Tujuan

Kelas kemahiran menggunakan internet diadakan supaya pelajar dapat mengenal pasti pelbagai sumber maklumat seperti pangkalan data e-buku yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan yang betul. Melalui aktiviti ini juga, pelajar akan dapat mengetahui kepentingan dan asas kemahiran untuk melayari internet.

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat secara terperinci tentang asas kemahiran menggunakan internet dan  kepentingan internet pada masa kini. Sesi soal jawab dan penayangan video berkaitan dengan kelebihan internet dapat membantu peserta supaya lebih memahami dan mengingati tajuk ini. Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjalan dengan lancar. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan ini bertujuan untuk memberi kemahiran keusahawanan melalui suntingan imej menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6. Latihan ini  dapat membantu peserta mempromosikan dan mempelajari bagaimana untuk menyunting imej terutamanya poster iklan dalam pemasaran produk mereka di media sosial. Kesedaran pentingnya internet pada masa kini dan kesedaran kemahiran keusahawanan yang luas melalui penggunaan internet (Online Marketing).

Aktiviti

Petugas PI memberi penerangan tentang kepentingan internet dalam kemahiran keusahawanan pada masa kini kepada peserta. Kemudian kemahiran keusahawanan untuk suntingan imej diteruskan, Petugas PI mengajar cara-cara menyunting gambar menggunakan adobe photoshop. Peserta diberikan tugasan untuk menyunting imej dan akan dinilai oleh petugas PI Kg Ranau. Melalui aktiviti ini peserta akan lebih mengingati cara-cara menyunting imej untuk membuat poster dan kad bisnes.  

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas asas internet Kelebihan Aplikasi Elektronik bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang kepentingan penggunaan aplikasi elektronik dalam kehidupan seharian. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ICT terkini seperti perisian komputer dan aplikasi e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang dapat membantu pengguna mengurus data, menyimpan maklumat mengikut format yang dikehendaki.

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat secara terperinci tentang asas internet kelebihan aplikasi elektronik yang dijalankan. Sesi soal jawab dan penayangan video berkaitan dengan kelebihan internet dapat membantu peserta supaya lebih memahami dan mengingati tajuk ini. Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjalan dengan lancar. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini adalah bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para beliawanis atau suri rumah yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana hendak menghasilkan sebuah logo yang menarik untuk kegunaan produk mereka. Kewujudan teknologi yang digunakan dapat memberi manfaat terhadap pekerjaan mereka. Disamping dapat menimba ilmu akan penggunaan ICT, latihan keusahawanan ini juga adalah untuk mendekatkan mereka dengan Pusat Internet Kampung Ranau. 

Aktiviti

Latihan keusahawanan membuat logo ini dilakukan secara teori dan praktikal iaitu dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop CS6 daripada petugas PI Kg Ranau. Disini para peserta diajar secara asas bagaimana hendak mencipta sebuah logo. Secara keseluruhannya, aktiviti ini dapat  menjadikan usahawan luar bandar terutamanya golongan wanita yang berpotensi tinggi dengan mentransformasikan konsep perniagaan konvensional kepada konsep atas talian sepenuhnya.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT  ini bertujuan untuk memberi kemahiran membuat animasi menggunakan Ms Power Point kepada para pelajar sekolah dan memperkenalkan mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini. Disamping itu juga tujuan kelas ini adalah  untuk membimbing dan membantu mereka untuk menerokai jenis-jenis pergerakan animasi  Microsoft Office Power Point 2016 yang terkini untuk kegunaan tugasan mereka.

Aktiviti

Petugas Pi memberi penerangan mengenai fungsi animasi dalam Ms Power point 2016, supaya pelajar mengenali dan mengetahui setiap komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Power Point. Pelajar juga diberikan nota layout sebagai rujukan dan memudahkan mereka sepanjang pembelajaran.  Disini para pelajar akan belajar secara satu persatu bagaimana hendak menghasilkan sebuah slide pembentangan yang menarik dengan menggunakan komponen animasi yang terdapat didalam Ms Power Point 2016.  

Gambar Disini