Tujuan

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah supaya pelajar Tahun 6 yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah mengulangkaji subjek bahasa melayu dan mempunyai persediaan yang cukup. Aktiviti ulangkaji e-learning bahasa malaysia ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran dan penguasaan tatabahasa para pelajar didalam penggunaan bahasa malaysia dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PI Kg Ranau memanfaatkan keahlian dan masa terluang mereka dengan baik dan berguna.  

Aktiviti

Para pelajar  diberi penerangan tentang e-learning bahasa Malaysia terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu E-learning www.proprofs.com/quiz-school dan menerokai dengan lebih terperinci kuiz secara atas talian bahasa malaysia yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini. Peserta yang dapat menjawab kuiz dengan betul akan diberikan hadiah daripada petugas PI.  

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Hari Bersama Komuniti ini bertujuan bagi meraih komuniti setempat dan juga bertujuan bagi memperkenalkan Pusat Internet kepada penduduk setempat tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan sekaligus membina hubungan yang baik di antara penduduk setempat dengan petugas PI. Selain itu juga, tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan bilangan keahlian baru PI Kg Ranau dan menjadikan PI sebagai pusat tumpuan ICT (One Stop Center). Oleh itu, pelbagai aktiviti yang turut dijalankan pada hari kedua program bersama warga komuniti termasuk pameran daripada pelbagai agensi GOV / NGO, cabutan bertuah dan sebagainya.

Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli baru secara percuma dan pendaftaran peserta untuk semua aktiviti yang dijalankan.  Termasuk pendaftaran untuk pameran daripada agensi seperti KWSP, Klinik Kesihatan Langkon Kota Marudu, Pusat Giat Mara Kota Marudu, Usahawan PI Kg Ranau, JY Skills Talent & Management serta Amanah Ikhtiar Malaysia. Aktiviti yang berlangsung pada hari tersebut seperti taklimat Klik Dengan Bijak dengan kerjasama daripada Kluster Kota Marudu PI Kg Tandek dan PI Kg Tingkalanon. Pelajar GiatMara Kota Marudu turut dijemput bagi sesi taklimat ini. Ujibakat pengacara majlis, ujibakat pengucapan awam, serta peraduan meneka ketebalan muka surat buku turut dijalankan dan mendapat sambutan yang  baik daripada warga komuniti. Acara Penutupan Perasmian Program Hari Bersama Komuniti ini dirasmikan oleh YG Berbahagia Puan Suzie Salapan selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat Dun N.5 Tandek dan berlangsung dengan jayanya. Selepas acara perasmian , aktiviti cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan telah diadakan. Melalui program ini, objektif penubuhan Pusat Internet dapat disampaikan kepada warga komuniti seterusnya dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara ahli PI dengan petugas PI Kg Ranau.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti Gotong Royong Perdana ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim petugas PI bersama komuniti setempat dan bertujuan bagi membersihkan kawasan PI berkenaan dengan Hari Bersama Komuniti yang bakal diadakan.  Aktiviti ini juga bertujuan agar dapat memupuk semangat kerjasama dan tolong menolong sesama komuniti dan juga staff PI. Disamping itu juga, aktiviti gotong-royong ini adalah bertujuan untuk membersihkan PI dan juga kawasan sekitarnya daripada semak samun dan bebas sampah sarap. Hal ini demikian agar PI dan kawasan yang berdekatan lebih selesa untuk dikunjungi dan juga dapat mendekatkan lagi komuniti dengan PI Kg Ranau.

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat terlebih dahulu tentang objektif program dan kemudian petugas PI menerangkan satu persatu tentang kawasan pembersihan dan juga agihan tugasan pembersihan kepada peserta gotong royong yang terlibat. Majoriti peserta gotong royong adalah didalam kalangan belia muda dan juga kanak-kanak. Secara keseluruhannya,  mereka sangat berbesar hati dan menyokong akan aktiviti kemasyarakatan seperti ini sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama PI dan juga komuniti dan mendekatkan mereka dengan PI. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Hari Bersama Komuniti telah diadakan  bagi memperkenalkan kepada penduduk setempat tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI Kg Ranau serta membina hubungan yang baik di antara penduduk setempat dengan petugas PI. Selain itu juga, tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan bilangan keahlian baru PI Kg Ranau dan menjadikan PI sebagai pusat tumpuan ICT. Oleh itu, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan pada hari pertama program bersama warga komuniti setempat. 

Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran ahli baru secara percuma dan pendaftaran peserta untuk semua aktiviti yang dijalankan. Ringkasan taklimat pengenalan Pusat Internet Kg Ranau & Pengenalan Dashboard Komuniti, Taklimat Klik Dengan Bijak & Sebenarnya.My. Seterusnya Petugas memberi sedikit penerangan aktiviti dan tentatif  untuk program yang sedang berlangsung dan juga program untuk keesokan hari supaya warga komuniti mengetahui susunan aturcara sepanjang program HBK berlangsung. Aktiviti sesi petang yang berlangsung seperti Pertandingan Mewarna Online, Pertandingan Membuat Origami Youtube, Pertandingan membuat artikel di My Komuniti dengan tajuk Kepentingan ICT, diikuti oleh aktiviti  Pertandingan Kuiz Kemerdekaan dan Pertandingan Karaoke Video Online. Melalui aktiviti ini diharap dapat meningkatkan hubungan silaturahim antara warga komuniti dengan Petugas PI.

Gambar Disini