Tujuan

Program Unifi bersama komuniti ini diadakan untuk mempromosikan lagi pakej unifi yang sesuai dengan para komuniti. Program ini dijalankan di Dewan Kg Ranau dengan kerjasama PEDi Kg Ranau dan Simpang Tiga Langkon. Selain itu, pelbagai jabatan dan usahawan terlibat dalam program ini seperti PDRM, Klinik Kesihatan Kota Marudu, Usahawan PEDi, dan WellnessHub Tandek. Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang diadakan seperti aktiviti mewarna, senamrobik dan pemerikasaan kesihatan secara percuma kepada komuniti.

Aktiviti

Petugas PEDi dan Unifi telah berkerjasama untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Seterusnya, slot perkongsian juga telah diadakan untuk memberi peluang kepada para komuniti bertanya dan mengambil peluang untuk mengetahui banyak maklumat yang dikongsikan bersama. Tambahan pula, program ini dapat memberikan banyak manfaat kepada komuniti dengan adanya promosi daripada pihak unifi dan PEDi. Taklimat keusahawanan juga telah diadakan untuk mengisi ilmu pengetahuan para usahawan PEDi. Oleh itu, para komuniti yang mengikuti program ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka mengenai bidang keusahawan dan mengetahui tentang pakej-pakej unifi terkini. Slot ceramah juga dapat memberikan sedikit manfaat kepada para komunit Kg Ranau.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Kami Peduli yang dianjurakan oleh PKKK Kota Marudu dan PPKK Kota Marudu dengan kerjasama jabatan yang lain seperti PEDi, PDRM, dan KKM Kota Marudu. Terdapat banyak slot perkongsian daripada jabatan yang terlibat untuk memberikan pengetahuan am kepada para pelajar khususnya pelajar sekolah menengah SMK Bengkongan. Selain itu, tujuan program ini juga adalah memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai undang-undang yang diwujudkan bagi memberi perlindungan kepada mereka.

Aktiviti

Petugas PEDi Kluester KM turut hadir ke SMK Bengkongan untuk menyampaikan taklimat dengan topik Advokasi KDB dan S.A.F.E Internet. Seterusnya, taklimat ini bertujuan untuk memberikan kesedaran awam berkaitan keselamatan internet kepada pelajar yang bermatlamatkan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Aktiviti lain yang telah diadakan adalah slot bersama JKM dengan topik hak kanak-kanak, bersama PDRM topik akta jenayah seksual kanak-kanak 2017 dan slot terakhir bersama Pegawai Psikologi dengan topik kesihatan mental remaja masa kini. Tambahan pula, aktiviti kuiz juga diadakan sepanjang program ini berlangsung untuk memastikan para pelajar dapat memahami apa yang disampaikan oleh para penceramah.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program Pemasaran Digital OHSEM merupakan satu platform untuk mencapai audiens di Facebook, Instagram dan Tiktok. Selain itu, seminar ini memberi pencerahan mengenai cara bagi meningkatkan jenama ke tahap yang lebih tinggi melalui penyelesaian pemasaran digital dipacu data yang berpengaruh dan kandungan luar biasa yang bertujuan untuk memenangi hati pengguna.

Aktiviti

Para usahawan yang hadir ke PEDi Kg Ranau mengambil peluang untuk mengikuti program pemasaran digital ohsem yang dijalankan secara atas talian. Petugas juga telah menyediakan tempat untuk para usahawan yang menggunakan komputer bagi menghadiri program pemasaran digital. Seterusnya, En Ashran Ghazi merupakan ketua pegawai eksekutif dattle asia group akan menyampaikan taklimat beliau mengenai cara pemasaran digital yang berkesan untuk para usahawan dalam meningkatkan lagi perniagaan mereka. Banyak tips yang diberikan oleh beliau dalam membuat pengiklanan secara digital dengan menggunakan platform seperti facebook, instagram dan tiktok.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

STEM merupakan satu bidang pembelajaran di sekolah dan bidang pengajian di peringkat tertiari. Contoh bidang mata pembelajaran STEM adalah seperti Sains, Kimia, Matematik, Asas Kelestarian, Grafik Komunikasi Teknikal, dan Sains Komputer. Selain daripada itu, STEM merupakan satu pendekatan P&P yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar.

Aktiviti

Para pelajar diberikan penerangan terlebih dahulu mengenai prgoram STEM yang telahpun dijalankan oleh sekolah mereka. Petugas turut menyediakan ruang untuk menjawab sedikit kuiz mengenai STEM yang telahpun menjadi subjek pilihan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah. Pelajar juga turut mempelajari secara atas talian mengenai aktiviti STEM yang merupakan subjek tambahan bagi mereka di masa akan datang.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program ini dijalankan di Sk Pekan II Kudat dengan penglibatan para pelajar sekolah rendah seramai 450 orang. Kluster PEDi Kota Marudu telah memberikan taklimat mengenai advokasi KDB dan S.A.F.E Internet kepada para pelajar. Selain itu, program ini amat penting untuk diadakan secara berterusan agar dapat membimbing para pelajar dalam penggunaan internet dengan betul dan lebih memahami tentang advokasi klik dengan bijak. Di samping itu, program advokasi ini dapat memberi kesedaran awal kepada para pelajar tentang pentingnya berhati-hati menggunakan media sosial serta internet terutamanya berkenaan dengan maklumat diri. Kluster PEDi Kota Marudu membuat pelbagai insiatif untuk membantu pelajar-pelajar sekolah kawasan Kudat agar lebih berwaspada dan bertanggungjawab dalam menggunakan internet. Seterusnya, Kluster PEDi Kota Marudu juga mempromosikan perkhidmatan PEDi serta kelas dan aktiviti yang dilakukan di PEDi agar mereka lebih tertarik menggunakan perkhidmatan yang ada.

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai PEDi iaitu pusat ekonomi digital yang semakin dikenali dalam kalangan pelajar. Objektif program ini agar dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan internet dalam kehidupan seharian. Seterusnya, para petugas turut menyampaikan taklimat mengenai advokasi KDB dan cara penggunaan internet yang betul. Selain itu, petugas juga turut berkongsi tips keselamatan untuk melayari internet dengan cara yang betul dan selamat.

Gambar Disini