Tujuan

Latihan keusahawanan ini bertujuan untuk membantu para usahawan yang ingin meningkatkan kemahiran keusahawanan tempatan dengan menggunakan platform tiktok shop. Selain itu, dapat meningkatkan latihan asas keusahawanan agar para usahawan lebih mahir dalam bidang pemasaran digital iaitu secara atas talian. Di samping itu, kelas ini juga boleh membimbing para usahawan PKD pinatau dalam meluaskan lagi perniagaan serta menambahkan lagi jualan melalui platform digital seperti tiktok shop.

Aktiviti

Rakan digital Kg Tingkalanon telah membantu para usahawan untuk membuat tiktok shop affiliate dengan memberikan penerangan mengenai cara untuk mendaftar menggunakan akaun tiktok usahawan itu. Tambahan pula, tiktok shop affilite yang digunakan juga dapat membantu usahawan untuk mempromosikan lagi jualan mereka dan lebih memudahkan mereka untuk terus berkomunikasi dengan pelanggan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal mengenai penggunaan komputer kepada ahli PEDi Kg Ranau yang merupakan seorang pelajar pra sekolah. Selain itu, dapat membantu meningkatkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar bagi mengasah bakat mereka dalam kemahiran menggunakan komputer.

Aktiviti

Adik Nur Farzana sangat berminat untuk mempelajari bidang ICT di PEDi Kg Ranau. Seterusnya, aktiviti e-learning (spot the diffrence) ini dapat meningkatkan tahap pemikiran pelajar dengan mengusai ilmu ICT yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar. Di samping itu, banyak manfaat yang diboleh diperolehi dalam mengikuti kelas ICT yang sering diadakan di PEDi Kg Ranau.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Microsoft Power Point bersama pelajar sekolah rendah yang merupakan ahli PEDi Kg Ranau dijalankan bagi memberikan asas pengenalan kemahiran berkaitan MS Power Point 2021. Selain daripada itu, objektif kelas ini adalah memperkenalkan kepada mereka tentang pentingnya penggunaan komputer pada masa kini khususnya bagi pelajar sekolah.

Aktiviti

Para pelajar diberikan penerangan untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat dalam Ms Power Point 2021. Seterusnya, petugas akan memantau para pelajar dalam menggunakan ms power point untuk memastikan mereka dapat mengetahui cara menghasilkan slide pembentangan yang menarik. Secara keseluruhannya, pelajar dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat dan berguna di masa akan datang.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian para pelajar untuk melakukan aktiviti secara atas talian yang dapat menjana minda para pelajar. Selain itu, aktiviti mewarna secara atas talian ini juga boleh membantu pelajar untuk lebih mahir dalam menggunakan komputer khususnya cara untuk mengendalikan komputer dengan lebih baik. Tambahan pula, aktiviti ini dapat meningkatkan potensi kreativiti kanak-kanak dalam kombinasi warna yang digunakan dalam menyelesaikan tugasan.

Aktiviti

Aktivit ini dijalankan melalui laman web www.hellokids.com. Seterusnya, petugas turut memberikan penerangan kepada para pelajar tentang cara-cara untuk menggunakan laman web tersebut. Kemudian pelajar akan diberikan masa untuk menyiapkan sesi mewarna secara atas talian berdasarkan lukisan yang dipilih.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas ICT Ms Word 2021 in betujuan untuk meningkatkan lagi pemahaman para pelajar mengenai komponen yang terdapat dalam ms word. Selain itu, pelajar juga boleh menambahkan lagi kemahiran menaip untuk kegunaan di masa akan datang. Para pelajar juga boleh memperolehi banyak manfaat dengan mengikuti kelas ICT yang diadakan di PEDi Kg Ranau.

Aktiviti

Adik Nursyahirah dan Nursyahindah amat berminat untuk mengikuti kelas ICT ms word yang diadakan di PEDi. Para pelajar ini memberikan tumpuan kepada penerangan petugas mengenai komponen-komponen yang pada ms word. Seterusnya, mereka juga telah diberikan tugasan untuk menaip satu maklumat yang tepat bagi menguji tahap kefahaman mereka dalam menggunakan ms word 2021.

 Gambar Disini