Tarikh : 20 September 2023 Masa : 9.00Am - 12.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini jalankan untuk membantu usahawan memasukkan produk jualan di tiktok dengan menggunakan website tiktok seller center. Selain itu, usahawan boleh mengemaskini kedai online mereka di tiktok dan sentiasa memastikan stok barangan yang dijual telah dikemaskini. Di samping itu, platform tiktok shop ini dapat meluaskan lagi perniagaan dan meningkatkan pelbagai jenis jualan usahawan dengan menggunakan akaun tiktok shop.
Aktiviti
Petugas yang membimbing usahawan PEDi telah memberikan tunjuk ajar mengenai cara untuk memasukkan gambar produk yang ingin dijual. Gambar produk merupakan perkara paling penting bagi peniaga atas talian kerana pembeli akan membeli barang jualan peniaga melalui produk yang dimuat naik. Oleh itu, pemilihan gambar yang cantik dan platform yang baik sangat penting untuk menarik perhatian dan minat pelanggang. Affiliate marketing juga adalah satu sistem pemasaran menggunakan komisen. Usahawan hanya perlu mempromosikan produk ataupun link produk daripada syarikat mahupun individu lain untuk menarik minat para pelanggang.
Tarikh : 19 September 2023 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk menguji tahap kemampuan para pelajar sekolah rendah dalam menggunakan komputer bagi aktiviti menaip. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi kemahiran menaip secara berterusan kepada para peserta dengan menggunakan laman web https://www.typingpal.com/en/typing-test. Oleh itu, hasil daripada aktiviti ini dapat membantu pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat dan potensi para pelajar.
Aktiviti
Para pelajar diberikan tugasan untuk menyiapkan teks yang telah diberikan oleh petugas dengan menggunakan laman web yang telah disediakan. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, petugas akan memastikan para pelajar dapat menguasai penggunaan komputer dengan lebih baik.
Tarikh : 17 September 2023 Masa : 9.00Am - 11.30Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 3 Orang |
Tujuan
Aktiviti STEM ini diadakan di PEDi Kg Ranau dengan para pelajar sekolah rendah. Selain itu, aktiviti ini dapat menarik minat para pelajar dengan meningkatkan lagi pengetahuan pelajar dalam pendidikan STEM serta membuka minda para pelajar mengenai kepentingan pendidikan STEM. Di samping itu, program STEM yang dijalankan di PEDi dapat membantu meningkatkan pencapaian kendiri pelajar sekolah terhadap pendidikan STEM selain meningkatkan motivasi diri, strategi dan teknik dalam menyelesaikan tugasan selaras dengan potensi diri yang ada pada para pelajar.
Aktiviti
Para pelajar yang mengikuti aktiviti STEM terlebih dahulu diberikan penerangan mengenai alat pengukur angin yang akan dibuat dengan menggunakan bahan-bahan seperti gelas, kotak, dan gam. Seterusnya, setiap pelajar perlu mengetahui susunan gelas yang digunakan untuk mengukur arah mata angin. Sepanjang aktiviti ini berlangsung, petugas akan memastikan para pelajar dapat menghasilkan alat pengukur angin dengan menggunakan bahan yang telah disediakan.
Tarikh : 18 September 2023 Masa : 2.00Pm - 3.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas membuat resume ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar spm iaitu adik Haziq. Selain itu, kelas ini juga boleh membantu pelajar untuk mengetahui tentang cara menghasilkan resume yang betul dan lengkap. Tambahan pula, dengan adanya pengetahuan asas mengenai resume adik haziq boleh terus memohon pekerjaan untuk mencari pengalaman selepas spm.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan daripada petugas PEDi mengenai aplikasi yang akan digunakan untuk menghasilkan resume yang lengkap. Seterusnya, adik haziq menggunakan aplikasi canva bagi menghasilkan resume yang baik untuk digunakan dalam mencari pekerjaan. Di samping itu, petugas juga turut membantu adik haziq dalam menggunakan aplikasi canva tersebut.
Tarikh : 14 September 2023 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran keusahawanan yang sudah pun ada dalam dunia perniagaan seperti tiktok shop. Selain itu, ia juga dapat memberikan latihan secara berterusan kepada usahawan PEDi Kg Ranau agar produk jualan mereka terus meningkatkan dengan proses pemasaran digital yang akan digunakan. Seterusnya, latihan ini dapat membimbing para usahawan PEDi Kg Ranau dalam meluaskan perniagaan dan meningkatkan peningkatan jualan melalui platform digital yang kini menjadi pilihan peniaga dan pelanggan.
Aktiviti
Usahawan telah dibantu Rakan Digital untuk mengemaskini akaun tiktok shop dengan memberikan penerangan mengenai cara untuk melengkapkan akaun kedai tiktok mereka. Selain itu, tiktok shop yang digunakan oleh usahawan ini juga dapat membantu untuk mempromosikan lagi jualan mereka dan lebih memudahkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.