Tarikh : 14 Mei 2019 Masa : 2.00 Pm- 4.30 Pm Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan program Klik Dengan Bijak yang dilaksanakan oleh SKMM kepada ahli baru PI Kg Ranau. Dengan itu, program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang tanggungjawab dan keselamatan sebagai pengguna internet dengan bijak. Program ini bertujuan untuk memberi peringatan dan taklimat keselamatan (akaun peribadi penting) kepada ahli baru sebagai pengguna siber di era masa kini. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang baik buruk kesan internet kepada golongan muda generasi kini.
Aktiviti
Para peserta diberi taklimat secara terperinci tentang program Klik Dengan Bijak yang dijalankan oleh Petugas PI. Kemudian peserta menonton video mengenai KDB dan sesi soal jawab diadakan supaya peserta lebih memahami dan mengingati konsep KDB. Seterusnya, peserta juga diberikan tugasan menyiapkan Puzzle Klik Dengan Bijak. Peserta yang berjaya menyiapkan puzzle dengan pantas akan diberikan hadiah. Secara keseluruhannya aktiviti ini berjalan dengan lancar.
Tarikh : 10 Mei 2019 Masa : 2.00PM - 4.30PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 10 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mengajak komuniti terutamanya kanak-kanak dan remaja mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktikal dalam melakukan aktiviti berfeadah. Selain itu, ia boleh memupuk dan mewujudkan kemampuan pemikiran kreatif yang baik serta berkesan dengan menggunakan Microsoft Word 2016. Melalui aktiviti kreatif DIY ini dapat meningkatkan kemahiran menyunting gambar dan teks berdasarkan pelajaran Kelas ICT yang mereka telah sertai di pusat internet Kg Ranau. Disamping itu, pengenalan ringkas mengenai 'Klik dengan Bijak' dapat membantu memberi pengetahuan mengenai pentingnya Keselamatan Penggunaan Internet dengan betul.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan ringkas mengenai Klik dengan Bijak. Kemudian para petugas menerangkan beberapa konsep yang harus mereka ketahui dan fahami. Selepas itu, aktiviti Kreatif DIY Penanda Buku diteruskan dengan penerangan daripada Petugas PI dengan menggunakan ms word 2016 dan pembahagian bahan-bahan kepada para peserta yang telah disediakan oleh petugas PI Kg Ranau. Setelah siap , para peserta dapat menyiapkan penanda buku dengan kreatif dan kemas dapat membawa balik hasil kraetiviti mereka. Secara keseluruhannya, para peserta berjaya untuk menyelesaikan hasil kreatif mereka dan memahami konsep Klik dengan Bijak.
Tarikh :07 Mei 2019 Masa : 9.00AM- 12.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas Asas Adobe Photoshop cs6 dan Ms Publisher 2016 ini diteruskan lagi untuk memberi kemahiran menyunting imej dan teks kepada para belia tentang asas penggunaan kedua-dua perisian ini. Para belia dapat menyambung pembelajaran bagaimana hendak menghasilkan sebuah grafik atau imej dan teks yang menarik untuk kegunaan hasil kerja mereka dengan menggunakan perisian ini. Disamping itu, aktiviti ini dapat memberi kesedaran tentang pentingnya komputer pada masa kini kepada golongan belia dan pentingnya ilmu ICT sekaligus dapat melahirkan masyarakat digital.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan kepada petugas tentang kepentingan penggunaan Adobe Photoshop dan Ms Publisher dalam menyunting gambar serta teks. Seterusnya, petugas PI Kg Ranau mengajar para belia tentang fungsi-fungsi peralatan suntingan yang terdapat didalam adobe photoshop ini. Para belia secara praktikal menggunakan perisian yang dibimbing oleh petugas PI. Selepas selesai belajar adobe photoshop, para belia meneruskan pembelajaran Ms Publisher. Kemudian, petugas PI memberikan tugasan membuat poster supaya mereka lebih menguasai kemahiran ini. Peserta yang berjaya menghasilkan poster mengikut tema akan diberikan hadiah.
Tarikh : 08 Mei 2019 Masa : 2.00PM- 4.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 14 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menyebarkan info dan mempelajari agama kepada ahli pi dalam membentuk masyarakat yang berakhlak dan bermoral . Selain itu, aktiviti menonton video menggunakan televisen memainkan peranan penting dan mempunyai pelbagai fungsi seperti menyampaikan maklumat, hiburan, didikan dan seumpamanya serta menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara itu. Selain itu media seperti turut berpengaruh dalam pembentukan akhlak dan sikap masyarakat terutama generasi kanak-kanak dan remaja. Mini cinema menggunakan televisen juga sesuai digunakan untuk menyebarkan info dan mempelajari agama kerana sifatnya yang menggabungkan elemen audio dan visual yang dilihat lebih inovatif dan kreatif. Aktiviti ini juga bertujuan untuk mengisi masa lapang para ahli pi waktu petang dan mendekatkan lagi mereka dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti bermula dengan sesi tayangan video mengenai cerita-cerita nabi dan puasa kepada ahli pi kg Ranau menggunakan televisen.
Tarikh : 06 Mei 2019 Masa : 2.00PM - 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengenalan asas Microsoft Power Point dengan menerokai komponen-komponen di dalam aplikasi ini . Kelas ICT Belia ini diteruskan dengan kumpulan yang lain iaitu belia baru yang menjadi ahli PI dan mahu mengikuti kelas ict. Para belia juga dapat mengetahui lebih mendalam mengenai setiap fungsi -fungsi didalam microsoft power point. Disamping itu juga, kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para belia tentang asas animasi dan paparan dengan menggunakan aplikasi ini sekaligus membantu dan membimbing mereka untuk membuat kerja-kerja harian/ pejabat atau tugasan pada masa akan datang.
Aktiviti
Para peserta terlebih dahulu diberi pengenalan asas Microsoft Power Point secara teori. Mereka perlu memahami dan mengetahui setiap komponen-komponen di dalam aplikasi ini sebelum membuat kerja dengan menggunakan Power Point. Disamping itu juga, para peserta di dedahkan mengenai asas presentasi dalam bentuk slide yang dilengkapi dengan image, video, audio, clipart dan sebagainya yang terdapat di dalam aplikasi ini. Petugas PI Kg Ranau memberikan tugasan kepada peserta supaya mereka lebih memahami dan mahir menggunakan aplikasi ini kemudian peserta dikehendaki membentangkan hasil tugasan mereka. Secara keseluruhan aktiviti ini dapat mencapai objektif Pusat Internet Malaysia iaitu menggalakkan penggunaan ICT untuk membina sebuah masyarakat berpengetahuan.