Tarikh : 07 November 2023 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini diadakan di PEDi Kg Ranau bersama ahli PEDi yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Selain itu, aktiviti stem poster digital yang tertumpu kepada bidang sains boleh meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada para pelajar.
Aktiviti
Para pelajar terlebih dahulu diberikan tema untuk menghasilkan poster digital yang tertumpu kepada bidang sains. Seterusnya, pelajar dikhendaki untuk mengedit poster mengenai tema dan mengikuti kreativiti masing-masing. Di samping itu, penilaian yang dibuat oleh petugas berdasarkan keaslian, kreativiti, ketepatan tema dan kekemasan poster tersebut.
Tarikh : 06 November 2023 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 16 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk memupuk kreativiti dan idea para peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah. Selain itu, para peserta perlu menghasilkan paper flower yang berpandukan tutorial dari Youtube.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai cara untuk menghasilkan paper flower. Seterusnya, para peserta mula membuat tugasan yang diberikan dengan menonton youtube sebagai panduan mereka. Di samping itu, petugas juga memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menghasilkan bunga kertas dengan hanya menggunakan kertas A4 sahaja.
Tarikh : 05 November 2023 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti secara atas talian yang dapat menjana minda dan aktiviti yang berfeadah iaitu e-learning mewarna secara atas talilan yang menarik dan menyeronokkan di Pedi Kg Ranau. selain itu, program e-learning ini dapat membantu meningkatkan potensi kreativiti kanak-kanak dalam kombinasi mewarna yang digunakan.
Aktiviti
Aktiviti ini dijalankan melalui laman web https://worldflags.net/coloring-pages#google_vignette. Petugas memberikan penerangan mengenai cara menggunakan laman web tersebut. Kemudian para peserta diberikan masa untuk mewarna secara atas talian berdasarkan lukisan yang telah diberikan.
Tarikh : 16 November 2023 Masa : 10.30Am - 11.30Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Kelas keusahawanan ini diadakan di PEDi Kg Ranau untuk membantu usahawan yang ingin meningkatkan jumlah pasaran dengan menggunakan aplikasi shopee. Selain itu, Rakan Digital Pedi Kg Ranau juga membantu memberikan penerangan mengenai shopee dimana ia dapat membantu para usahawan khususnya golongan belia agar lebih memahami asas e-dagang. Kelas ini juga bertujuan bagi memberikan keyakinan kepada usahawan untuk membina kedai online dengan menggunakan aplikasi shopee
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan tunjuk ajar daripada Rakan Digital tentang bagaimana cara untuk membuka akaun kedai shopee secara asas. Seterusnya, rakan digital juga memberikan penjelasan mengenai kelebihan meningkatkan pemasaran produk usahawan. Di samping itu, kelas ini dapat memberikan peluang kepada para peserta yang ingin memulakan perniagaan mereka secara atas talian.
Tarikh : 04 November 2023 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan menguji minda para pelajar dengan satu permainan iaitu puzzle yang mencabar serta menarik perhatian mereka bagi melakukan aktiviti yang dapat menjana minda. Selain itu, aktiviti ini diadakan untuk mengisi masa lapang pelajar dengan perkara yang bermanfaat.
Aktiviti
Aktiviti ini menggunakan laman web www.jigsawplanet.com. Seterusnya, petugas juga memberikan penerangan kepada para peserta tentang cara-cara untuk menggunakan laman web ini. Aktiviti permainan puzzle ini dapat menguji ketangkasan para pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan komputer.