Tarikh : 13 Oktober 2023 Masa : 2.00Pm - 3.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi suasana yang baharu kepada teknik pembelajaran advokasi yang menarik dan menyeronokkan kepada para pelajar. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menguji tahap keyakinan para pelajar dan kreativiti dalam menyampaikan sebuah maklumat melalui lagu dan muzik. Selain itu, aktiviti ini bertujuan bagi mendedahkan kepada mereka betapa pentingnya medium ICT pada masa kini dalam meningkatkan tahap pembelajaran mereka.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulai dengan memberi tajuk tugasan kepada para pelajar dan menggunakan medium youtube sebagai sumber carian maklumat. Para pelajar juga diarahkan untuk menyiapkan tugasan berdasarkan rentak muzik yang dipilih. Tambahan pula, aktiviti ini dapat mengasah bakat para pelajar dalam kebijaksanaan terhadap rentak muzik.
Tarikh : 11 Oktober 2023 Masa : 2.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Tujuan latihan keusahawanan ini dijalankan untuk membantu meningkatkan lagi kemahiran keusahawanan yang sudah pun ada dalam dunia perniagaan seperti tiktok shop. Selain itu, dapat memberikan latihan secara berterusan kepada usahawan PEDi Kg Ranau agar produk jualan mereka terus dapat ditingkatkan dengan proses pemasaran yang luas. Di samping itu, para usahawan dapat menambahkan platform jualan produk mereka selain aplikasi shopee.
Aktiviti
Petugas telah membantu usahawan untuk mengemaskini akaun tiktok shop dengan memberikan penjelasan mengenai cara untuk melengkapkan akaun kedai tiktok shop mereka. Seterusnya, kedai tiktok shop ini juga menjadi salah satu platform bagi usahawan untuk menambahkan lagi pendapatan bulanan mereka selain berjual secara bersemuka dengan pelanggan. Kedai tiktok shop ini juga dapat meluaskan lagi jurang sosial usahawan dengan berkomunikasi secara baik untuk mendapatkan pelanggan.
Tarikh : 08 Oktober 2023 Masa : 3.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan untuk menguji tahap ketangkasan para pelajar sekolah menengah dalam aktiviti menaip. Selain itu, aktiviti ini juga boleh meningkatkan kemahiran menaip secara berterusan kepada para pelajar dengan menggunakan tablet selain komputer. Oleh itu, hasil daripada aktiviti ini dapat membantu para pelajar untuk mengusai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat dan potensi pelajar dalam bidang ICT.
Aktiviti
Para pelajar diberikan tugasan untuk menyiapkan teks yang telah diberikan oleh petugas dengan menggunakan laman web yang telah disediakan. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, pelajar dapat mengetahui tahap ketangkasan mereka dalam aktiviti menaip serta mengembangkan lagi ilmu perkomputeran dalam bidang ICT.
Tarikh : 11 Oktober 2023 Masa : 10.00Am - 12.00Pm Lokasi : SMK Kota Marudu II Peserta : 476 Orang |
Tujuan
Program ini dijalankan di SMK Kota Marudu II dengan penglibatan para pelajar sekolah menengah seramai 476 orang iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 4. Kluster PEDi Kota Marudu telah memberikan taklimat mengenai advokasi KDB dan S.A.F.E Internet kepada para pelajar. Selain itu, program ini amat baik untuk terus diadakan agar dapat membimbing para pelajar dalam penggunaan internet dengan betul dan lebih memahami tentang advokasi klik dengan bijak.
Aktiviti
Para petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai PEDi iaitu pusat ekonomi digital yang semakin dikenali dalam kalangan pelajar. Seterusnya, setiap petugas turut menyampaikan taklimat mengenai advokasi KDB dan penggunaan internet yang betul. Objektif program ini agat dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan internet. Selain itu, petugas juga turut berkongsi tips keselamatan untuk melayari internet dengan cara yang betul dan selamat. Disamping itu, aktiviti kuiz juga diadakan bagi menguji tahap kefahaman para pelajar mengenai taklimat yang disampaikan.
Tarikh : 07 Oktober 2023 Masa : 2.30Pm - 5.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 5 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti STEM ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai pembelajaran sains di mana aktiviti ini dapat mengasah kemahiran kreativiti pelajar dalam menghasilkan satu bentuk objek yang menarik. Aktiviti STEM iaitu struktur binaan ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara rasional dan bertindak dengan lebih cepat dalam memastikan objek yang dibina adalah kukuh dan stabil.
Aktiviti
Petugas memulakan dengan sesi penerangan mengenai struktur binaan yang akan dibuat oleh para pelajar. Para pelajar juga telah diberikan bahan-bahan utama seperti pencungkil gigi dan tanah liat. Seterusnya, para pelajar diberikan tugasan untuk menghasilkan satu reka bentuk objek mengikut kreativiti masing-masing. Petugas juga sentiasa memantau para pelajar yang mengikuti aktiviti STEM ini.