Tujuan

Tujuan aktiviti STEM iaitu membuat botol sifir ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai pembelajaran STEM (Science, Technology, Engineering dan Matematik) di mana para pelajar dapat menggunakan inovasi ini melalui kaedah STEM. Selain itu, para pelajar dapat menggunakan bahan terbuang seperti boltol air yang boleh dikitar semula untuk dijadikan bahan bacaan sifir. Perkongsian hasil botol sifir yang dihasilkan oleh para pelajar dapat memudahkan mereka untuk menggunakan botol sifir dalam pembelajaran mereka khususnya mata pelajaran matematik.

Aktiviti

Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai cara untuk menghasilkan botol sifir dengan mudah. Para pelajar telah diarahkan untuk membuat satu kiraan sifir dalam kertas A4 sebelum dilekatkan ke botol yang dikitar semula. Aktiviti ini dapat membantu para pelajar untuk menghafal sifir dengan lebih mudah dan memberikan semangat kepada mereka untuk terus belajar ilmu pengiraan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Program ini diadakan di SMK Bandau, Kota Marudu dengan disertai oleh pelajar sekolah menengah bersama Kluster PEDi Kg Tandek, PEDi Kg Tingkalanon, PEDi Kg Ranau dan PEDi Simpang Tiga Langkon dengan anjuran Pasukan Pelindungan & Kebajikan Kanak-Kanak Kota Marudu kerjasama Bahagian Kanak-Kanak dan Printah Khidmat Masyarakat Pejabat Kebajikan Kudat. Setiap PEDi telah memberikan taklimat mengenai Klik Dengan Bijak Grooming Siber kepada pelajar sekolah di SMK Bandau.

Aktiviti

Para petugas yang hadir memberikan taklimat secara terperinci mengenai Klik dengan bijak grooming siber kepada para pelajar dan mengadakan kuiz Klik dengan bijak. Selain itu, para pelajar juga diberikan penerangan dengan adanya slide pembentangan daripada pihak PEDi untuk memastikan para pelajar lebih memahami mengenai isu terkini. Selepas itu, aktiviti kuiz KDB turut dijalankan untuk mengetahui sejauh mana pemahaman para pelajar akan penggunaan internet dan jenayah seksual dalam talian. Secara keseluruhannya, program taklimat ini amat baik diadakan agar para pelajar lebih berhati-hati dalam membanteras jenayah seksual dalam talian.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Kelas Excel bersama adik Iqbal ini dijalankan bertujuan untuk memberi asas pengenalan kemahiran berkaitan Microsoft Excel 2016. Selain itu, objektif kelas ini memperkenalkan kepada adik Iqbal betapa pentingnya penggunaan komputer pada masa kini.

Aktiviti

Adik Iqbal diajar untuk mengenali setiap komponen-komponen serta fungsi yang terdapat didalam Ms Excel 2021. Petugas juga menyediakan slide dan mengajar peserta akan setiap fungsi komponen-komponen yang terdapat didalam Ms Excel 2021. Seterusnya, petugas juga menerangkan fungsi asas simbol (pengiraan) dalam excel dan mengenai ruang seperti colum, row, dan cell.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini diadakan untuk membantu usahawan memasukan produk jualan di shopee dengan menggunakan website shopee seller center. Selain itu, usahawan boleh mengemaskini kedai online mereka di shopee dan sentiasa memastikan stok barangan yang dijual telah dikemaskini. Di samping itu, platform shopee ini dapat meluaskan lagi perniagaan dan meningkatkan pelbagai jenis jualan usahawan dengan menggunakan akaun shopee.

Aktiviti

Petugas yang membimbing usahawan PEDi telah memberikan tunjuk ajar mengenai cara untuk memasukkan jualan produk yang ingin dijual. Usahawan juga telah belajar untuk mengemaskini kedai shopee iaitu dengan menggunakan website seller center. Oleh itu, ushawan hanya perlu mempromosikan produk ataupun link produk daripada syarikat mahupun individu lain untuk menarik minat para pelanggan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan untuk menanamkan kecintaan terhadap alam sekitar dalam usaha menjaga kelestarian flora dan fauna. Selain itu, aktiviti ini juga boleh melahirkan pelajar yang berdedikasi dan berketerampilan serta mampu menjadi pemimpin berkaliber selain aktif dalam bidang kokurikulum. Di samping itu, dapat membina jalinan yang erat antara PPD, JPN dan KPM serta mengukuhkan hubungan erat sekolah-sekolah rendah dan menengah.

Aktiviti

Para pelajar yang diiringi oleh guru mereka hadir ke PEDi Kg Ranau untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan internet bagi mengakses laman youtube untuk aktiviti pembelajara secara atas talian. Aktiviti ini banyak memberikan pengajaran dalam memupuk semangat untuk menjaga alam sekitar dan usaha bagi mengekalkan kelestarian flora dan fauna. Seterusnya, para pelajar diarahkan untuk menonton beberapa slot video mengenai kempen alam sekitar. Petugas juga sentiasa memastikan para pelajar dapat menggunakan perkhidamatan komputer dengan baik.

Gambar Disini