kelas Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini