Tarikh : 03 Mei 2019 Masa : 2.00PM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 13 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menguji minda para ahli PI. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti secara atas talian yang dapat menjana minda dan aktiviti yang berfeadah iaitu sebuah permainan pendidikan yang menarik dan menyeronokkan di PI Kg Ranau. Disamping itu juga, aktiviti ini menyampaikan mesej betapa pentingnya komputer pada masa kini dan seterusnya dapat mendekatakan ahli PI dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan melalui laman web www.jigsawplanet.com . Peserta diberikan masa untuk menyiapkan puzzle supaya mereka dapat mengatur masa bagi puzzle yang seterusnya. Peserta yang pantas menyiapkan puzzle dianggap sebagai pemenang. Melalui aktiviti ini juga dapat membantu mengisi masa lapang peserta.
Tarikh : 29 April 2019 Masa : 2.00 PM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk menjalankan kempen program keselamatan mengenai Klik Dengan Bijak yang dilaksanakan oleh SKMM kepada para pelajar sekolah . Dengan itu, program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang tanggungjawab dan keselamatan para pelajar sebagai pengguna internet dengan bijak. Program ini bertujuan untuk memberi peringatan dan tip-tip keselamatan (akaun peribadi penting) kepada para pelajar sebagai pengguna siber di era masa kini semasa melayari internet menggunakan komputer awam. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang baik buruk kesan internet kepada golongan muda generasi kini. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar pentingnya ilmu pengetahuan ICT pada masa kini.
Aktiviti
Para pelajar diberi taklimat secara terperinci tentang program Klik Dengan Bijak yang dijalankan menggunakan laman web www.klikdenganbijak.my. Pelajar seterusnya dikehendaki menulis maklumat-maklumat yang mereka pelajari semasa petugas memberi penerangan. Sesi soal jawab dan kuiz secara atas talian turut diadakan bagi memastikan pelajar dapat menjawab persoalan mengenai KDB.
Tarikh : 23 April 2019 Masa : 2.00 PM - 5.00 PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Latihan Media baru (Facebook, Instagram) ini bertujuan untuk membantu pelajar sekolah rendah yang masih lagi belum mempunyai akaun facebook dan instagram sendiri. Aktiviti ini dapat membolehkan peserta dapat membuka akaun email dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui atas talian dan dapat menggunakan media baru ini dengan baik. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu mewujudkan masyarakat digital dalam mengikut peredaran masa.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan memberi penerangan tentang fungsi-fungsi media baru kepada para pelajar kemudian petugas memberi tunjuk ajar bagaimana untuk membuka akaun facebook dan instgram menggunakan email sendiri. Kemudian para peserta mengisi maklumat penting dalam akaun mereka. Selain itu, petugas juga memberi perkongsian mengenai keselamatan password yang mereka boleh guna seterusnya Klik dengan Bijak dapat disampaikan kepada peserta secara langsung.
Tarikh : 26 April 2019 Masa : 2.00PM- 5.00PM Lokasi :PI Kg Ranau Peserta : 9 Orang |
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar ahli PI Kg Ranau. Program e-learning bahasa inggeris ini sangat membantu meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam penggunaan bahasa inggeris yang mana merupakan bahasa yang harus dimahiri pada masa kini terutama di kalangan pelajar sekolah rendah. Program e-learning ini juga memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini. Disamping itu, tujuan program ini diadakan adalah agar para pelajar PI Kg Ranau memanfaatkan keahlian mereka dengan baik dan berguna. Program ini juga bertujuan untuk mendekatkan ahli PI dengan PI Kg Ranau.
Aktiviti
Para pelajar diberi penerangan tentang e-learning bahasa inggeris terlebih dahulu oleh petugas PI. Kemudian mereka akan belajar menggunakan laman web tersebut iaitu http://www.funenglishgames.com dan menerokai dengan lebih terperinci permainan bahasa inggeris yang ada terdapat didalam laman web tersebut. Secara keseluruhannya, program sebegini amat baik kepada pelajar kerana dapat mendedahkan mereka dengan sistem pembelajaran secara online yang amat menyeronokkan dan boleh menarik minat mereka untuk lebih fokus kepada subjek-subjek pembelajaran yang lebih mencabar minda pada masa kini.
Tarikh : 20 April 2019 Masa : 3.00PM- 5.00PM Lokasi : PI KG RANAU Peserta : 19 Orang |
Tujuan
Aktiviti advokasi masyarakat digital ini bertujuan memberi pengetahuan kesedaran mengenai kepentingan teknologi data raya kepada masyarakat serta memberi peluang alternatif untuk menjana pendapatan melalui sistem data raya yang terdapat dalam negara pada masa kini. Masyarakat Digital bermaksud sebuah fenomena baik dalam bidang teknologi komunikasi dan masyarakat sosial melalui gabungan antara pengguna teknologi analog dan teknologi digital pada suatu tahap yang baik. Melalui aktiviti ini juga, peserta mendapat manfaat menerusi penggunaan ICT dalam masyarakat digital sekarang seperti kemudahan internet yang terdapat di Pusat Internet.
Aktiviti
Aktiviti ini bermula dengan sesi penayangan video mengenai masyarakat digital di malaysia, kemudian petugas memberi penerangan kepada peserta supaya mereka lebih memahami konsep ini. Sesi soal jawab turut diadakan bagi menyelesaikan setiap persoalan daripada peserta. Akhir daripada aktiviti ini, peserta dapat menyedari betapa petingnya kesedaran kepada pengguna tentang etika penggunaan media sosial, ancaman adan cabaran dihadapi ICT semasa dalam pembentukan sebuah masyarakat Malaysia yang maju.