Tujuan

Kelas KDB Risiko dalam Talian Belia bertujuan untuk memberi pendedahan tentang risiko internet kepada belia yang melibatkan jenayah dan kes seksual di atas talian. Objektif kelas ini juga untuk memberi kefahaman mengenai isu perkongsian berlebihan, sexting, pengantunan atas talian dan buli siber supaya belia sentiasa mengamalkan konsep klik dengan bijak semasa melayari internet.

Aktiviti

Para belia diberi taklimat secara terperinci tentang program Klik Dengan Bijak Risiko dalam Talian. Sesi soal jawab dan penayangan video berkaitan KDB dapat membantu peserta supaya lebih memahami dan mengingati konsep ini. Peserta menjawab kuiz menggunakan Https://quizizz.com/admin/quiz/kuizklikdenganbijak dengan betul akan mendapat hadiah. Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjalan dengan lancar.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti membaca Surat Khabar Digital ini bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar pada masa kini. Media baharu seperti surat khabar elektronik dapat membantu pelajar mendapatkan maklumat  atau mengikuti perkembangan semasa. Kemajuan teknologi  maklumat dan komunikasi ICT pada masa kini menuntut pelajar untuk bergerak pantas serta boleh mendapat sumber atau berita dimana saja. Kelebihan akhbar digital  seperti https://www.beritaharian.com.my yang boleh diakses disemua lokasi yang mempunyai kemudahan internet memudahkan urusan pelajar.

Aktiviti

Para pelajar diberi penerangan mengenai kepentingan membaca dan isu-isu yang terdapat dalam surat khabar elektronik. Kemudian pelajar dikehendaki membaca surat khabar elektronik di laman web https://www.beritaharian.com.my.  dan  boleh memilih tajuk berita yang mereka hendak baca . Secara keseluruhannya, aktiviti ini dapat membantu mengisi masa lapang pelajar dengan berfeadah apabila mereka datang ke Pusat Internet dan memanfaatkan kemudahan yang ada.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Advokasi KDB bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan internet dalam teknologi komunikasi dan media dan seterusnya memperkenalkan internet itu mesra pengguna. Hal ini disebabkan internet memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang baik buruk kesan internet kepada golongan muda generasi kini. 

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat secara terperinci tentang program Klik Dengan Bijak mengenai kepentingn internet yang dijalankan. Sesi soal jawab dan penayangan video berkaitan KDB dapat membantu peserta supaya lebih memahami dan mengingati konsep ini. Peserta yang menjawab teka silang kata dengan betul akan mendapat hadiah. Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjalan dengan lancar. 

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Microsoft Paint ini diteruskan lagi untuk memberi kemahiran melukis kepada alhli baru dengan menggunakan komputer. Kelas ini juga bertujuan untuk mengasah bakat pelajar dalam bidang lukisan digital melalui komputer selain daripada menjadikannya sebagai satu pengalaman ilmu baru dan juga hobi mereka. 

Aktiviti

Kelas dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi peralatan yang ada didalam Microsoft Paint kepada  pelajar kemudian memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melakar lukisan dengan menggunakan perisian ini. Kemudian para pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah lukisan yang menarik berdasarkan hasil kreativiti sendiri.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi latihan Microsoft Power Point secara berterusan kepada pelajar sekolah menengah dengan menerokai komponen-komponen di dalam aplikasi ini .Pelajar akan lebih mengingati dan mengetahui cara-cara membuat slide pembentangan menggunakan setiap fungsi -fungsi didalam microsoft power point. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para belia tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian/ pejabat atau tugasan pada masa akan datang.

Aktiviti

Sesi penerangan daripada petugas tentang kepentingan Ms Power Point 2016. Petugas PI Kg Ranau memberikan tugasan kepada peserta supaya mereka lebih memahami dan mahir menggunakan aplikasi ini.  Secara keseluruhan aktiviti ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Malaysia iaitu menggalakkan penggunaan ICT untuk membina sebuah masyarakat berpengetahuan.

Gambar Disini