Tarikh : 19 Ogos 2023 Masa : 3.00Pm - 4.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 2 Orang |
Tujuan
Aktiviti STEM ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dengan amali dan bersifat pendidikan serta menyeronokkan. Selain itu, pendidikan STEM ini akan membantu mereka untuk belajar dan mencetuskan minat mereka dalam pelbagai bidang.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan menonton video di Youtube tentang cara untuk menghasilkan paper rocket. Seterusnya, petugas telah mengagihkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan paper rocket tersebut serta memulakan aktiviti dengan panduan dan tunjuk ajar secara langsung daripada video dan bantuan petugas PEDi. Bahan yang digunakan adalah, kertas, straw, gunting dan gam.
Tarikh : 19 Ogos 2023 Masa : 10.00Am - 11.00Am Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini dijalankan bagi memberikan pendedahan pendidikan secara online kepada pelajar yang merupakan ahli PEDi Kg Ranau. Selain itu, kuiz online matematik ini juga sangat membantu dalam meningkatkan ilmu kemahiran para pelajar didalam bidang pengiraan dengan lebih mencabar dan efektif secara online. Program e-learning ini memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu ICT kepada para pelajar pada masa kini.
Aktiviti
Pelajar diberikan penerangan tentang e-learning matematik terlebih dahulu oleh petugas PEDi. Seterusnya, pelajar akan menjawab soalan kuiz online matematik dengan menggunakan laman web https://wordwall.net/en-gb/community/math-quiz. Oleh itu, banyak manfaat yang boleh didapati oleh para pelajar yang sering berkunjung di PEDi Kg Ranau.
Tarikh : 14 Ogos 2023 Masa : 2.30Pm - 4.30Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 6 Orang |
Tujuan
Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan menguji minda para pelajar dengan satu permainan iaitu puzzle yang mencabar serta menarik perhatian mereka untuk melakukan aktiviti yang menjana minda. Selain itu, aktiviti ini diadakan untuk mengisi masa lapang pelajar dengan perkara yang bermanfaat. peserta yang mengikuti aktiviti ini juga merupakan ahli aktif PEDi Kg Ranau.
Aktiviti
Aktiviti ini menggunakan laman web www.jigsawplanet.com. Seterusnya, petugas juga memberikan penerangan kepada peserta tentang cara-cara untuk menggunakan laman web ini. Aktiviti permainan puzzle ini dapat menguji ketangkasan para pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan komputer.
Tarikh : 18 Ogos 2023 Masa : 2.30Pm - 5.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 8 Orang |
Tujuan
Aktiviti STEM robotic hand ini dijalankan untuk memupuk minat para pelajar dalam bidang sains dan teknologi. Selain itu, para pelajar digalakkan mencipta dan berfikir dari kotak pemikiran yang lebih kritis untuk peningkatan suatu inovasi yang baru dalam kehidupan seharian. Daya pemikiran yang celik tertumpu kepada teknologi, sains dan kejuruteraan adalah sangat dititikberatkan.
Aktiviti
Petugas terlebih dahulu memberikan penerangan mengenai skop atau definisi STEM secara umum kemudian para pelajar perlu mempelajari beberapa projek mini inovasi STEM yang terdapat pada laman youtube. Seterusnya, mereka perlu menghasilkan robotic hand dari bahan utama iaitu kotak, straw, double gam, dan benang. Setiap pelajar menunjukkan komitmen yang jitu dalam menjayakan projek STEM dan mereka sangat teruja dengan projek mini robotic hand.
Tarikh : 16 Ogos 2023 Masa : 9.00Am - 12.00Pm Lokasi : PEDi Kg Ranau Peserta : 1 Orang |
Tujuan
Kelas keusahawanan iaitu kelas membuat logo produk ini bertujuan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada para usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri untuk mempelajari bagaimana menghasilkan sebuah logo yang menarik bagi kegunaan produk dan perkhidmatan mereka.
Aktiviti
Kelas suntingan imej produk ini menggunakan perisian canva dimana ia dapat membantu usahawan untuk mencipta logo produk mereka. Seterusnya, logo yang mereka hasilkan akan diletakkan di produk mereka untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran. Oleh itu, usahawan telah mengambil peluang untuk mengikuti latihan keusahawanan ini agar kemahiran dalam suntingan imej dan logo stiker produk dapat ditingkatkan lagi.