Tujuan

Aktiviti STEM dengan menggunakan Lego diy bertujuan untuk melibatkan para pelajar dalam pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Selain itu, para pelajar juga dapat menjana minda dengan permainan lego yang memerlukan mereka untuk berfikir bagi menyiapkan satu lego tersebut. Oleh itu, aktiviti sebegini dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan menarik minat para pelajar untuk terus aktif bersama NaDI Kg Ranau.

Aktiviti

Petugas akan membekalkan satu bentuk lego yang perlu dihasilkan oleh para pelajar. Seterusnya, para pelajar akan diberikan masa dalam menyiapkan lego tersebut dan memerlukan kemahiran berfikir KBAT dalam menyusun atur bentuk lego. Di samping itu, dapat meningkatkan daya kreativiti mereka dalam penghasilan bentuk lego yang diberikan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Ms Word latihan menaip ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran ICT para pelajar dalam menggunakan komputer. Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa mengingati komponen yang terdapat dalam ms word dan komputer itu. Oleh itu, para pelajar dapat memperolehi banyak manfaat dengan mengikuti kelas ICT yang diadakan di NaDI Kg Ranau.

Aktiviti

Para pelajar sangat berminat untuk mengikuti kelas ICT ms word yang diadakan di NaDI Kg Ranau. Para pelajar juga merupakan ahli aktif yang sering mengikuti perkembangan kelas-kelas yang diadakan di NaDI Kg Ranau. Petugas memberikan arahan kepada para pelajar untuk memulakan sesi latihan menaip bagi menguji tahap kefahaman mereka dalam menggunakan ms word.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan Keusahawanan pengenalan shopee kepada komuniti setempat ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada mereka bagi menjalankan perniagaan atau membuat pembelian di platform shopee. Selain itu, para komuniti juga berpeluang untuk menjadi usahawan kecil dengan hanya menggunakan aplikasi shopee. Tambahan pula, aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran ICT para komuniti yang memerlukan bimbingan daripada petugas NaDi Kg Ranau.

Aktiviti

Rakan Digital NaDI Kg Ranau memberikan penerangan mengenai platform shopee yang kini menjadi pilihan para komuniti untuk menjalankan perniagaan dan pembelian. Seterusnya, komuniti juga boleh membuka akaun kedai shopee secara percuma dengan bimbingan rakan digital dan petugas NaDI.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada belia yang memerlukan bimbingan dalam penulisan resume. Selain itu, belia juga dapat menghasilkan resume yang lengkap dan boleh digunakan untuk tujuan permohonan kerja. Tambahan pula, belia dapat menambahkan kemahiran dalam penulisan resume yang perlu dikuasai oleh mereka.

Aktiviti

Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas NaDI mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Seterusnya, belia juga boleh mengisi maklumat peribadi untuk melengkapkan data yang perlu ada dalam resume. Di samping itu, petugas NaDI juga akan terus membantu para belia yang ingin membuat resume untuk mendapatkan pekerjaan di masa akan datang.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Ms Word ini bertujuan untuk mengajarkan para pelajar cara menghasilkan bentuk piramid makanan dengan menggunakan ms word. Selain itu, para pelajar akan diperkenalkan kepada perisian ms word dan fungsi-fungsinya yang berkaitan dengan pembuatan piramid makanan. Ini termasuk fungsi seperti menggambarkan, menyusun teks dan menyelaraskan objek.

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai piramid makanan, termasuk konsepnya dan pentingnya dalam pemakanan yang seimbang. Para pelajar juga akan diperkenalkan kepada komponen utama piramid makanan dan peranan setiap komponen dalam pemakanan yang sihat. Di samping itu, kelas ini dapat memberikan kemahiran praktikal dalam menggunakan perisian ms word untuk membuat piramid makanan yang menarik dan informatif.

Gambar Disini