Tujuan

Aktiviti STEM iaitu struktur binaan ini diadakah di PEDi Kg Ranau bersama para pelajar sekolah rendah. Selain memberi pendedahan mengenai pembelajaran sains, aktiviti ini juga dapat mengasah kemahiran kreaktiviti pelajar dalam menghasilkan sebuah objek bangunan yang menarik. Di samping itu, para pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara rasional dan bertindak dengan lebih cepat dalam memastikan objek yang dibina adalah kukuh dan stabil.

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan sesi penerangan mengenai struktur binaan yang akan dibuat oleh para pelajar. Petugas terlebih dahulu menyediakan bahan-bahan seperti pencungkil gigi dan plastisin. Para pelajar diberikan tugasan untuk menghasilkan satu reka bentuk objek mengikut kreativiti masing-masing. Petugas juga sentiasa memantau para pelajar yang mengikuti aktiviti stem ini.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Advokasi KDB iaitu maklumat palsu bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang kebertanggungjawaban dalam menggunakan platform digital dan juga memastikan kesahihan sebuah maklumat atau berita. Selain itu, advokasi ini juga boleh memberikan pengetahuan awal agar sentiasa berhati-hati dalam mempercayai sesuatu sumber berita dan tidak menyebarkan tanpa membuat kesahihan.

Aktiviti

Aktiviti KDB yang diadakan di PEDi Kg Ranau dan dimulakan dengan sesi penerangan tentang maklumat palsu juga langkah-langkah bagi menangani berita atau maklumat palsu didalam kalangan para pelajar. Slide pembentang juga ada disediakan bagi memastikan para pelajar dapat memahami tentang maklumat palsu yang semakin popular dalam kalangan komuniti. Aktiviti kuiz juga dijalalnkan untuk menguji minda serta kefahaman para pelajar tentang kesedaran maklumat palsu.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk menarik perhatian mereka dengan melakukan aktiviti secara atas talian yang dapat menjana minda dan aktiviti yang berfaedah. Selain itu juga, aktiviti mewarna dapat membantu meningkatkan potensi kreativiti para pelajar dalam kombinasi warna yang digunakan. Disamping itu, para pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran menggunakan komputer di PEDi Kg Ranau.

Aktiviti

Aktiviti ini diadakan di PEDi dengan menggunakan laman web https://www.supercoloring.com/coloring-pages/flag-of-malaysia. Petugas memberikan penerangan kepada pelajar cara-cara menggunakan laman web ini. Kemudian pelajar diberikan masa untuk mewarna secara atas talian berdasarkan lukisan yang telah diberikan. Melalui aktiviti ini juga dapat membantu mengisi masa lapang pelajar dan meningkatkan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan dalam menyiapkan karya mereka mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kursus pengendali makanan ini merupakan anjuran R&D Food Safety Solutions. Selain itu, tujuan kursus ini adalah untuk membantu para peserta memahami isu-isu dan punca keracunan makanan. Peserta juga akan mempelajari cara mengendalikan makanan dengan selamat dan mempelajari cara penyimpanan makanan yang sesuai. Oleh itu, peserta dapat mengetahui tindakan yang patut diambil untuk mengawal faktor-faktor kritikal keracunan makanan. Tambahan pula, sijil pengendali makanan ini sangat penting bagi peniaga makanan dan usahawan produk makanan.

Aktiviti

Kursus ini dijalankan di PEDi Kg Ranau dengan seramai 20 orang peserta. Petugas juga telah menyediakan tempat untuk sesi taklimat bagi kursus pengendali makanan ini. Seterusnya, aktiviti dimulakan dengan sesi penerangan mengenai program latihan pengendali makanan bersama R&D Food Safety Solutions. Penceramah bagi kursus ini ialah Pn Dahirah Mahmud. Tambahan pula, sesi soal jawab juga turut diadakan agar peserta lebih memahami objektif kursus latihan pengendali makanan tersebut.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Aktiviti STEM yang dijalankan di PEDi Kg Ranau bertujuan untuk menarik minat para ahli PEDi yang terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu, aktiviti ini dapat meningkatkan lagi kreativiti dan kerjasama antara para pelajar dengan melibatkan diri dalam aktiviti STEM yang diadakan di PEDi Kg Ranau. Oleh itu, para pelajar boleh mengeratkan silaturahim antara ahli PEDi Kg Ranau.

Aktiviti

Aktiviti dimulaikan dengan sesi penerangan mengenai skop atau definisi STEM secara umum kepada para pelajar. Kemudian para pelajar perlu mempelajari beberapa teknik dalam aktiviti stem (stacks cups). Dalam aktiviti ini para pelajar perlu berkerjasama dalam satu pasukan untuk menghasilkan susunan gelas secara teratur. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, petugas akan memastikan para pelajar mengikuti arahan yang diberikan.

Gambar Disini