Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan demi menyampaikan mesej setia kepada negara. Acara pertandingan menjawab kuiz dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan sebagai satu didikan kepada generasi baharu agar menghargai pengorbanan dan perjuangan generasi dahulu serta berusaha mempertahankan tanah air dari cengkaman penjajah. Selain itu, melalui pembelajaran sejarah pelajar dapat memahami kepentingan sebuah negara merdeka, menghargai pemimpin dan jasa pejuang agar sejarah kemerdekaan ini tidak hilang ditelan oleh arus pemodenan.  

 Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang definisi dan sejarah mengenai Kemerdekaan supaya generasi baru dapat lebih memahami dan mengingati erti sebuah kemerdekaan. Sesi soal jawab  dan menjawab kuiz kemedekaan turut diadakan untuk menghidupkan sambutan bulan kebangsaan. Aktiviti ini dapat mendidik generasi muda untuk terus mencintai negara Malaysia. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Teater Pendidikan merupakan satu seni dalam persembahan yang menggabungkan seni lakonan dengan pelbagai yang lain seperti seni muzik. Pengajaran teater dalam pendidikan merupakan satu aktiviti yang berpusatkan murid dan pengajaran mampu menjadi medium untuk mencapai perpaduan kaum dan komuniti setempat. Aktiviti ini juga dapat menggalakkan murid untuk memahami dan menjiwai permasalahan dalam khalayak masyarakat dengan menjiwai watak dan skrip . ini secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar dan mampu meningkatkan potensi dalam diri mereka. 

 Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang definisi dan kepentingan teater pendidikan supaya mereka memahami konsep teater pendidikan. Petugas akan memberikan alat-alat dan pakaian teater untuk digunakan dalam persembahan mereka. Melalui aktiviti ini, mereka akan dibimbing untuk berkomunikasi secara bersuara atau tanpa bersuara ( body language ) dengan berkesan. Mereka juga kan dilatih dengan penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi serta main peranan dalam teater ini. selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi pengajaran dan pembelajaran di Pusat Internet lebih menarik serta menyeronokkan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah minda para pelajar berkaitan KDB sepanjang kelas Advokasi yang telah dijalankan oleh Petugas. Permainan silang kata ini dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan untuk menguji kemampuan dan perkembangan pelajar. Aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif Petugas sebagai keadah pembelajaran interaktif untuk membantu pemahaman pelajar menerusi teknologi ICT pada masa kini. 

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan penerangan KDB kepada pelajar. Seterusnya mereka diagihkan permainan teka silang kata untuk meningkatkan minat dan membina kemahiran pelajar secara kreatif .  Sebagai contoh carian kuiz klik dengan bijak, dan buli siber. Peserta yang mendapat markah tertinggi dalam menyelesaikan teka silang kata KDB turut diberikan hadiah. Selain itu, tujuan aktiviti ini  bagi menarik minat didalam subjek kelas Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membentuk keyakinan pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan menyokong mereka melalui setiap peringkat perkembangan utama. Terdapat keseimbangan antara tatabahasa, bahasa , perkembangan peribadi sosial dan emosi dalam pembelajaran asas bahasa Inggeris ini. Aktiviti ini mampu membangkitkan minat pelajar untuk menguasai bahasa ini. Disamping itu, pelajar juga dapat membaiki kebolehan membaca, menulis dan bercakap dengan mengikuti aktiviti yang interaktif dan ceria. 

 Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa inggeris terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu http://www.funenglishgames.com untuk latihan tatabahasa, perbendaharaan kata dengan permainan dan penayangan video dari Youtube turut diadakan supaya aktiviti ini lebih ceria.  Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas asas pengenalan komputer ini bertujuan untuk memberi asas kemahiran komputer kepada para peserta. Sekaligus, memperkenalkan kepada mereka tentang kepentingan penggunaan komputer pada masa kini. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang asas penjagaan komputer yang betul. Tujuan kelas ini juga agar dapat membantu dan membimbing mereka dengan lebih terperinci tentang penggunaan komputer. 

Aktiviti

Para peserta diajar satu demi satu tentang perkakasan komputer secara teori dan praktikal. Para peserta diajar untuk menerokai perisian yang terdapat dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar cara-cara menggunakan komputer. Diakhir kelas ini, kuiz dijalankan untuk menguji tahap kefahaman mereka. 

Gambar Disini