Tarikh : 02 Julai 2019 Masa : 2.00Pm - 5.00Pm Lokasi : Pi Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Kelas Advokasi "menghormati diri anda dan orang lain" merupakan sambungan pelajaran KDB Mengurus jejak Digital anda. Objektif kelas ini adalah supaya pelajar dapat mengenal pasti dan menyemak mesej-mesej yang melanggar etika dan membuat penilaian sama ada tindakan selanjutnya diperlukan. Disamping itu,melalui kelas ini pelajar akan dapat belajar mengenai peraturan Kewarganegaraan Internet iaitu peraturan perilaku yang wajar di internet dan peraturan di Youtube dalam menghormati diri dan orang lain.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik pembelajaran Advokasi "menghormati diri anda dan orang lain. Para pelajar diedarkan buku panduan pelajar supaya mereka boleh merujuk nota-nota penting yang disampaikan oleh Petugas PI Kg Ranau. Penayangan Video dan sesi soal jawab diadakan supaya mereka lebih memahami dan mengingati sesi pembelajaran ini.Pelajar juga diberikan tugasan untuk menyenaraikan garis panduan YouTube yang mereka ketahui. Melalui aktiviti ini pelajar dapat mengetahui dan mempelajari garis panduan kewarganegaraan internet dalam menghormati kepercayaan dan pendapat semua orang.
Tarikh : 27 Jun 2019 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti Jom membaca Buku Elektronik ini dalam kalangan pelajar dapat menggalakkan aktiviti membaca secara berterusan melalui pelbagai media seperti media elektronik buku cerita. Dalam kehidupan, membaca ialah seni dalam mencari ilmu pengetahuan. Dengan Kemudahan yang terdapat dalam Pusat Internet Kg Ranau pelajar dapat memanfaatkan keahlian mereka untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Selain itu, aktiviti ini juga dapat menarik minat dan meningkatkan motivasi pelajar untuk membaca dan mencari maklumat.
Aktiviti
Aktiviti ini bermula dengan sesi penerangan daripada petugas mengenai kepentingan membaca dan maksud buku elektronik. Seterusnya petugas memberikan beberapa contoh buku eletronik yang terdapat dalam internet yang boleh mereka baca secara percuma. Pelajar diberikan beberapa masa untuk membaca buku cerita yang mereka minat. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat mengetahui cara-cara membaca buku secara eletronik.
Tarikh : 25 Jun 2019 Masa : 9.00AM- 10.00AM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dijalankan melalui program Mydashboard komuniti iaitu kempen myhealth. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang boleh dilakukan di Pusat Internet selain daripada memberi kemudahan ICT. Oleh yang demikian aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih celik kesihatan dan berinisiatif tinggi dalam meningkatkan tahap kesihatan mereka sepertimana menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui program myhealth dasboard komuniti anjuran Pusat Internet. Program ini juga bertujuan memberi pengetahuan dan memupuk kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan dengan membuat pemeriksaan kesihatan iaitu memeriksa tekanan darah dan juga BMI.
Tarikh : 25 Jun 2019 Masa : 3.00 PM- 5.00 PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 15 Orang |
Tujuan
Kelas Video Editor ini bertujuan memberi kemahiran mengambil rakaman video menggunakan kamera yang terdapat di komputer. Melalui aktiviti ini peserta dapat memanfaatkan kemahiran mengambil video untuk kegunaan menyiapkan tugasan memandangkan pada masa era globalisasi ini kemajuan teknologi khusus dalam media sosial memerlukan seseorang mempunyai asas ilmu berkaitan multimedia seperti mengedit video dan gambar. Kelas ini juga dapat membantu mewujudkan masyarakat digital terutamanya golongan pelajar.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan sesi penerangan daripada Petugas PI Kg Ranau tentang topik Video Editor dan cara-cara menggunakan kamera komputer. Seterusnya, peserta dikehendaki merakam video bersama rakan-rakan mereka dengan tajuk Biodata Kawan Saya. Petugas juga mengajar peserta cara-cara asas mengedit video dan menyimpan video untuk kegunaan sendiri. Akhir daripada kelas ini, peserta dapat mempelajari cara-cara merakam video sekaligus dapat menggunakan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet Kg Ranau.
Tarikh : 24 Jun 2019 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 16 Orang |
Tujuan
Aktiviti advokasi Youtube dan Google ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan dan manfaat laman sesawang youtube dan Google kepada pelajar. Aktiviti ini juga bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya ilmu pengetahuan ICT dan komputer didalam kehidupan masa kini. Selain daripada itu, aktiviti ini bertujuan untuk mengasah bakat dan kemahiran Public Speaking bahasa inggeris dalam kalangan kanak-kanak atau pelajar sekolah. Aktiviti Public Speaking ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi kepada mereka sekaligus dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam berbahasa inggeris.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan sesi menerokai laman sesawang google chrome dan juga youtube dimana petugas mengarahkan para pelajar untuk mencari maklumat dan informasi tentang maksud Public Speaking. Kemudian membuat sesi kuiz ringkas dan memberi tugasan atau topik perbahasan untuk dibentangkan secara berkumpulan didalam bahasa inggeris. Topik yang diberi adalah berkaitan dengan kepentingan komputer dan internet didalam kehidupan hari-harian. Secara keseluruhannya, para pelajar dapat memahami pembelajaran yang dibuat oleh petugas Pusat Internet dan dapat menarik minat mereka untuk menggunakan Pusat Internet sebagai One Stop centre.